Variasi Menu Udang Yang Mudah Senang Dimasak Gerenti Sedap
Udang merupakan antara menu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Selain cepat masak, pelbagai menu udang boleh diolah mengikut cita rasa keluarga anda. Jika sudah buntu, kami kongsikan empat menu yang boleh anda cuba. Semuanya mudah untuk dimasak. Yang penting, sedap!
Udang Sambal Belacan
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan dan toskan1 biji bawang besar | dikisar – beli online DISINI3 ulas bawang putih | dikisar – beli online DISINI2.5cm halia | dikisar – beli online DISINI3 sudu makan pes cili kering – beli online DISINI2 sudu makan air asam jawa – beli online DISINI3cm belacan – beli online DISINIGaram dan gula secukupnyaMinyak untuk menggoreng dan menumisCARA PENYEDIAAN:
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan ketepikan.Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.Masukkan pes cili, diikuti belacan, kacau hingga pecah minyak,Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.Setelah pekat dan agak kering masukkan udang yang telah digoreng.Tutup api dan gaul rata.Sedia dihidangkan.Udang Goreng Mentega Telur
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan8 biji cili padi | dihiris1/2 cawan susu segar – beli online DISINI1 sudu makan mentega – beli online DISINI1 sudu teh serbuk lada hitam – beli online DISINIGaram secukup rasa – beli online DISINIMinyak masak untuk menggorengBAHAN UNTUK SARANG TELUR:
2 biji telur kuning1 sudu makan mentega1 cawan minyak masakCARA PENYEDIAAN:
Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.Angkat dan toskan.Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.Tambah serbuk lada hitam dan sedikit garam.Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.Udang Goreng Berempah
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan4 ulas bawang merah | dikisar3 ulas bawang putih | dikisar1 biji bawang besar | dicincang1 batang serai | dikisar – beli online DISINI2 tangkai daun kari | dilurut dari tangkai6 biji cili padi | dihiris – beli online DISINI1 sudu makan serbuk kari – beli online DISINI1 sudu teh serbuk ketumbar 1/2 sudu teh serbuk jintan manis – beli online DISINI1/2 sudu teh serbuk jintan putih – beli online DISINI1 sudu teh serbuk kunyitGaram dan gula secukupnyaMinyak secukupnya untuk menggorengCARA PENYEDIAAN:
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan semua bahan kisar dan serbuk rempah kari, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam dan gula secukupnya.Panaskan minyak dalam kuali, goreng daun kari hingga garing dan naik bau.Masukkan hirisan bawang besar, diikuti udang.Goreng hingga udang kemerahan lebih kurang lima minit.Angkat dan hidangkan panas-panas.Udang Goreng Tempoyak
BAHAN-BAHAN:
500 gm udang saiz XXL | dibersihkan2 sudu makan tempoyak | dibancuh dengan sedikit air1 biji bawang besar | dihiris1 helai daun kunyit | dihiris halus1/2 sudu teh serbuk kunyitGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menggoreng dan menumisBAHAN KISAR:
20 biji cili padi5 ulas bawang merah2 ulas bawang putihCARA PENYEDIAAN:
Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya dan ketepikan.Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan toskan.Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.Tumiskan hirisan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk kunyit.Kacau hingga pecah minyak.Seterusnya masukkan bancuhan tempoyak, diikuti garam dan gula secukupnya.Bila kuah tempoyak agak pekat dan cukup rasa, masukkan hirisan daun kunyit dan udang.Tutup api dan gaul rata. Sedia dihidangkan.Jika anda mencari KUALI NON STICK, boleh klik DISINI. Banyak pilihan untuk anda.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Sotong Stim Ala Thai Yang Sedap Tak Terkata
Aneka Resipi Sotong Yang Mudah & Menyelerakan
Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Sedap. Semudah ABC Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/11/variasi-menu-udang-yang-mudah-senang.html