Video Peminat Ucap Tahniah Seronok Tengok Amelina Diam Diam Naik Pelamin
GARA-GARA perkongsian video seorang jurumekap yang memperlihatkan penyanyi dangdut Amelina berbaju pengantin menimbulkan tanda tanya peminat.
Menerusi akaun TikTok @hahaksado dengan kapsyen ‘selamat pengantin baru, akhirnya dah kahwin penyanyi dangdut Malaysia kita’, Amelina disangka mengikut jejak aktres Jasmin Hamid yang sudah menamatkan zaman janda.
Perkongsian itu juga menerima ucapan tahniah, malah ada juga yang meminta pengesahan tentang berita gembira itu.
“Tahniah selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga ke Jannah. Betul ke kak long dah kahwin? Tahniah Kak long selamat pengantin baru. Seronoknya kak Lina dah kahwin semoga berbahagia kak Lina,” antara respon dan reaksi netizen.
Bagaimanapun, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, yang dihubungi mStar memberitahu foto yang diambil itu hanya untuk penggambaran drama.
“Foto tu sebenarnya masa saya dalam set penggambaran drama Akad Ibu Sejadah Rindu, saya pun tak tahu macam mana lah benda tu boleh viral.
Video:
@hakaksado007tq @amelinaamirsharipuddin panggil kte makeup.. #selamatpengantinbaru #fypシ #fyp #foryoupage #tiktokmalaysia
♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak
“Kalau betul kahwin saya akan buat grand… tak ada la pelamin macam itu,” katanya.
Bercakap soal jodoh, Amelina berkata, dia tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya ada rezeki dan calon yang sesuai untuk dijadikan suami.
Tambah ibu tunggal kepada enam orang anak ini, dia pernah beberapa kali cuba untuk mengenali seseorang namun masih tr4uma dengan kegagalan rumah tangga dahulu.
Entah kalau orang tanya saya pasal jodoh saya dah mencuba berkali-kali.AMELINAPENYANYI“Saya pun menunggu jodoh daripada langit. Entah kalau orang tanya saya pasal jodoh saya dah mencuba berkali-kali.
“Tapi pertama mungkin orang bosan dengan saya sebab busy dan jenis ambil mudah dalam perhubungan,” ujarnya.
Amelina tidak menolak jodoh sekiranya ada pasangan yang tepat.
“Tak tahu dalam usia macam ni, saya ibu tunggal dan indipendence. Saya kena cari orang yang betul-betul sayang dan support sebab saya bukan orang muda.
“Kehidupan rumah tangga saya penuh dengan pender1taan dan tr4uma, saya tak ada pengalaman yang berbunga-bunga atau bintang-bintang. Kehidupan saya sangat perit!
“Saya tak pernah rasa momen macam dalam drama tu yela sebab perkahwinan akak terdahulu kat luar negara. Aku tak kira nak naik pelamin juga kalau ada jodoh InsyaAllah,” ujarnya.
Amelina mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood 26 April 1999 di Songkhla, Thailand, namun bercer4i pada 29 Jun 2016.
Perkahwinannya dengan Reduan dikurniakan enam anak iaitu Puteri Nur’ Athirah, 20; Putera Al’ Affiq, 19; Putera Al’ Asyraff, 18; Puteri Nur’ Asyurah, 16; Putera Al’ Arffa, 14; dan Putera Al’ Amzar, 12.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2021/11/video-peminat-ucap-tahniah-seronok.html