Video Permatangtinggi Kemalangan Keretapi Terburuk Dalam Sejarah Malaysia


 

Admin kongsikan tragedi silam di Pulau Pinang yang mungkin ramai masih tak tahu. Tragedi sebuah bas rombongan hancur dirempuh kereta api di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam yang meragut sebanyak 17 nyawa pada dinihari 27 November 1981. 😢
KETIKA penduduk sekitar lintasan kereta api Permatang Tinggi, kira-kira 10 kilometer dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang lena diulit mimpi, kira-kira jam 1 pagi mereka dikejutkan dengan dentuman kuat kereta api merempuh sebuah bas sewa khas yang melintas landasan. 
Suasana kemudian berubah menjadi hiruk pikuk dan orang ramai mula mengerumuni kawasan kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan ngeri yang meragut 17 nyawa pada 27 November 1981. Selepas 37 tahun berlalu, pastinya penduduk sekitar dan mangsa kemalangan yang terselamat tidak dapat melupakan tragedi itu. 
Bas rombongan membawa sebahagian besar gadis belasan tahun dikatakan menuju ke Pulau Pangkor, Perak untuk berkelah. Bagaimanapun, impian mereka datang jauh dari Kedah menjadi mimpi ngeri apabila bas yang dinaiki dirempuh kereta api seberat 700 tan. 




Ketika kejadian, pemandu kereta api, Mohamad Saman Hussein, 49, bersama pembantunya, Rosdi Jalil, 32, dan seorang pengawal Abdullah Saiby, 42, dikatakan sudah membunyikan hon amaran beberapa kali ketika menghampiri kawasan lintasan berkenaan. 
Bagaimanapun, amaran awal itu mungkin tidak disedari pemandu bas yang dikatakan meneruskan perjalanan sedangkan amaran hon itu sudah dibunyikan ketika kereta api membawa 25 gerabak barang berada kira-kira setengah batu (800 meter) sebelum kawasan lintasan. 
Sebaik saja melihat bas itu meneruskan perjalanan, pemandu kereta api dikatakan cuba membrek tetapi gagal kerana gerabak tidak mampu dihentikan serta merta dan terus meluru merempuh bas sarat dengan penumpang itu. 
Kebiasaannya, sebuah kereta api yang bergerak laju hanya akan berhenti selepas jarak kira-kira suku batu selepas ditekan brek. 
Akibat rempuhan itu, bas rombongan hancur, mayat bergelimpangan di kiri kanan landasan sejauh 150 meter. Suasana digambarkan hiruk pikuk dengan jeritan mangsa yang masih hidup dan kesakitan akibat tersepit. 
Enjin dan enam gerabak kereta api itu tergelincir akibat rempuhan kuat hinggakan kepalanya berpusing ke arah bertentangan, seolah-seolah ke Pulau Pinang, sedangkan ia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. 
Bahagian depan bas tersangkut pada enjin depan kereta api manakala bahagian lain berkecai dan pecah. Ratusan penduduk, polis dan pasukan bomba dan penyelamat bertungkus lumus hingga ke pagi membantu mengeluarkan mayat serta mencari mangsa terselamat. 
Empat belas penumpang mati di tempat kejadian, dua mati di Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) dan seorang lagi ketika dalam perjalanan ke hospital. Penumpang yang parah dihantar ke hospital sama manakala yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital daerah berdekatan. 
Kemalangan itu dikatakan antara paling dahsyat membabitkan kereta api merempuh bas di lintasan kereta api selepas kejadian di Sungai Lemal, Pasir Puteh, Kelantan pada Mac 1972 yang mengorbankan 14 nyawa penumpang bas. 
Bas rombongan itu dikatakan bertolak dari Alor Setar, Kedah pada petang sebelum kejadian dan merancang ke Pulau Pangkor untuk berkelah. 
Namun, malang menimpa rombongan itu apabila pemandu bas, Lim Kooi Min, 28, dari Gua Chempedak, Kedah dikatakan tidak berhenti di perhentian sebelum lintasan kerana lintasan itu tidak berpagar. 
Sebelum itu, Keretapi Tanah Melayu (KTM) dikatakan sudah mengesyorkan kepada kerajaan Pulau Pinang supaya lintasan berkenaan dipasang pagar sejak Mei tahun yang sama. 
Mungkin juga pemandu bas itu tidak dapat melihat papan tanda amaran berhampiran lintasan kerana keadaan gelap. Kira-kira 60 ela (55 meter) dari tempat kejadian, terdapat sebuah papan tanda amaran dalam empat bahasa yang ditulis '- 'lintasan kereta api, melintasinya adalah tanggungjawab sendiri'. 
Ketika rempuhan berlaku, terdapat sebuah lagi bas sekolah sewa khas di belakang bas yang dilanggar kereta api, dipercayai rombongan yang sama dalam perjalanan ke Pulau Pangkor.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/02/video-permatangtinggi-kemalangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Terbang Ke Malaysia Tapi Dipotong Dari Muzik Video Sebab Isteri Vokalis Cemburu Influencer Vietnam

Dah Terbang Ke Malaysia Tapi Dipotong Dari Muzik Video Sebab Isteri Vokalis Cemburu Influencer Vietnam

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 245 hits
Korang mungkin kenal ataupun tidak dengan seorang influencer popular kacukan Jerman Vietnam yang bernama Jade Anh Terkenal dengan kecantikannya wanita ini dahulu pernah tular di Malaysia kerana berkongsi mesej tidak senonoh lelaki Melayu ya...
Video Syurga Tempatmu Dik Pemergian Arwah Adik Amir Ditangisi Sebahagian Besar Rakyat Malaysia

Video Syurga Tempatmu Dik Pemergian Arwah Adik Amir Ditangisi Sebahagian Besar Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 324 hits
Kematian seorang kanak kanak berusia 7 tahun yang mayatnya ditemui di dalam tong air dan mempunyai kesan kecederaan di badannya benar benar menyentap perasaan hampir sebahagian besar rakyat Malaysia hari ini Anak kecil yang tak berdosa itu ...
Kah Salah Satu Benda Ajaib Di Dunia Ialah Slogan Malaysia Boleh Jadi Jangan Hairan Sangat

Kah Salah Satu Benda Ajaib Di Dunia Ialah Slogan Malaysia Boleh Jadi Jangan Hairan Sangat

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 368 hits
Gempar Syarikat buat tiang keluli lampu jalan dapat kebenaran edar vaksin Covid 19 February 1 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan bagaimana syarikat yang terlibat dalam pembuatan tiang keluli untuk lampu jalan mendakwa mendapat...
Tipikal Jawapan Kerajaan Malaysia Sungguh Klise

Tipikal Jawapan Kerajaan Malaysia Sungguh Klise

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 237 hits
Hari ini suratkhabar melaporkan berita sogokan kepada pegawai Imigresen Malaysia di lapangan terbang Ia diikuti cadangan oleh pihak pihak tertentu supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diletakkan di lapangan terbang untuk membantera...
Senarai Artis Malaysia Berkahwin Sepanjang Tahun 2021

Senarai Artis Malaysia Berkahwin Sepanjang Tahun 2021

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 1139 hits
Walaupon Malaysia dilanda pandemik Covid 19 ramai artis Malaysia mendirikan rumah tangga samaada melalui atas talian atau majlis dengan SOP yang ketat Ada juga yang beberapa kali terpaksa menangguh pernikahan kerana PKP Jom kita tengok sena...
Malaysia Bimbang Rampasan Kuasa Di Myanmar

Malaysia Bimbang Rampasan Kuasa Di Myanmar

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 240 hits
Malaysia bimbang dengan perkembangan terkini di Myanmar yang dilapor menyaksikan rampasan kuasa oleh tentera pada awal Isnin dengan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi Presiden Myanmar U Win Myint dan lain lain pegawai kanan ditahan di ibu ko...
Malaysia Perlu 1 Juta Sukarelawan Perangai Covid 19 Pppkam

Malaysia Perlu 1 Juta Sukarelawan Perangai Covid 19 Pppkam

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 245 hits
Perang melawan pandemik Covid 19 tidak akan berjaya tanpa penglibatan secara langsung rakyat Malaysia dalam kempen kesedaran besar besaran melawan virus berkenaan Menyedari situasi itu Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia menye...
Fitch Solutions Malaysia S Economy Worsens Finances Strained

Fitch Solutions Malaysia S Economy Worsens Finances Strained

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 172 hits
Fitch Solutions the research arm of Fitch Group sees a worsening of Malaysia s economic outlook It slashed Malaysia s forecasted gross domestic product growth for this year from 11 5 percent to 10 percent It cited muted private consumption ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah