Video Kanak Kanak 2 Tahun Terjatuh Di Laluan Laju Lebuhraya


Kanak-kanak dua tahun terjatuh ditengah lebuhraya Plus, arah selatan akibat dua kenderaan dipandu secara merbahaya - Polis

📷Orang awam pic.twitter.com/U3SXgbEwlM— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) February 11, 2020
Sebuah keluarga berdepan detik cemas selepas anak lelaki berusia dua tahun tercampak daripada kenderaan akibat kemalangan di Kilometer 235.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Pedas Linggi dekat Rembau, petang semalam.

Kejadian sekitar 3.40 petang melibatkan tiga buah kereta masing-masing sebuah Honda Civic dan dua buah Perodua Myvi itu menjadi tular di laman sosial Facebook menerusi rakaman video berdurasi seminit.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata kejadian berpunca selepas kenderaan dipandu bapa kanak-kanak lelaki berkenaan dihimpit sebuah Perodua Myvi yang menukar laluan secara tiba-tiba.

“Siasatan mendapati bapa kanak-kanak itu sedang memandu di lorong laju sebelum dihimpit sebuah Myvi sehingga menyebabkannya hilang kawalan dan terlanggar penghadang besi tengah lebuh raya.
“Kenderaan itu kemudian terbabas dan melanggar pula bahagian sebuah perodua Myvi lain yang bergerak di lorong tengah dan akibat itu, kanak-kanak lelaki itu tercampak keluar di atas lorong laju lebuh raya dan mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu tular sebuah klip video menerusi ‘dash cam’ dimuat naik pengguna lebuh raya memaparkan seorang kanak-kanak lelaki di atas jalan di lorong laju lebuh raya selain beberapa pengguna lain menghentikan kenderaan mereka dan menyelamatkan kanak-kanak itu.

Tambah Anuar, kanak-kanak itu mengalami kecederaan ringan dan dirawat di wad Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban dan pihaknya sedang mengesan pemandu Myvi berwarna biru bagi membantu siasatan.

“Ekoran dari maklumat orang awam dan video tular adegan kejar-mengajar itu, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan Pemandu Myvi Biru untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” tambahnya.



Sementara itu, pemilik Facebook dengan profil Alan Chang memaklumkan, rakaman video budak yang tercampak itu adalah miliknya.

Dalam makluman itu, Alan turut menjelaskan tentang isu tarikh rakaman video berkenaan.

"Saya adalah pemilik dashcam untuk kejadian semalam. Sila abaikan tarikh dashcam sebab saya tidak set tarikh.

"Kejadian sebenar adalah sebuah Jazz biru yang berlumba dengan Myvi putih. Myvi putih lepas tu pecut ke lorong paling kanan dan kembali ke lorong ketiga dan melanggar  (Honda) Civic menyebabkan budak dalam Civic itu tercampak keluar kereta.

"Ini video penuh utk menjelaskan kejadian semalam. Thank you," tulis Alan di Facebooknya.

AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/02/video-kanak-kanak-2-tahun-terjatuh-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Warga Emas Ditikam Gadis Berusia 17 Tahun Kerana Berebut Sanitizer

Kanak Kanak Warga Emas Ditikam Gadis Berusia 17 Tahun Kerana Berebut Sanitizer

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 339 hits
Sepertimana yang korang tahu wabak Coronavirus kini sedang melanda di negara China dan kes ini semakin hari semakin meningkat tau Mereka juga tidak mendapat bekalan yang mencukupi kerana topeng muka dan sanitizer semakin berkurangan untuk m...
Kanak Kanak 4 Tahun Maut Tercekik Buah Mangga Ketika Makan Bersama Bapa

Kanak Kanak 4 Tahun Maut Tercekik Buah Mangga Ketika Makan Bersama Bapa

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 448 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 4 tahun maut dipercayai tercekik buah mangga ketika makan bersama bapa di rumahnya di bandar Paka Dungun petang Sabtu Dalam kejadian kira kira jam 3 50 petang Nur Amanda Ahmad Helmi disahkan meninggal d...
Kanak Kanak Maut Dikukus Hidup Hidup Terjatuh Dalam Pengukus Besar Di Pusat Asuhan

Kanak Kanak Maut Dikukus Hidup Hidup Terjatuh Dalam Pengukus Besar Di Pusat Asuhan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 362 hits
Seorang kanak kanak dilaporkan maut selepas didakwa terjatuh ke dalam sebuah pengukus besar di kantin sekolahnya Mangsa yang berusia 3 tahun itu mengalami kecederaan parah kerana dikukus hidup hidup ketika kantin sebuah sekolah di India sed...
Tak Sampai Dua Jam Dilarikan Perompak Tinggalkan Kanak Kanak 6 Tahun Tepi Jalan

Tak Sampai Dua Jam Dilarikan Perompak Tinggalkan Kanak Kanak 6 Tahun Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 312 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia 6 tahun dilarikan perompak pada sekitar 7 45 pagi tadi telah berjaya ditemui Kejadian berlaku apabila perompak berkenaan bertindak masuk dan melarikan kenderaan mangsa di mana kanak kanak itu berada Diculi...
Rindu Tapi Ayah Tak Keluar Pun Video Kanak Kanak Ini Lawat Kubur Ayah Bikin Sebak

Rindu Tapi Ayah Tak Keluar Pun Video Kanak Kanak Ini Lawat Kubur Ayah Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 418 hits
Rindu yang tak berpenghujung small Cover image via Twitter Anne mokhtar small Impian setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak mereka membesar di depan mata a href https images says com uploads story source source image 762408 b763 jpg rel ...
Kanak Kanak Tiga Tahun Maut Ditikam Bapa Saudara

Kanak Kanak Tiga Tahun Maut Ditikam Bapa Saudara

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 372 hits
KEMAMAN Ketika di pangkuan saya dia sudah terlalu lemah dan pernafasan tercungap cungap kata datuk kepada kanak kanak perempuan berusia tiga tahun yang maut dipercayai ditikam bapa saudaranya dalam kejadian Felda Cherul 2 Chukai di sini ten...
Bocah 6 Tahun Tewas Terjatuh Dari Lantai Empat Apartemen

Bocah 6 Tahun Tewas Terjatuh Dari Lantai Empat Apartemen

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 255 hits
Zepanik Carina Claproth meninggal dunia setelah terjatuh dari lantai empat The Aspen Resident Fatmawati Jakarta Selatan Kejadian tersebut terjadi pada Jumat kemarin sekitar pukul 21 30 WIB
Niat Tinggalkan Sekejap Bayi 9 Bulan Kanak Kanak 2 Tahun Terperangkap Dalam Kereta

Niat Tinggalkan Sekejap Bayi 9 Bulan Kanak Kanak 2 Tahun Terperangkap Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 469 hits
Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dan kanak kanak perempuan dua tahun yang terperangkap dalam kenderaan berjaya diselamatkan bomba dalam dua kejadian berbeza di Johor Bahru semalam Ketua Balai Bomba Penyelamat Skudai Pegawai Bomba ...
Video 14 Tahun Tak Berdiri Edika Yusof Bawa Isteri Fisioterapi Sentuh Hati Netizen

Video 14 Tahun Tak Berdiri Edika Yusof Bawa Isteri Fisioterapi Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 1336 hits
Baru baru ini telah tular mengenai kisah pelakon Edika Yusof yang setia menjaga isterinya berbelas tahun Pasangan ini diduga dengan ujian yang berat apabila isteri beliau lumpuh dan perlu bergerak menggunakan kerusi roda setiap masa Pengorb...
Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

Yasin Tahlil Doa Selamat Kesyukuran

Sukarkah Memohon Sijil Halal Jakim

Pengkhianat Dari Kalangan Penjawat Awam Ini Patut Diberi Hukuman Berat

Resepi Ayam Goreng Cili Kering

Real Nurses Real Life Real Style Welcome To Goodnurselife Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selangor Dan Arm Latih 10 000 Jurutera Tempatan Dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

Outfit Majlis Bertandang

Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing

Langgar Lari Wanita Pejalan Kaki Maut Bayi Stabil Di Hospital

Rezeki Dapat Serawa Durian Dan Pulut

Senyuman Itu Menenangkan