Veteran Parti Antara Yang Gesa Zuraida Dipecat


ALYAA ALHADJRI 


Susuk tubuhnya mungkin kecil, tetapi bagi Jaliah Ahmad, 72, dia tidak gentar meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin.

Ketua Wanita PKR Kuala Kangsar itu antara 200 orang yang berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR bagi menanti kemunculan Zuraida, yang pada awalnya dijangka hadir menyerahkan sendiri balasan surat tunjuk sebab yang diterimanya daripada lembaga disiplin PKR.

Dengan pebuh bersemangat, Jaliah berkata hujan yang turun tidak sekali-kali dapat menghentikannya daripada bersuara untuk menggesa Zuraida dipecat.

Sejak tengah hari tadi, kumpulan itu melaungkan kata-kata herdikan, memanggil Zuraida sebagai "pengkhianat" parti.

Berdasarkan pemerhatian Malaysiakini, sesetengah daripada mereka datang menaiki bas yang diparkir di sekitar ibu pejabat PKR.

Jika Jaliah hadir sebagai veteran parti, ada pula yang hadir hari ini kelihatan tidak pasti tujuan mereka berada di lokasi. Kebanyakan mereka memakai baju biasa.

Sebahagian mereka memberitahu Malaysiakini bahawa mereka hanya datang untuk memantau apa yang terjadi, manakala sebahagian lagi mendakwa mereka hanya ikut kawan-kawan.

Pada sekitar jam 12.30 tengah hari, sekumpulan penyokong Zuraida - yang lebih kecil daripada kumpulan tadi - tiba bersama-sama setiausaha politiknya, Noor Hizwan Ahmad.

Kira-kira 12 orang anggota polis di lokasi memastikan kedua-dua kumpulan itu tidak bertembung, dan hanya membenarkan Noor Hizwan bersama tiga lagi individu untuk menghantar balasan Zuraida terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan buatnya pada 18 Januari.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Noor Hizwan memberitahu dia menganggap perhimpunan yang berlangsung pada hari ini sebagai sebahagian daripada proses demokrasi.

"Saya lihat kematangan apabila ada kumpulan yang sokong YB Zuraida, dan ada kumpulan sebelah sana yang cuba nak jadi nakal," katanya.

Kumpulan yang menentang Zuraida mendakwa bahawa mereka turut mewakili NGO Gerakan Reformis Keadilan (Gerak).

Jurucakap kumpulan itu, Zainurrizzaman Moharam memaklumkan bahawa laporan polis dan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat terhadap Zuraida atas dakwaan menyalahgunakan dana awam.

Ketua Penerangan Wanita PKR Shahrul Ema Rena Abdul Samah membidas Zainurrizzaman, dan dalam satu hantaran teks, mendakwa bahawa dalam pilihan raya umum ke-14 lalu, Zainurrizzaman bertanding sebagai calon parti PSM di Sungai Buloh.

Sementara itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan meminta kedua-dua kumpulan agar bersurai.

"Sebarang tindakan menyokong atau menentang pemecatan Zuraida Kamaruddin di mana-mana lokasi dalam apa cara sekalipun, tidak akan mempengaruhi lembaga disiplin dalam menentukan perkara tersebut secara bebas.

"Lembaga disiplin akan diarahkan untuk memantau tindakan mana-mana ahli yang melanggar arahan tersebut (cuba mempengaruhi keputusan mereka)," kata Anwar.

Kedua-dua kumpulan yang berhimpun di luar ibu pejabat PKR Kuala Lumpur bersurai tidak lama sebelum jam 2 petang tadi, sementara himpunan seumpamanya oleh penyokong Zuraida dilaporkan turut diadakan di beberapa lokasi lain di seluruh negara.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/veteran-parti-antara-yang-gesa-zuraida.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 000 Ahli Akar Umbi Keluar Parti Jika Zuraida Dipecat Kata Penyokong

10 000 Ahli Akar Umbi Keluar Parti Jika Zuraida Dipecat Kata Penyokong

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 323 hits
SUSAN LOONE Kira kira 150 anggota PKR yang mewakili 13 kawasan parlimen dan 15 NGO mengadakan perhimpunan aman di luar pejabat parti itu di Bayan Baru Pulau Pinang hari ini sebagai tanda solidariti buat naib presiden mereka Zuraida Kamarudi...
10 Pengerusi Pkr Negeri Desak Zuraida Dipecat

10 Pengerusi Pkr Negeri Desak Zuraida Dipecat

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 281 hits
Diterbitkan Hari ini 3 05 petangBERITASepuluh pengerusi PKR negeri hari ini membuat desakan terbuka agar salah seorang naib presiden mereka digugurkan Desakan itu dibuat kira kira sejam selepas diketahui Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan su...
Zuraida Dipecat Bulan Ini

Zuraida Dipecat Bulan Ini

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 409 hits
Awal pagi ini berlegar satu pesanan daripada aplikasi WhatsApp yang mendakwa Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin akan dipecat oleh parti bulan ini Mesej itu didakwa disampaikan oleh seorang pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR yang mendakw...
Langkah Terbaik Keluarkan Zuraida

Langkah Terbaik Keluarkan Zuraida

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 279 hits
Oleh Mohd Sayuti Omar Dengan mengenali Saifuddin Nasution Ismail seorang yang bercakap dengan fakta berhujah menggunakan logik akal berceramah dengan bantuan maklumat saya percaya tindakan beliau menyaman Zuraida Kamaruddin adalah satu tind...
Surat Saman Zuraida Telah Diterima

Surat Saman Zuraida Telah Diterima

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 302 hits
Setiausaha Agung Parti Keadilan rakyat Saifuddin Nasution Ismail menyelar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin Ia susulan kenyataan Zuraida bahawa kononnya dia belum menerima surat tuntutan saman dikemula Saifuddin ter...
Kami Tetap Di Belakang Zuraida

Kami Tetap Di Belakang Zuraida

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 206 hits
M FAIZAL GHAZALI Akar umbi PKR negeri Kelantan mendesak supaya tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap naib presiden Zuraida Kamaruddin yang hadir ke ibu pejabat hari ini bagi menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan oleh Lembaga Disip...
Fitnah Zuraida Terhadap Saya Sangat Spesifik Kata Saifuddin

Fitnah Zuraida Terhadap Saya Sangat Spesifik Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 273 hits
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Majlis Perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra Kajang Selangor foto SYAFIQ AMBAK KAJANG Setiausaha Agung PKR Datuk Seri...
Jika Bermaruah Zuraida Akan Keluar Tanpa Perlu Ditunjukkan Jalannya

Jika Bermaruah Zuraida Akan Keluar Tanpa Perlu Ditunjukkan Jalannya

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 199 hits
Apa pun isi jawapan Zuraida Kamaruddin terhadap surat tunjuk sebab yang dihantarnya ke Ibu Pejabat PKR tidak dinafikan beliau paling mungkin berdepan dengan hukum pemecatan Harus diakui kesalahan disiplin yang dilakukannya khususnya mendeda...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi