Veteran Umno Wp Bantah Gesaan Pilihan Raya Pbt Di Kuala Lumpur


malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 17, 2023 6:12 PM
Veteran Umno Wilayah Persekutuan berpandangan tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kuala Lumpur pada masa ini kerana struktur pentadbiran sedia ada sudah memadai

Pengerusinya Mustapha Yaakub berkata justeru pihaknya kesal dengan kenyataan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai yang membuat gesaan itu.

"Kita sudah ada wakil rakyat yang dipilih rakyat dalam pilihan raya bagi mewakili kesemua kawasan parlimen dalam Kuala Lumpur. Kita ada ahli majlis yang dilantik mewakili semua kaum untuk membantu datuk bandar.

"Jadi untuk apa perlukan pilihan raya lagi?" soalnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Tan yang juga ahli parlimen Cheras berkata pelaksanaan itu adalah usaha menegakkan demokrasi dan dapat menjadikan Kuala Lumpur sebuah ibu negara yang mampan, mengamalkan tadbir urus berkesan, bersih dan berpaksikan rakyat.

"Kita tidak perlu meneruskan laksanakan pilihan raya PBT di seluruh negara, tetapi kita boleh bermula di Kuala Lumpur yang amat memerlukan demokrasi dalam proses pendemokrasian sistem pentadbiran ibu negara kita," katanya.

Mengulas lanjut, Mustapha malah menyifatkan gesaan itu sebagai "terbawa-bawa dengan idealisme lama" dan mendakwa ia berbaur perkauman.

"Veteran Umno faham hasrat DAP itu untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai PBT yang diwakili oleh ahli-ahli yang mewakili kaum Cina, khususnya DAP. Sudah pastinya kalau pilihan raya itu diadakan maka wakil-wakil masyarakat Cina akan menang mudah di kawasan majoriti mereka," dakwanya.

"Kami berharap kepimpinan baru DAP akan dapat membendung cara berfikir pengerusi DAP Kuala Lumpur. Jangan ada lagi sebarang usaha untuk membakar dan menyemarakkan rasa benci dan perkauman diantara parti-parti gabungan dalam kerajaan perpaduan," katanya lagi.

Mustapha turut berpandangan jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan membawa kepada tuntutan sama di bandar-bandar lain seperti di Ipoh, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Kali terakhir Malaysia mengadakan pilihan raya PBT pada 1963 dan berdepan penggantungan pada tahun berikutnya.

Penggantungan itu, yang sepatutnya bersifat sementara, namun dikekal pada 1976 apabila Parlimen meluluskan Akta Kerajaan Tempatan, yang memansuhkan pilihan raya PBT dan hanya memperuntukkan pelantikan ahli majlis.

Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS sebelum ini berjanji untuk mengembalikan semula pilihan raya PBT semasa pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Namun manifesto pilihan PRU14 PH tidak berjanji untuk mengembalikan pilihan raya PBT tetapi menyatakan bahawa mereka akan "mengukuhkan demokrasi tempatan" dan menjadikan majlis tempatan lebih bertanggungjawab kepada rakyat setempat.

Ia juga berjanji untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk mencerminkan aspirasi ini.

Namun begitu, Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad menolak permintaan untuk mengembalikan pilihan raya PBT, dengan alasan ia mungkin menimbulkan perbalahan kaum.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/12/veteran-umno-wp-bantah-gesaan-pilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gesaan Dap Supaya Pilihan Raya Pbt Diadakan Di Kl Pemimpin Umno Membisu

Gesaan Dap Supaya Pilihan Raya Pbt Diadakan Di Kl Pemimpin Umno Membisu

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 244 hits
agendaily com18 12 2023UMNO kini menjadi rakan politik dengan DAP bersama sama dalam kerajaan campuran DAP secara terbuka membuat gesaan supaya pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Kuala Lumpur diadakan dengan segera Gesaan terbuka terse...
Lokman Umno Tak Akan Benarkan Pilihan Raya Pbt

Lokman Umno Tak Akan Benarkan Pilihan Raya Pbt

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 174 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 18 2023 Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Adam berkata parti itu tidak akan membenarkan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan dilaksanakan Lokman berkata demikian ketika mengulas gesaan Pengerusi DAP Kua...
Pilihan Raya Pbt Impian Dap Yang Akan Rosakkan Kita

Pilihan Raya Pbt Impian Dap Yang Akan Rosakkan Kita

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 212 hits
harakahdaily comDecember 19 2023SEMENTARA ada kuasa kita ambil peluang laksanakan agenda kita Kita bantu mereka jadi Perdana Menteri mereka bantu kita laksanakan Pilihan Raya PBT Mungkin itulah yang berlegar dalam kepala pimpinan DAP apabil...
Pilihan Raya Pbt Siapa Yang Untung Sebenarnya

Pilihan Raya Pbt Siapa Yang Untung Sebenarnya

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 305 hits
harakahdaily netDecember 20 2023Datuk Ahmad Amzad HashimKUALA TERENGGANU Pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan tidak sesuai dilaksanakan kerana masih lagi berhadapan dengan penyusunan kaum di dalam kawasan bandar yang mana tidak menggambarka...
Kumpulan 16 Ngo Mahu Pilihan Raya Pbt Dewan Negara

Kumpulan 16 Ngo Mahu Pilihan Raya Pbt Dewan Negara

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 234 hits
Sekumpulan 16 NGO menggesa kerajaan supaya menegakkan demokrasi dengan mengadakan pilihan raya untuk memilih ahli majlis pihak berkuasa tempatan senator Dewan Negara dan anggota jawatan kuasa kepimpinan masyarakat setempat Kata mereka amala...
Kenapa Dap Minat Sangat Adakan Pilihan Raya Pbt Hasmuni

Kenapa Dap Minat Sangat Adakan Pilihan Raya Pbt Hasmuni

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 478 hits
hmetro com myHasmuni gambar fail FOTO NSTPAlor Setar Kerajaan perlu menimbangkan secara teliti cadangan DAP agar diadakan semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan bagi mengelak ada pihak yang meraih laba atas angin secara mudah Ahli Majl...
Sky View Kuala Lumpur Boleh Dilihat Secara 360 Darjah Melalui Sky Ring

Sky View Kuala Lumpur Boleh Dilihat Secara 360 Darjah Melalui Sky Ring

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 167 hits
Sky View Kuala Lumpur boleh dilihat secara 360 darjah melalui Sky Ring di kediaman ikonik Datum Jelatek Selain itu sebuah pusat membeli belah turut dibangunkan bagi melengkapi keperluan komuniti setempat Berkonsepkan Bridging the Community ...
Menginap Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Menginap Di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 456 hits
MENGINAP DI SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini Banyak post masih lagi tertangguh termasuklah post untuk review Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur ini Sunway Putra Mall Hotel Al kisah p...
Pga Turun Serbu Mini Dhaka Jalan Silang Kuala Lumpur

Pga Turun Serbu Mini Dhaka Jalan Silang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 207 hits
Lebih 1 000 anggota dan pegawai polis daripada Pasukan Gerakan Am mengepung mini Dhaka di Jalan Silang KL Operasi bermula jam 11 pagi tadi menyerbu koloni warga asing yang dilihat semakin besar kepala membuka perniagaan dengan berlagak sepe...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down