Vatsin Diri Tawakal Kepada Allah
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat blogger, Naim doakan semua baik-baik di dalam rahmat Allah. Melihat kes baharu pada hari ini sangat menggerunkan kita semua sudah mencecah 20k. Kes baharu ini adakah ramai yang degil pulang ke kampung untuk hari raya? Semoga Allah memelihara kita semua.
Akhir nya setelah lama menunggu untuk vatsin diri ini, kini sudah sampai giliran Naim. Insha Allah pada Sabtu ini bersamaan 7 Ogos 2021 pada pukul 7 Malam.Semasa confirm temu janji berfikir kepada pada waktu begini,kemungkinan orang ramai pada waktu itu mengikut giliran di tetapkan . Naim rasa akan pergi sejam lebih awal dalam pukul 6 petang macam itu, jika ada slot kosong boleh Naim di panggil. Begitu lah bermain di dalam fikiran waktu ini.
Bagaimana hukum mengambil Vatsin Covid-19?
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan diputuskan harus dan wajib diambil, selaras resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ke-10 yang bersidang pada 3 Disember lalu - ( Sumber - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/785997/hukum-vaksin-covid-19-harus-mufti-wilayah).
Oleh itu, jangan takut mengambil vatsin untuk diri kita hatta ahli keluarga kita. Vatsin ini adalah satu iktiar melindung diri daripada Covid-19 ini.Keberangkali jangkitan Covid-19 untuk menyerang kita adalah lemah . Insha Allah , selebihnya kita berdoa kepada Allah agar melindungkan kita semua.
Vatsinasi Secara Walk-IN
Kredit : FB Jabatan Kesihatan Negeri Kedah - #maipakatsihat
Akhir kalam Naim , Semoga Allah mendengar doa-doa kita semua, agar wabak ini segera lenyap di muka bumi ini. Insha Allah. Jangan berputus asa dengan Allah kerana setiap ujian daripada Allah adalah hikmah sangat baik kepada kita sebagai HambaNYA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2021/08/vatsin-diri-tawakal-kepada-allah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)