Video Haziq Ancam Keselamatan Negara


Nizam Zain Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Syafiq Ridzwan Jamaluddin bercakap kepada MalaysiaGazette selepas Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor di Summit USJ, Subang Jaya. foto NIZAM ZAIN

SUBANG JAYA – Penyebaran video seks  luar tabii mirip seorang menteri kabinet dengan Ketua AMK Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz bukan sahaja mencemarkan nama baik negara.
Malah ia dikhuatiri boleh mengundang bencana kepada keselamatan Malaysia.

Pemangku Presiden Majlis Belia Selangor (MBS),  Syafiq Ridzwan Jamaluddin tidak menolak kemungkinan itu kerana video yang melibatkan ahli PKR itu boleh dijadikan satu ancaman oleh musuh negara selepas ia dipercayai dimuat naik di laman web video lucah antarabangsa, PornHub.

“Kalau video itu betul telah dimuat naik dan boleh diakses di seluruh dunia, yang lebih memalukan melibatkan pemimpin kita, saya tengok perkara ini daripada aspek lain daripada orang lain.

“Saya rasa ia menjejaskan keselamatan negara kita sebab pelakunya adalah (mirip) menteri kita punya akses kepada semua maklumat dan dokumen sulit kerajaan.

“Saya rasa kalau perkara ini tidak dikawal dan dikekang atau diselesaikan dengan cara yang baik, mungkin ada unsur ugutan daripada perisik-perisik luar negara yang berniat jahat kepada Malaysia.

“Sebab ia adalah menteri kita, dia bukan orang biasa-biasa, dia adalah menteri kita. Ia mungkin boleh dijadikan modal ugutan kepada keselamatan negara dan ugutan kepada rahsia sulit negara,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor 2019 hari ini.

Isnin lalu, tular satu lagi video seks luar tabii dipercayai melibatkan Haziq dan lelaki yang didakwa Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp.

Kali ini video berkenaan dipaparkan terus ke dalam YouTube dan dapat ditonton secara umum serta lima pautan lain melibatkan satu website lucah antarabangsa.

Pada 12 Jun lalu, Haziq tampil mengaku dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video seks luar tabii yang tular serta mendakwa individu bersamanya adalah Mohamed Azmin.

Justeru, Syafiq Ridzwan juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan termasuk mengawal dan mengekang penularan video seks itu di laman web yang terdedah kepada tontonan umum.

“Kalau betul video itu palsu, SKMM perlu ambil tindakan terhadap portal itu (PornHub). Kerajaan Malaysia perlu ambil tindakan untuk meminta portal itu menurunkan video itu,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, pelaku dalam video terbabit perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya termasuk melepaskan jawatan sama ada dalam kerajaan mahupun politik.

“Kita tak nak perkara ini berlanjutan, kita bukan nak kata menteri ini salah atau tidak tapi ia seolah-olah memberi gambaran kepada kita bahawa video songsang itu normal dan kita boleh terima di Malaysia.

“Kita bukan mengutuk pelaku itu sendiri tapi kita mengutuk perbuatan itu yang tak boleh terima,” katanya.

Penyebaran video itu melalui laman web antarabangsa bukan sahaja menghina Perlembagaan Malaysia bahkan melanggar hukum hakam agama Islam di negara ini.

“Ianya melanggar tatatsusila norma budaya kita dan melanggar hukum hakam agama Islam itu sendiri.

“Saya rasa melanggar hukum hakam Islam lebih besar daripada menghina Perlembagaan Malaysia.
“Itu sudah memadai untuk membuktikan betapa perkara ini adalah bukan perkara biasa, tak boleh dibiarkan dan kita tak boleh kata ia boleh diterima di Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/video-haziq-ancam-keselamatan-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Video Intim Haziq Ditamatkan Perkhidmatan Berkuatkuasa Selasa

Kes Video Intim Haziq Ditamatkan Perkhidmatan Berkuatkuasa Selasa

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 616 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Video Semburit Haziq Azmin Siapa Pihak Yang Untung Sebenarnya

Video Semburit Haziq Azmin Siapa Pihak Yang Untung Sebenarnya

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 815 hits
Cui bono adalah ayat daripada bahasa Latin dan dalam Bahasa Melayu bermaksud siapa untung kerana ia membawa pengertian yang tepat untuk kita semua memahami apa yang sedang berlaku di persada politik tanah air dan tulisan kali ini akan memba...
Keselamatan Siber Malaysia Bersedia Bekerjasama Dengan Negara Negara Asean

Keselamatan Siber Malaysia Bersedia Bekerjasama Dengan Negara Negara Asean

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 365 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Haziq Sudah Serah Surat Tunjuk Sebab Isu Dikaitkan Dengan Klip Video Intim

Haziq Sudah Serah Surat Tunjuk Sebab Isu Dikaitkan Dengan Klip Video Intim

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 457 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Kes Video Intim Tular Haziq Diberi Tempoh 14 Hari

Kes Video Intim Tular Haziq Diberi Tempoh 14 Hari

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 422 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Bukti Dalang Video Haziq Abdullah Semakin Jelas

Bukti Dalang Video Haziq Abdullah Semakin Jelas

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 516 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terheret dalam skandal seks berprofil tinggi yang dikatakan berprofil tinggi dengan sesetengan pihak mendakwa dia adalah dalang di sebalik kempen bagi menentang Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali...
Amk Nafi Menyokong Penuh Azmin Dalam Isu Video Haziq

Amk Nafi Menyokong Penuh Azmin Dalam Isu Video Haziq

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 573 hits
Isu video AMK nafi kenyataan Naib Ketuanya AMK Malaysia dukung penuh keputusan Biro Politik berhubung penularan video seks Merujuk kepada satu laporan Utusan Malaysia yang memetik kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia saudara...
Video Azmin Love Haziq Pulakk

Video Azmin Love Haziq Pulakk

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 924 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang terheret dalam skandal seks berprofil tinggi membabitkan seseorang individu yang didakwa menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menafikan bahawa dia menghilangkan diri apabila klip vi...
Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pangkah Dengan Bijak Demokrasi Memilih Pemimpin Prn Ke 17 Sabah 2025

Ke Palm Mall La Kita

Ultimate Beef Biryani Recipe By Food Fusion

Berat Turun Dengan Mudah Tanpa Perlu Dipaksa

Final Muzikal Lawak Superstar 2025 Malam Gelak Kudap Kudap Lengkapkan Hujung Minggu Anda

Thanksgiving Mencetuskan Refleksi Pelabur Tentang Masa Depan S P 500