Video Sedih Anak Lorong Buka Hati Bukan Melayu Bantu Abe Hae


 
NGO Pertubuhan Jejak Jalanan menyediakan juadah berbuka puasa kepada golongan memerlukan di sekitar Chow Kit sepanjang Ramadan lalu.KUALA LUMPUR: Azhan Adnan masih ingat pertolongan seorang wanita India yang menghubunginya selepas terkesan melihat kesusahan anak-anak miskin bandar sekitar Chow Hidup hidup dalam serba kekurangan, dua tahun lalu.
Ketika itu, beliau atau mesra dengan panggilan Abe Hae baharu memulakan insiatifnya di bawah NGO Pertubuhan Jejak Jalanan menggunakan duit poketnya sendiri dan pastinya memerlukan bantuan kewangan bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan di kotaraya.
“Wanita India itu minta nombor akaun bank dan terus masukkan RM500, dia tersentuh melihat video anak-anak lorong tiada pakaian dan kelengkapan bilik tidur baik.
“Sejak itu kami dapat banyak sumbangan dari rakan-rakan bukan Melayu Islam, saya tak kenal mereka dan datang daripada pelbagai latar belakang,” katanya kepada FMT sambil menghargai sumbangan itu yang memberi semangat kepadanya terus berbakti.
Azhan Adnan .Menurut Azhan, pertubuhannya bermula dengan memberikan nasi bungkus yang kemudiannya ditambah kepada bantuan asas dapur, kelengkapan bilik tidur, dan pendidikan selain sumbangan Ramadan dan Aidilfitri.
“Ramadan tahun ini kita sedia juadah buka puasa sepanjang hari dan untuk Aidilfitri pula mereka dapat bahan asas memasak, pakaian serta duit raya,” ujar pengasas NGO Pertubuhan Jejak Jalanan yang berusia 55 tahun itu.
Beliau menganggarkan kira-kira 300 miskin bandar dan anak lorong telah dibantu NGO Pertubuhan Jejak Jalanan sejak 2022 dengan perbelanjaan sekitar RM600,000, dengan separuhnya disalur untuk menyediakan makanan setiap minggu.

Pusat transit ilmu 
Kini Azhan dan pasukannya mengorak langkah dengan menyediakan pusat transit ilmu di Chow Kit dilengkapi tenaga pengajar untuk mendidik 100 anak jalanan dalam mata pelajaran asas seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.
Menurutnya, ini kerana mereka percaya hanya melalui pendidikan dapat mengubah kehidupan seseorang itu pada masa depan tanpa bergantung selamanya kepada orang lain.
“Menerusi program itu, kita sedia insentif melancong ke luar Kuala Lumpur untuk mereka yang dapat markah lebih 80% dari segi kehadiran dan pertuturan, ini bukan untuk menilai prestasi pelajaran semata-mata.
“Kita mahu didik dari segi moral kerana jika hendak berjaya harus ada adab dahulu, kemudian baru tekan kepada soal penguasaan mata pelajaran,” katanya yang mahu anak jalanan itu menyumbang semula kepada masyarakat apabila mempunyai kehidupan lebih baik pada masa depan.
Perluas bantuan ke seluruh negara 
Azhan turut berkongsi impiannya untuk membantu lebih ramai golongan memerlukan dan miskin di seluruh negara namun ketika ini terpaksa dipendam terlebih dahulu akibat kekangan kewangan.
“Abe ke Kelantan dahulu bermula tahun lalu, tetapi akan datang kalau kewangan cukup mungkin ke negeri lain,” katanya sambil memaklumkan sumbangan motosikal dan peralatan bot turut diberikan kepada mereka yang memerlukan bagi tujuan mencari rezeki.
Azhan bernasib baik kerana selain sokongan sikap pemurah rakyat Malaysia, beliau juga dibantu keluarga yang memahami pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit sepanjang menjalankan kerja amal itu lebih dua tahun lalu.
“Isteri banyak beri semangat ketika berdepan macam-macam ujian dalam menjalankan tugas ini,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/video-sedih-anak-lorong-buka-hati-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Saksi Kubu Anies Buka Bukaan Seret Nama Airlangga Hingga Zulhas Di Sidang Mk

Video Saksi Kubu Anies Buka Bukaan Seret Nama Airlangga Hingga Zulhas Di Sidang Mk

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 334 hits
Saksi kubu 01 Mirza Zulkarnain memberikan berbagai pelanggaran dilakukan menteri menteri pendukung pasangan Prabowo Gibran
Video Tampang Pasrah Alvin Diciduk Polisi Rekan Serda Adan Bantu Bunuh Eks Casis Tni Iwan

Video Tampang Pasrah Alvin Diciduk Polisi Rekan Serda Adan Bantu Bunuh Eks Casis Tni Iwan

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 169 hits
Muhammad Alvin Andrian tidak lagi berkutik ketika ditangkap tim gabungan Pom Lantamal II Padang Polres Sawahlunto dan Polres Solok Kota
Indahnya Toleransi Video Mak Cik Melayu Fasih Berbahasa Tamil Sambut Jiran India Beraya Jadi Tumpuan

Indahnya Toleransi Video Mak Cik Melayu Fasih Berbahasa Tamil Sambut Jiran India Beraya Jadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 272 hits
Satu video di TikTok telah berjaya mencuri tumpuan warga maya gara gara gelagat seorang mak cik yang menyantuni tetamu bangsa India ketika sambutan hari raya baru baru ini Dalam video tersebut mak cik berbangsa Melayu bernama Hasimah Hassan...
Duduk Celah2 Barang Niaga Ayah Video Abang Dodoikan Adik Sentuh Hati Ramai

Duduk Celah2 Barang Niaga Ayah Video Abang Dodoikan Adik Sentuh Hati Ramai

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 271 hits
Perkongsian video abang dodoikan adik di celah celah barang perniagaan bapanya telah menyentuh hati pengguna media sosial apabila dikongsi di platform TikTok seminggu lalu Adik langsung tak nangis Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengguna...
Tular Video Isteri Mengamuk Serang Penyondol Netizen Panas Hati Dengar Alasan Yang Diberi

Tular Video Isteri Mengamuk Serang Penyondol Netizen Panas Hati Dengar Alasan Yang Diberi

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 243 hits
Isu orang ketiga atau dipanggil penyondol menjadi perhatian netizen apatah lagi isu ini turut melibatkan selebriti dan pempengaruh Tidak lagi menjadi isu rahsia isu sebegini sudah mula menjadi tular di media sosial Satu rakaman video tular ...
Video Tegas Tni Buka Suara Viral Video Makodim Diserang Opm Saat Ada Jenazah Danramil

Video Tegas Tni Buka Suara Viral Video Makodim Diserang Opm Saat Ada Jenazah Danramil

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 220 hits
Pelaku penembakan merupakan pasukan OPM pimpinan Osea Satu Boma yang kini tengah diburu aparat
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao