Video Dato Azizulhasni Awang Disqualified Olimpikparis2024


Malaysia dikejutkan dengan berita penyingkiran jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, seawal pusingan pertama dalam acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, semalam.
The Pocket Rocketman dibatalkan penyertaan gara-gara memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek, sekali gus menyaksikan perjuangannya berakhir.
Ramai rakyat Malaysia yang berduka, terkilan dan masih terkejut selepas Dato Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara tersebut.
Berikut dikongsikan video pada detik-detik yang terjadi ketika itu, serta penjelasan oleh Majlis Sukan Negara / Ketua Kontinjen Negara dan Dato Azizul sendiri.
Sumber: Twitter Penjelasan oleh Majlis Sukan Negara KENYATAAN TERHADAP INSIDEN PENYERTAAN DATO’ MOHD AZIZULHASNI AWANG OLY DIBATALKAN DALAM SARINGAN 1, PUSINGAN PERTAMA, ACARA KEIRIN LELAKI DI PARIS 2024
Sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik XXXIII Paris 2024, saya memaklumkan bahawa pihak kami telah mengemukakan rayuan terhadap insiden membabitkan pembatalan penyertaan Dato’ Mohd Azizulhasni Awang OLY pada perlumbaan Keirin Lelaki sebentar tadi.
Bagaimanapun, Ketua Komisar dan wakil badan induk dunia UCI mengekalkan keputusan membatalkan penyertaan Dato’ Mohd Azizulhasni akibat memintas derny atau motorsikal yang menentukan rentak di hadapan kelompok pelumba sebelum motorsikal keluar daripada gelanggang perlumbaan.
Kontinjen Malaysia dengan berat hati menerima keputusan ini dan akan memberi sokongan moral tidak berbelah bagi kepada beliau. Pada masa yang sama pihak Institut Sukan Negara (ISN), juga akan menyediakan perkhimatan sokongan kepada Dato’ Mohd Azizulhasni dalam berdepan dengan situasi yang sukar ini.
DATUK HAMIDIN MOHD AMIN
Ketua Kontinjen Malaysia ke Paris 2024
Majlis Sukan Negara Malaysia
Penjelasan Oleh Dato Azizulhasni Awang  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya percaya ramai yang tertunggu-tunggu penjelasan apakah yang berlaku di dalam pusingan pertama acara Keirin saya semalam. Saya cuba ringkaskan seboleh mungkin.

1- Ketika draw dibuat saya mendapat posisi terakhir iaitu enam, saya kekal tenang dan untuk berlumba dengan posisi tersebut ada perancangannya.(Shah juga mendapat posisi keenam dalam heat beliau)

2- Hasil perbincangan bersama jurulatih John Beasley, plan terbaik adalah untuk terus kehadapan dan cuba mendapatkan posisi paling hadapan seawal mungkin.

3- Ini adalah kerana ada beberapa pelumba front runner (senko) berada dihadapan. Jika pelumba hadapan terus memecut awal, ianya akan meletakkan saya di situasi sukar untuk bergerak kehadapan pada kelajuan tinggi berdasarkan beberapa pelumba yang berada dihadapan saya.

4- Akan ada possibility blocking dan gapping dari beberapa pelumba hadapan jika saya menggunakan taktik menunggu. Jadi saya harus memilih taktik terbaik untuk meningkatkan possibility untuk menang, dan bergerak awal ini juga saya ada lakukan ketika pusingan awal di Olimpik Tokyo dahulu.

5- Berbaki satu pusingan sebelum pacer keluar saya sudah bergerak kehadapan secara perlahan-lahan dari belakang, ini sama ketika saya lakukan di perlumbaan Asian Championships di Kuala Lumpur dahulu juga. Perancangannya adalah untuk bergerak kehadapan dan berada di sebelah luar pelumba pertama atau kedua dan selepas pacer keluar saya akan terus memecut untuk merebut kedudukan posisi paling hadapan (pertama)

6- Namun ketika melepas selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan dari pelumba France. Himpitan itu terlalu aggressive dan bagi saya ianya adalah intentionally aggressive kerana melanggar saya (boleh rujuk gambar) dan saya hampir terjatuh. Saya terselamat daripada jatuh merana quick reaction dan good handling skill yang saya ada.


7- Tidak cukup dengan itu beliau masih mengekori rapat disebelah dan masih cuba memberikan himpitan kedua dan didalam keadaan seperti itu reaksi saya adalah bergerak kehadapan untuk mengelak dari beliau.

8- Sebagai seorang pelumba Keirin yang elite, kita tahu speed/kelajuan untuk pacer sebelum keluar. Biasanya di lap terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat dari kelajuan 50-55kmh. Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi pacer bergerak lebih perlahan berbanding speed sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat.

9- Saya yang tengah bergolak dengan pelumba France itu perasan pacer masih belum memecut keluar , terkejut, dan cuba back pedal sebagai cara untuk breaking akan tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahankan kelajuan seperti yang diinginkan.

10- Berdasarkan rule perlumbaan, tayar belakang pelumba tidak boleh memotong pacer sebelum pacer keluar di pursuit line iaitu line halus di tengah front stretch (bukannya starting line)

11- Adakah tayar belakang saya memotong pacer sebelum pacer keluar? Jawapan saya adalah ya akan tetapi ianya adalah unintentionally dan juga ianya adalah disebabkan oleh dua keadaan iaitu pertama blocking dan himpitan berterusan dari pelumba France dan keduanya adalah kerana pacer bergerak pada kelajuan hanya 40-45kmh dan tidak pada kelajuan sepatutnya dan tidak memecut keluar seperti kebiasaan.

12- Jurulatih John Beasley dan Pengurus Pasukan Izham Mohammad terus berjumpa dengan pihak panel komisar sejurus kejadian dan menjelaskan keadaan dan memohon untuk mereka review kembali video perlumbaan dan keputusan. Namun mereka memilih untuk kekal dengan keputusan yang sama.


13- Ada tak keadaan dimana pelumba melakukan kesalahan terang secara sengaja atau tidak sengaja yang menyalahi undang-undang perlumbaan tetapi tidak dikenakan kesalahan atau diberikan peluang oleh panel komisar? Jawapannya ada. Boleh rujuk perlumbaan semi-final sprint antara pelumba great britain dan holland dan juga perlumbaan quarterfinal antara pelumba great britain dan jepun.

14- Keadaan juga mengingatkan saya kembali kepada perlumbaan keirin final di Olimpik Rio dimana perlumbaan harus diberhentikan sebanyak dua kali dan dimulakan kembali tanpa seorang pun pelumba dikeluarkan dari perlumbaan.

15- Sukan lumba basikal track memang keputusan mutlak daripada panel komisar. Walaupun suatu ketika dahulu jurulatih dan pasukan boleh membawa hujah dan video untuk di review kembali akan tetapi sampai pada suatu ketika semuanya diubah sepenuhnya.

16- Moving forward, saya berharap semua dapat berikan sokongan dan doa kepada rakan sepasukan saya Shah Firdaus yang menggalas tanggungjawab dan harapan baru untuk membawa pulang pingat emas untuk kontinjen Malaysia.

17- Saya percaya Shah Firdaus mampu melakukannya
Azizulhasni Awang
Baca juga: Biodata Dato Azizulhasni Awang (Pocket Rocketman)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/azizulhasni-awang-disqualified/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=azizulhasni-awang-disqualified

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Pelumba France Himpit Agresif Secara Sengaja Hampir Jatuh Azizulhasni Ulas Punca Disqualified

Hiburan Pelumba France Himpit Agresif Secara Sengaja Hampir Jatuh Azizulhasni Ulas Punca Disqualified

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 224 hits
Semalam Malaysia dikhabar dengan berita kurang gembira apabila jaguh trek berbasikal negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang disingkirkan serta merta dari perlawanan Pelumba Perancis himpit dan halang Menurut dihalang dan dihimpit secara senga...
Biodata Azizulhasni Awang The Pocket Rocketman

Biodata Azizulhasni Awang The Pocket Rocketman

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 85 hits
Azizulhasni Awang yang dikenali dengan gelaran The Pocket Rocketman adalah salah seorang atlet berbasikal trek yang paling cemerlang di Malaysia Dalam dunia sukan beliau bukan hanya dikenali kerana kejayaan yang diraihnya tetapi juga kerana...
Azizulhasni Awang Perlukan Sokongan Positif Tekad Bawa Pulang Pingat Emas

Azizulhasni Awang Perlukan Sokongan Positif Tekad Bawa Pulang Pingat Emas

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 164 hits
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang perlukan sokongan positif daripada seluruh rakyat Malaysia bagi membantunya merealisasikan hasrat negara membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini Berdasarkan jadual...
Video Rekaman Menegangkan Detik Detik Densus 88 Tangkap Tiga Terduga Teroris Di Kota Batu

Video Rekaman Menegangkan Detik Detik Densus 88 Tangkap Tiga Terduga Teroris Di Kota Batu

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 104 hits
Kabid Humas Polda Jatim Kombes Pol Dirmanto mengatakan ada tiga orang penghuni rumah yang diamankan dan diperiksa karena dugaan terorisme
Video Sosok Pemilik Daycare Depok Akui Aniaya Balita Influencer Anti Kekerasan Anak

Video Sosok Pemilik Daycare Depok Akui Aniaya Balita Influencer Anti Kekerasan Anak

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 75 hits
Kepada polisi MI mengakui melakukan penganiayaan seperti yang terekam dalam video rekaman CCTV tersebut
Video Tampang Pemilik Daycare Depok Mual Mual Dan Diam Saat Ditanya Niat Minta Maaf

Video Tampang Pemilik Daycare Depok Mual Mual Dan Diam Saat Ditanya Niat Minta Maaf

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 72 hits
MI dihadirkan dalam jumpa pers Polres Depok Selama jumpa pers berlangsung MI nampak mual mual
Video Nyelekit Jokowi Sindir Pengusaha Doyan Banting Harga Bangun Proyek Asal Jadi

Video Nyelekit Jokowi Sindir Pengusaha Doyan Banting Harga Bangun Proyek Asal Jadi

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 68 hits
Presiden Jokowi menyindir keras banyak pengusaha infrastruktur suka banting harga agar menang lelang
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator