Vellfire Di Kuala Lumpur
RINA HAMZAH
USAHA MB KEDAH MELAWAN COVID 19 DIPERTINGKATKAN DENGAN PEMBELIAN SEBUAH VELLFIRESakan noo MB Kedah ni.. beli vellfire baru.. pakai duit SADA pulak tu.. Dah la SADA tengah tenat, boleh pulak dia arah SADA beli time2 kobid19.. Pi sembunyi kat mana nusi oiii, ambik keta pukul 2.30pg di Tol A.S. NO. PENDAFTARAN:*KEP5000*BUATAN:*TOYOTA*NAMA KENDERAAN:*VELLFIRE DBA-AGH30W (A)*NO. CASIS:*AGH30-0178102*BAHAN BAKAR:*PETROL*NO. ENJIN:*2ARJ073277*WARNA:*HITAM*TARIKH DIDAFTARKAN:*29/09/2020*NO. SYARIKAT:*854184-W*NAMA SYARIKAT:*SYARIKAT AIR DARUL AMAN SDN BHD*ALAMAT:*NO. 892 JALAN SULTAN BADLISHAH 05000 ALOR SETAR, KEDAH*NAMA SYARIKAT INSURANS:*AMGENERAL INSURAN BERHAD*NO. POLISI:*JVD9717939*TEMPOH INSURANS:*29/09/2020 - 28/09/2021*Tular semalam sekeping gambar yang memaparkan butiran berkaitan dengan sebuah kereta Toyota Vellfire berwarna hitam yang didakwa dibeli oleh pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) untuk kegunaan Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor. Sanusi yang juga pengerusi kepada SADA dikatakan telah “meminta” pihak SADA untuk membelikannya sebuah kereta Toyota Vellfire berwarna hitam dengan plat nombor KEP5000.
Menurut sumber kereta tersebut diambil sendiri oleh Sanusi pada tarikh 30 September 2020 pada jam 2.30 pagi ditempat yang dirahsiakan. Pihak UtaraDaily cuba untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang terdekat, namun tiada maklumat tambahan lain yang diperolehi setakat ini.
Namun hasil risikan yang dijalankan, kereta Toyota Vellfire tersebut disyakki tidak berada di negeri Kedah. Menurut sumber, Sanusi telah “menyorokkan” kereta tersebut di Kuala Lumpur kerana syarikat yang menjual kereta tersebut juga adalah syarikat yang beroperasi di Kuala Lumpur.
Persoalan mula timbul, kenapa kereta tersebut disorokkan di Kuala Lumpur? Adakah Sanusi berhasrat untuk menyembunyikannya dari pengetahuan umum pada ketika ini bagi merancang sesuatu sebelum mengumumkannya? Jika benar kereta tersebut telah dibeli ini bermakna sebagai MB, Sanusi memiliki tiga buah kereta untuk kegunaan beliau sahaja iaitu Mercedes Benz, Volvo S90 dan yang terbaru Toyota Vellfire.
ARTIKEL BERKAITAN: PANAS!!: Baru 5 bulan jadi MB, Sanusi bermewah “pakai” Vellfire baharu!
Turut menjadi tanda tanya adalah, pihak SADA sendiri tidak mengetahui pembelian kereta tersebut dan hanya diuruskan oleh beberapa orang tertentu sahaja. Sanusi dikecam
hebat
oleh warganet kerana menggunakan SADA untuk mendapatkan kereta Toyota Vellfire baru itu untuk kegunaan beliau dikala masalah air negeri Kedah masih belum dapat diselesaikan.
Apakah pembelian ini merupakan suatu keperluan mendesak sehinggakan SADA terpaksa membeli sebuah kereta baru dikala wang tersebut boleh digunakan untuk menyelesaikan banyak masalah air di negeri Kedah ini untuk keselesaan rakyat. Sekiranya benar apa yang berlaku ini, amatlah malang bagi rakyat Kedah kerana memiliki seorang MB yang tidak cakna terhadap masalah rakyat, apa yang lebih dipentingkannya hanyalah keselesaan beliau sahaja.
Ikuti pendedahan menarik lain dari masa ke semasa yang akan dilaporkan oleh UtaraDaily.
— UTARADAILY
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/10/vellfire-di-kuala-lumpur.html