Video Saya Archive Saja Gambar Sebab Mer4juk Dengan Suami Noor Nabila
Sebelum ini, timbul spekulasi rumah tangga kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila bergolak selepas tiada lagi foto perkahwinan bersama suami, Engku Zainal Abidin di Instagram (IG).
Rumah tangga ada turun naik
Memetik laporan Harian Metro, Noor Nabila menjelaskan dia tidak memadam foto Engku Emran, sebaliknya, menyimpan dalam arkib.
Kata ibu kepada Jebat Jayden, pada ketika itu dia merajuk dengan sikap suaminya dan akuinya itu adat dalam berumah tangga.
Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami.
Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tulah.
Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau g4duh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya mer4juk lama tau.
Dalam pada itu, Noor Nabila, sedar akan implikasi atas tindakannya itu hingga menjadi bualan dan sorotan pihak media.
Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga. Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut.
Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian. Tapi sebab masa tu ger4m, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang.
Ada Erra & Aleesya
@budieychannelApa yang anda faham tentang video ini? Satu video 1001 kisah kehidupan. #fyp #ddnkwedding #errafazira
♬ Bahagiamu Bahagiaku – Zinidin Zidan
Pada malam Sabtu, Noor Nabila dan Engku Emran menghadiri majlis resepsi perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Nazri Khan dan isteri, Datin Tuan Ernie Rossmerie Tuan Zahari di sebuah hotel terkemuka.
Turut sama hadir adalah bekas isteri Engku Emran iaitu pelakon Erra Fazira bersama anak perempuan mereka, Engku Aleesya.
Pertembungan antara dua buah keluarga ini menjadi bualan ramai selepas tular video di TikTok.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mula meninggalkan pelbagai reaksi dan respons.
Terdahuu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira dan sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya.
Engku Emran juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Harian Metro & TikTok @budieychannel
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2023/02/video-saya-archive-saja-gambar-sebab.html