Ve Era Menyuburkan Dan Memulihkan Rambut Dari Akar Hingga Ke Hujungnya
Semestinya rambut dianggap sebagai mahkota wanita dan penjagaan rambut adalah sangat penting terutamanya bagi AlongMurni (AM) yang berhijab apabila keluar dari rumah. Secara peribadi, AM amat mementingkan penjagaan rapi bagi rambut agar rambut tidak mudah rosak dan bermasalah.
Sebenarnya bagi wanita berhijab, rambut amat cenderung untuk berada dalam kondisi berminyak dan lembap. Menggunakan syampu khusus untuk kulit kepala sensitif akan dapat mengimbangkan kondisi kulit kepala. Malahan amat penting untuk selalu memilih syampu dan perapi yang sesuai untuk mencegah rambut dari kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia. Jadi, AM ingin menyarankan satu set kelengkapan penjagaan rapi bagi rambut yang sedang AM gunakan iaitu SET PENJAGAAN 3 IN 1 VE’ERA.
PRODUK VE’ERA KELUARAN EVLOGIA WORLDWIDE
Jenama penjagaan rambut VE'ERA merupakan produk jenama tempatan yang diasaskan oleh Mr. Gin atau nama penuhnya Gin Kioh Xiao Zhong bersama isterinya berikutan daparipada permintaan pelanggan yang datang berkunjung ke Salon mereka. Mr Gin mempunyai salon di Kepala Batas yang telah beroperasi 7 tahun. Set Penjagaan 3 in 1 Ve’era ini terdiri daripada:
Root Revival Hair ShampooRoot Revival Hair MaskRoot Revival Hair Tonic
AM bergambar bersama Pengasas Produk Ve'Era iaitu Mr Gin Kioh Xiao Zhong
Set Penjagaan 3 In 1 ini cuma berharga RM 210. Memang berbaloi untuk mencuba dan WAJIB miliki untuk SEMUA wanita.
ROOT REVIVAL HAIR SHAMPOO
Pembersih lembut dan tanpa sulfat yang dapat membersihkan segala kotoran dan dapat menyegarkan semula akar rambut anda hingga menambahkan penghidratan pada rambut. Pembersih lembut dan tanpa sulfat ini dapat membersihkan segala kotoran dan dapat menyegarkan semula akar rambut hingga menambahkan penghidratan pada rambut.
AM sangat berpuas hati selepas menggunakan Hair Shampoo Ve’era ini. Rambut AM jadi mudah untuk diluruskan dengan hanya menggunakan jari. Malahan rambut AM bau wangi, lembut dan menyegarkan.
‘ROOT REVIVAL BEST SHAMPOO FOR HAIR LOSS’
Menariknya adalah Hair Shampoo Veera ini mengandungi bahan Organic Green Tea & Chamomile Shampoo. Ianya diformulasikan untuk mengurangkan keguguran rambut dan pertumbuhan folikel rambut baru, ia menyuburkan rambut yang menipis dari akar hingga hujung, memulihkan kepadatan dan daya hidup rambut. Gabungan sempurna dari Organic Chamomile & Green Tea Extract yang memberikan aroma yang menyegarkan, dan melegakan kulit kepala yang gatal dan mengelupas, menjadikan rambut lembut, berkilau dan kelihatan sihat.
Cara Penggunaan (Veera Shampoo for Hair Loss)
Sapukan pada rambut lembap dan urut sehingga buih terbentuk. Untuk hasil yang optimum, diikuti gunakan Veera Organic Green Tea & Chamomile Hair Mask kemudiannya.
ROOT REVIVAL HAIR MASK
Pre-wash treatment yang sangat pekat ini mengembalikan kelembapan dan kelancaran dari akar hingga ke hujung rambut. Hair Mask Veera ini AM gunakan sebagai perapi. Semerbak bau Green Tea dan Chamomile ini selepas AM menggunakan Hair Mask ini. Selalunya ketika AM rapikan rambut mesti akan ada rambut yang gugur namun dengan adanya Hair mask Ve’Era ini, rambut gugur Am mula berkurangan. Malahan rambut AM nampak lembab dan tidak mudah putus lagi.
‘Hair Mask for Damaged Hair’
Hair Mask yang berstruktur ringan ini direka untuk memberikan kelembapan dari dalam dan melicinkan rambut dari akar hingga hujung. Kualiti pelembap Hair Mask berasal dari Glycerin yang berfungsi untuk melembapkan dan menyuburkan rambut anda, menjadikannya lembut dan terhidrat. Veera Organic Green Tea Extract & Organic Chamomile Hair Mask mengandungi Marula Oil yang membantu menyembuhkan masalah rambut seperti kering dan tidak bermaya.
Cara Penggunaan (Directions to Use Hair Mask for Damaged Hair)
Sapukan pada rambut lembap dan urut sehingga buih terbentuk. Untuk hasil yang optimum, sapukan Hair Mask selepas Veera Organic Green Tea Extract + Organic Chamomile Extract Shampoo.
ROOT REVIVAL HAIR TONIC
AM paling suka dengan Hair Tonic Ve’Era ini. Selain menyegarkan dan menghidupkan semula kulit kepala AM yang sensitif. Tonik dengan organik extract dan provitamin B5 menyegarkan kering kulit kepala dan menguatkan rambut AM. Tiada lagi rasa gatal-gatal pada kulit kepala dan kelemumur telah tiada. AM memang sarankan untuk mencuba produk Ve’era ini!! Memang puas hati dan terbaik.
‘Best Hair Tonic for Hair Loss’
Tonic anti-keguguran rambut yang berkesan untuk mengekalkan kulit kepala sihat yang mendorong pertumbuhan rambut. Ia mengandungi bahan seperti Red Clover (Trifolium Pratense (Clover) Extract Bunga) yang bermanfaat untuk menenangkan keradangan. Veera’s Hair Tonic diformulasikan dengan Dextran dan Acetyl Tetrapeptide-3 untuk mencegah keguguran rambut dan mendorong pertumbuhan rambut sementara Hydrolyzed Soy Protein dan Panthenol menjaga rambut anda menyuburkan dan melembapkan.
Cara Penggunaan
Membersihkan rambut dengan Veera Shampoo diikuti dengan Veera Hair Mask. Keringkan rambut menggunakan tuala dan kulit kepala. Semburkan Veera Hair Tonic ke kulit kepala dan urut dengan lembut selama beberapa minit. Gayakan seperti biasa.
Untuk membuat pembelian Produk Ve’Era ini boleh dapatkan dari laman web VE'ERA, agen dan stokis VE'ERA. Untuk keterangan lanjut boleh layari:- https://veeracares.com/
IG: https://www.instagram.com/veeracares_official/
FB: https://www.facebook.com/veeracares
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/01/Veera-Menyuburkan-dan-Memulihkan-Rambut-Dari-Akar-Hingga-ke-Hujungnya.html