Video Undian Agong Ke 16 Akan Berlangsung


Kuala Lumpur: Khamis, 24 Januari ini menyaksikan pemilihan Yang di-Pertuan Agong buat kali ke-16 sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lebih 61 tahun lalu.
Proses pemilihan ini adalah kesinambungan kepada sistem kerajaan beraja berasaskan Perlembagaan diamalkan di negara ini dengan raja atau sultan bergelar Yang di-Pertuan Agong bersemayam selama lima tahun.
Kekosongan jawatan Ketua Utama Negara itu berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari lalu. Sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah institusi beraja di negara ini.
Bagaimanapun, kematangan institusi beraja menghadapi situasi ini cukup terserlah hingga ia dapat ditangani dengan cara yang cukup harmoni tanpa krisis.
Tatacara pemilihan Agong
Apabila terdapat kekosongan pada jawatan Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja akan menjalankan fungsinya sepertimana dalam Perkara 38(6)(a) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Hanya sembilan Raja Melayu yang menjadi ahli Majlis Raja-Raja membuat pemilihan itu pada mesyuarat khas yang ditetapkan.
Cara pemilihan itu dilakukan adalah seperti berikut:
Bahagian Pertama: Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang Raja layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali Raja itu belum dewasa atau seseorang Raja itu tidak berhasrat dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Seseorang Raja juga tidak layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong sekiranya Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit Raja itu tidak sesuai menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan kelemahan akal atau tubuhnya atau kerana sebab lain.
Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, Majlis Raja-Raja bertindak menurut budi bicara berhubung peranan memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya.
Berkaitan proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Seksyen 2, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan.
Jika Raja itu tidak menerima tawaran tersebut, Majlis Raja-Raja akan menawarkan jawatan itu kepada Raja yang negeri berikutnya dalam senarai pemilihan dan seterusnya hingga seorang Raja menerima jawatan tersebut.

KUALA LUMPUR 03 JANUARI 2019. Istana Negara. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA
ISTANA Negara lambang keunikan sistem beraja berasaskan Perlembangaan yang diamalkan. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Senarai penggiliran
Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu , Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
Senarai pemilihan tersebut dinyatakan dalam Seksyen 4 yang bermaksud pada pemilihan pusingan pertama senarainya mengikut pengiktirafan keutamaan antara raja sendiri.
Namun, bagi pemilihan pusingan selepas itu, senarai pemilihan mengikut kedudukan negeri di dalam senarai disusun mengikut raja di negeri yang mana, mana-mana raja yang telah menerima jawatan Yang di-Pertuan Agong dipindahkan ke hujung senarai pemilihan.
Shamrahayu menjelaskan, pada Seksyen 4(2)(b), Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan ada dinyatakan “apabila ada sesuatu perubahan Raja sesuatu negeri yang ada dalam senarai ketika itu, negeri itu hendaklah dipindahkan ke hujung senarai itu”.

Tambahnya, peruntukan itu menunjukkan ada kemungkinan bagi Pahang yang baharu saja memasyhurkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan lalu diletakkan di hujung senarai pemilihan terkini berdasarkan Seksyen 4(2)(b) itu.
“Ada kemungkinan Pahang yang sepatutnya dalam senarai teratas beralih kepada hujung senarai pemilihan kerana perubahan Raja yang berlaku di negeri tersebut. Namun keputusan tertakluk kepada budi bicara Majlis Raja-Raja,” katanya.
Pemilihan secara sulit
Sementara itu, laman web rasmi Majlis Raja-Raja turut mengandungi maklumat prosedur bagaimana pengundian dijalankan.
Sekiranya Raja atau Sultan negeri tersebut berada dalam senarai teratas dan bersetuju untuk dicalonkan, baginda boleh diundi secara sulit oleh Majlis Raja-Raja.
Kertas undi digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen serta dakwat sama.
Kemudian kertas undi dimasukkan ke dalam peti dan dimusnahkan sama ada dibakar atau dirincih di hadapan Raja sebaik saja keputusan undian diumumkan.
Raja paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Dalam mesyuarat pemilihan itu, hanya Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja terbabit t dalam proses pemilihan itu.
Majoriti lima undi
Ketika pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membekalkan satu kertas undi pada setiap Raja dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama saja) sesuai atau tidak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Calon mesti mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda.
Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun raja itu gagal memperoleh undi majoriti, maka proses pengundian semula dijalankan iaitu dengan mencalonkan nama Raja kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.
Proses hanya selesai selepas Baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Selepas itu, barulah Majlis Raja-Raja mengisytiharkan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.
VIDEO:

Sumber : Metro
The post [VIDEO] Undian Agong Ke-16 Akan Berlangsung appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/video-undian-agong-ke-16-akan-berlangsung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undian Fasa Kedua Era Digital Muzik Awards 2018 Kini Bermula

Undian Fasa Kedua Era Digital Muzik Awards 2018 Kini Bermula

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 271 hits
ERA Digital Muzik Awards 2018 kini kembali lagi setelah meraih kejayaan dalam siri pertama dan kedua pada tahun 2016 dan 2017 The post appeared first on
Video Ramai Jatuh Cinta Dengan Temberang Ayda Jebat Hingga Kepala Bergoyang Disebabkan Ini

Video Ramai Jatuh Cinta Dengan Temberang Ayda Jebat Hingga Kepala Bergoyang Disebabkan Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 412 hits
Tidak disangka lagu terbaru nyanyian penyanyi terkenal Ayda Jebat membuatkan ramai yang jatuh cinta dengan kelainan dibawa oleh Ayda kepada peminat pada hujung tahun lepas Sejak Ayda memberikan bayangan single terbarunya di Instagram sudah ...
Kisah Tragis Kakek Pemenang Undian 21 Miliar Yang Tinggalkan Keluarganya Demi Wanita 18 Tahun

Kisah Tragis Kakek Pemenang Undian 21 Miliar Yang Tinggalkan Keluarganya Demi Wanita 18 Tahun

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 350 hits
Rejeki memang tak bisa disangka sangka datangnya sama dengan apa yang dialami oleh kakek ini Pria 74 tahun asal Brazil ini membeli lotre dan berhasil memenangkan hadiah dalam jumlah yang lumayan besar Alhasil kakek ini menjadi pria kaya ray...
Undian Syed Saddiq Siapa Pm Terbaik Malaysia Makan Diri

Undian Syed Saddiq Siapa Pm Terbaik Malaysia Makan Diri

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 543 hits
Undian Facebook yang dibuat Menteri Belia dan Sukan bertajuk Perdana Menteri manakah yang terbaik dalam Malaysia dilihat memakan diri apabila bukan sahaja keputusan tidak memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad malah netizen juga meninggalka...
Bagaimana Undian Perjanjian Brexit Mempengaruhi Minyak

Bagaimana Undian Perjanjian Brexit Mempengaruhi Minyak

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 184 hits
Pasaran minyak sekali lagi menunjukkan peningkatan turun naik apabila harga saham Brent turun naik dalam lingkungan harga antara AS 59 AS 60 setong Dua faktor memberi tekanan kepada kadar minyak pada hari ini kehilangan minat pelabur dalam ...
Video Teknik Menjilat Di Malam Pertama Untuk Elak Kecederaan Kepada Isteri

Video Teknik Menjilat Di Malam Pertama Untuk Elak Kecederaan Kepada Isteri

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 2323 hits
Memulakan pemanasan dengan cara menjilat Faraj sebelum aksi menebuk bagi mengelakkan kecederaan atau mimpi ngeri buat isteri yang masih dara di malam pertama Mulakan pemanasan pada bahagian tubuh badan isteri yang lain dan jangan terus menu...
Video Mereka Ada Dengan Saya Ketika Kejadian Tiba Tiba Dia Datang Dan Kelar Kedua Anak Saya

Video Mereka Ada Dengan Saya Ketika Kejadian Tiba Tiba Dia Datang Dan Kelar Kedua Anak Saya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 318 hits
Mereka Ada Dengan Saya ketika Kejadian Tiba tiba Dia Datang Dan Kelar Kedua Anak Saya Dua kanak kanak maut dikelar oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Sungai Yan malam tadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komis...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza

Makan Kenduri Kahwin Anak Bongsu Sis Lin

Japanese Cucumber Salad