Varian Baharu Mungkin Halang Kemajuan Negara Lawan Covid 19


Hakimie Amrie Hisamudin
Gambar hiasan

PETALING JAYA: Terdapat kebimbangan dalam kalangan pakar perubatan bahawa varian Covid-19 yang baharu dan cepat menular akan menghalang negara untuk kembali kepada keadaan normal.
Kata mereka, ini mungkin akan menyebabkan kemajuan dalam memerangi Covid-19 akan menjadi perlahan dengan ketara.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), enam varian SARS-CoV-2 telah dikesan di negara ini, iaitu Beta, Delta, dan Alpha daripada jenis varian membimbangkan (VOC), serta Kappa, Theta dan Eta daripada jenis varian berkepentingan (VOI).
Pada 22 Jun, 189 kes varian dilaporkan dengan 173 kes membabitkan VOC. Setakat ini, kumpulan jangkitan terbesar membabitkan varian Beta diikuti oleh varian Delta.
Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye percaya jumlah kes sebenar lebih tinggi.
“Penjujukan gen virus tidak dibuat untuk semua kes atau kluster. Oleh itu jumlah VOC dan VOI yang dikesan hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah sebenar kes tersebut,” katanya kepada FMT.
“Tetapi data semasa masih berguna kerana ia menunjukkan varian mana paling utama.”
Lee berkata, varian-varian ini akan menyekat kemajuan negara menuju pemulihan jika kerajaan tidak meningkatkan usaha melawan virus ini.
Katanya, kelembapan program vaksinasi akan memberi masa kepada virus untuk bermutasi dan memburukkan lagi situasi Covid-19 di negara ini.
“(Kadar) vaksinasi lambat bermaksud kemungkinan varian baharu wujud menjadi lebih tinggi. Kadar kebolehjangkitan akan menurun hanya apabila kita melepasi 16 juta dos dalam program vaksinasi,” katanya.
Ketika ditanya sama ada keberadaan varian ini menjadi faktor kadar kebolehjangkitan kekal tinggi walaupun dengan sekatan pergerakan, Lee mengakui itu boleh jadi salah satu sebabnya.
“Walaupun memang benar bahawa beberapa varian seperti Delta lebih cepat menular dan menyumbang kepada peningkatan kes, faktor utamanya masih kegagalan sekatan pergerakan dan pengesanan kontak rapat yang tidak efektif,” katanya.
“Perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 masih membenarkan banyak perniagaan, terutamanya syarikat besar terus beroperasi. Oleh itu, kluster tempat kerja akan terus muncul.”
Beliau berkata, kerajaan harus mempertimbangkan pendekatan vaksinasi “campur dan padan” untuk meningkatkan keberkesanan vaksin tertentu.
“Varian utama kita adalah varian Beta dan negara Afrika Selatan melaporkan bahawa AstraZeneca tidak berkesan terhadapnya,” kata Lee.
“Oleh itu kita harus mempertimbangkan dengan serius menggunakan vaksin lain bagi mereka yang telah menerima dos pertama AstraZeneca.”
Pakar epidemiologi di Universiti Malaya, Dr Sanjay Rampal berkata, vaksin utama masih berkesan untuk mencegah penyakit teruk, walaupun strain baharu akan meningkatkan kemungkinan jangkitan.
“Dengan adanya varian baharu, kita harus realistik dengan jangkaan kita tentang bila (program) imunisasi akan selesai,” katanya.
“Strategi semasa adalah pertama sekali memvaksin populasi untuk mengurangkan kerentanan terhadap virus.
“Matlamat jangka panjang sepatutnya adalah untuk hidup bersama virus dengan mengambil langkah pencegahan dan kawalan Covid-19 yang mampan.”
LIHAT VIDEO DI SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/varian-baharu-mungkin-halang-kemajuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Jangkitan Baharu Covid 19 Di Indonesia Naik 500 Peratus

Kes Jangkitan Baharu Covid 19 Di Indonesia Naik 500 Peratus

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 233 hits
Kes jangkitan baharu Covid 19 di Indonesia naik 500 peratus Desakan supaya kerajaan melaksanakan sekatan lebih ketat terus disuarakan rakyat Indonesia ketika kes jangkitan Covid 19 direkodkan meningkat sehingga 500 peratus dalam tempoh sebu...
Istana Negara Ulangi Perlunya Sidang Parlimen Secepat Mungkin Mahiaddin Jangan Degil Lagi

Istana Negara Ulangi Perlunya Sidang Parlimen Secepat Mungkin Mahiaddin Jangan Degil Lagi

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 263 hits
Setelah kenyataan media berkaitan hasil Perbincangan Khas Majlis Raja Raja yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agong pada 16 Jun lalu yang antara lain mahukan Sidang Parlimen diadakan dengan secepat mungkin seperti telah diderhakai oleh...
5730 Benarkan Penggunaan Ivermectin Tingkat Imuniti Badan Halang Jangkitan Covid 19 Malaysia Gazette 21 06 2021

5730 Benarkan Penggunaan Ivermectin Tingkat Imuniti Badan Halang Jangkitan Covid 19 Malaysia Gazette 21 06 2021

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 450 hits
KUALA LUMPUR Gabungan pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan kesihatan menggesa kerajaan menggunakan darurat untuk membenarkan penggunaan ubat Ivermectin bagi meningkatkan imuniti badan dalam usaha menghalang jangkitan Covid 19 Sala...
Ivermectin Tingkat Imuniti Badan Halang Jangkitan Covid 19

Ivermectin Tingkat Imuniti Badan Halang Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 207 hits
Ivermectin tingkat imuniti badan halang jangkitan Covid 19 Benarkan penggunaan Ivermectin tingkat imuniti badan halang jangkitan Covid 19 Gabungan pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan kesihatan menggesa kerajaan menggunakan darura...
Jika Kerajaan Baharu Gantikan Pn Strategi Tangani Covid Lebih Berkesan Johari Abdul

Jika Kerajaan Baharu Gantikan Pn Strategi Tangani Covid Lebih Berkesan Johari Abdul

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 234 hits
Kegagalan kerajaan Perikatan Nasional menangani pendemik Covid 19 sejak lebih setahun lalu memerlukan pertukaran kerajaan agar satu strategi baharu yang berkesan dapat digerakkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah Datuk Johari ...
6 437 Kes Baharu Covid 19 Direkodkan

6 437 Kes Baharu Covid 19 Direkodkan

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 268 hits
PUTRAJAYA Kes kembali meningkat melebihi 6 000 dengan 6 437 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid 19 sebanyak 745 703 kes
Covid 19 Jangkitan Baharu 6 387 Selangor Kekal Catat Jumlah Kes Harian Tertinggi

Covid 19 Jangkitan Baharu 6 387 Selangor Kekal Catat Jumlah Kes Harian Tertinggi

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 324 hits
Malaysia merekodkan 6 387 kes baharu Covid 19 pada Isnin Gambar hiasan PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6 387 kes Covid 19 Dalam catatan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulati...
Terkini Covid 19 Kes Baharu Masih Lebih 6 000 Selangor Tertinggi Dengan 2 262 Kes

Terkini Covid 19 Kes Baharu Masih Lebih 6 000 Selangor Tertinggi Dengan 2 262 Kes

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 333 hits
Angka jangkitan baharu COVID 19 dalam negara merekodkan 6 045 kes bagi tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif setakat ini ialah 778 652 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di laman Twitt...
Burnout Mungkin Ancaman Kluster Baharu

Burnout Mungkin Ancaman Kluster Baharu

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 315 hits
Gambar Hiasan Burnout mungkin ancaman kluster baharu Ramai tidak mempedulikan keluhan warga perubatan terhadap individu melanggar peraturan dan Prosedur Operasi Standard yang sering diutarakan melalui media sosial Profesor Fakulti Komunikas...
Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senaman Paling Mudah Tapi Paling Pelik Aku Menari Macam Ayam 10 Minit Sehari

Sebastian Ila Ila Sigi Begulai Chord

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Govt To List Schools Near Asean Summit Venue For Students To Learn From Home

Anwar Calls For Bold Education Reforms Ahead Of 13th Malaysia Plan

Why Do People Keep Investing In Hotels