Video Rose Blackpink Buat Show Kat Kenduri Orang Wehh
[VIDEO] “Rose Blackpink Buat Show Kat Kenduri Orang Wehh..” Seperti diketahui ramai tiket konsert kumpulan K-Pop Blackpink di Malaysia pada Februari ini sudah habis terjual.
Namun tetamu di sebuah majlis perkahwinan di ibu negara baru-baru ini tidak perlu membayar tiket yang mahal apabila majlis yang dihadiri mereka digamatkan dengan kehadiran ‘Rose’ Blackpink versi cilik.
BACA: Viral Pengantin Terima Bungkusan Dari Posmen Ketika Bersanding
Persembahan memukau kanak-kanak itu dirakam salah seorang tetamu yang hadir sehingga tular di media sosial.
Rata-rata netizen turut terhibur dengan persembahan tersebut sehingga tertanya-tanya siapa gerangan si cilik berbakat itu.
Gerangan empunya diri adalah Puteri Rayyana Rayqa Herda Banu Prasetiawan, 5, atau lebih mesra disapa sebagai Rayqa.
Amat Meminati kumpulan Blackpink
Ibu kepada Rayqa, Norinsyira Muhamad atau Syira ketika dihubungi mStar Online mendedahkan anak tunggalnya itu amat meminati kumpulan Blackpink terutamanya Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa.
“Dia memang minat K-Pop macam kumpulan Blackpink, BTS dan Monsta X. Tapi paling dia minat Lisa Blackpink. Dia pernah kata nak jadi macam Lisa sebab cantik.
“Setiap kali berkumpul dengan cousin dia, Rayqa akan menyanyi dan menari bersama mereka. Saya pun pelik juga sebab dia kenal semua artis K-Pop yang tengah famous sekarang ini,” katanya.
BACA: “Saya Punya Post, Ada Pula Yang Panas. Steady lah”
Jelas Syira, anaknya itu banyak dipengaruhi sepupunya yang rata-rata meminati artis K-Pop.
“Sepupu dia semua dah besar, ada darjah lima, darjah enam… form 5. Dia seorang je lima tahun jadi dia terikut mereka,” katanya.
Menurut Syira, dia terkejut melihat anaknya itu menyanyikan lagu hits Blackpink DDU-DU DDU-DU di hadapan orang ramai.
Tak Sangka Dia Boleh Nyanyi
“Dia memang jenis berani tapi tak sangka pula dia nyanyi lagu Blackpink. Saya terkejut jugalah sebab takut dia tersalah nyanyi ke apa ke.
“Dia hafal (lirik) cuma saya tak pasti perkataan yang dia sebut tu betul ke tak. Kalau anda dengar, saya rasa dia hanya main redah je nyanyi tu,” katanya.
Syira berkata Rayqa sudah menunjukkan minat untuk menyanyi seawal usia setahun.
“Saya boleh kata dia lebih ke arah bidang seni sejak kecil. Mungkin dia tengok ayah dia asyik pegang gitar. Jadi dia pun cuba. Dia pun suka main gitar tapi dia belum belajar lagi… hanya sekadar main saja-saja.
“Sebenarnya suami saya (Herda Banu Prasetiawan) seorang ahli muzik dan saya pun minat dalam industri ini (seni). Jadi saya fikir darah seni itu pun mengalir dalam dirinya,” katanya.
Tambah Syira, Rayqa juga sebenarnya pernah berduet dengan Wafiy, ikon ceria PopStar.
“Actually dia ada lagu sendiri bertajuk Bahagia ciptaan bapanya. Untuk lagu ini dia berduet dengan Wafiy (Ceria PopStar). Lagu itu pernah digunakan untuk satu program di sebuah stesen televisyen,” katanya.
Anak ada Juga Berlakon
Dalam pada itu, Syira berkata anaknya kini sedang menjalani penggambaran untuk sebuah filem di Kedah.
“Waktu majlis tu (kahwin) Isnin lalu, kami sebenarnya baru balik shooting dari Kedah. Dah sebulan ulang alik dari sana.
“Rayqa shooting untuk watak utama dalam filem Cucu dan Atok. Dia juga pernah menjadi pelakon tambahan untuk beberapa drama sebelum ini,” katanya.
Video:
Dududu
Power adik ni!
Posted by Apakes TV on Wednesday, 23 January 2019
Sumber Artikel: Mstar Online, NABILlionaire
The post [VIDEO] “Rose Blackpink Buat Show Kat Kenduri Orang Wehh..” appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/video-rose-blackpink-buat-show-kat-kenduri-orang/