Vaksin Selamat Untuk Wanita Hamil Tak Menyebabkan Keguguran Atau Kecacatan


 Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Ibu hamil tidak divaksin lebih berisiko hadapi komplikasi teruk jika dijangkiti COVID-19
BANGI – Wanita hamil tidak perlu bimbang dengan risiko suntikan vaksin COVID-19 kerana ia selamat dan tidak menyebabkan keguguran atau kecacatan.
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Murizah Mohd Zain berkata, mengikut laporan terbaharu daripada Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG), vaksin boleh diberikan kepada semua trimester kehamilan.
Untuk rekod, vaksin disarankan untuk diberi kepada ibu hamil antara 14 hingga 33 minggu. 
Namun, mengikut garis panduan terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut selari dengan laporan RCOG yang mana menyatakan vaksinasi selepas minggu ke-33 kehamilan tidak bertentangan sepenuhnya dan boleh dibuat berdasarkan kes dengan penilaian manfaat dan risiko terhadap individu.
“Ibu hamil tidak perlu risau, vaksin tidak akan meningkatkan risiko keguguran atau kecacatan. Kalau kita tengok latar belakang risiko, seorang ibu hamil tidak ambil vaksin, kemungkinan dia untuk gugur adalah 15 peratus. Sementara ibu yang ambil vaksin, kemungkinan dia tetap sama. 
“Data-data ini meyakinkan kita bahawa vaksin tidak memberi komplikasi. Jadi, kita tidak ragu ragu lagi untuk memberikan vaksin COVID-19. 
“Tambahan pula jika dilihat dari segi struktur, vaksin ini bukanlah vaksin hidup. Salah satunya daripada teknologi Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA seperti yang terkandung dalam vaksin Pfizer. Ia tidak akan ditransmisikan daripada uri kepada bayi itu. Jadi keseluruhanya ia adalah selamat,” katanya dalam program Agenda Pertiwi, malam ini.
Mengikut garis panduan KKM, vaksin yang diberikan untuk ibu hamil adalah daripada syarikat Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca. 
“Keutamaan kita adalah vaksin Pfizer, tetapi seandainya tiada vaksin Pfizer, boleh berikan apa sahaja vaksin COVID-19 yang diluluskan KKM kepada wanita hamil
“Harus diingat, tujuan utama vaksinasi adalah untuk melindungi ibu hamil daripada menerima jangkitan yang teruk. 
“Suami tak perlu risau vaksin beri kemudaratan sama ada kepada isteri atau anak dalam kandungan. Vaksin ini kita beri untuk mencegah komplikasi lebih teruk. Perlindungan kepada ibu daripada jangkitan COVID-19 adalah prioriti sekarang,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, peningkatan kes COVID-19 membabitkan ibu hamil ketika ini berkait rapat dengan varian Delta.  
Katanya, pada bulan Mac hanya seramai 200 ibu dijangkiti, namun ia meningkat kepada kira-kira 890 kes pada Jun dan Julai menjadikan jumlahnya empat kali ganda lebih tinggi berbanding varian tahun lalu. 
Kajian daripada United Kingdom (UK) mendapati ibu hamil yang dijangkiti COVID-19, mendapat komplikasi lebih teruk, termasuk sistem ketahanan badan, jangkitan paru-paru dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU). Secara tidak langsung ia beri kesan kepada bayi.

“Jika ibu hamil dapat jangkitan teruk, salah satu rawatan adalah kelahiran lebih awal demi menyelamatkan ibu.
“Ketika kehamilan baru 26 atau 28 minggu, ibu itu pula telah sampai ke kategori 4 hingga 5 COVID-19, maka kita terpaksa buat keputusan sukar melahirkan bayi awal walaupun bayi berada dalam keadaan tidak matang. 
“Jika kandungan berusia 24-26 minggu, maka chance of survival menjadi sangat rendah. Mudaratnya adalah kepada kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan itu,” katanya. 
Semalam, KKM memaklumkan terdapat peningkatan mendadak dalam kes kematian dan jangkitan teruk melibatkan wanita hamil yang positif COVID-19.
Peningkatan itu di tengah-tengah kadar pendaftaran vaksinasi yang rendah di kalangan golongan itu.
KKM memaklumkan, hanya seramai 146,759 wanita hamil telah mendaftar untuk vaksinasi setakat 8 Ogos – dianggarkan 40 peratus daripada seluruh wanita hamil di Malaysia.
Daripada yang telah berdaftar, seramai 83,251 orang (57 peratus) telah menerima satu dos, manakala 20 peratus telah menerima dua dos.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/vaksin-selamat-untuk-wanita-hamil-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Covid 19 Utamakan Wanita Hamil Rina Harun Kauboleh

Vaksin Covid 19 Utamakan Wanita Hamil Rina Harun Kauboleh

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 208 hits
Sementara itu Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat juga akan meminta kerajaan mengutamakan wanita hamil untuk mendapatkan vaksin COVID 19 kerana mereka merupakan golongan berisiko tinggi Menurut Menterinya Datuk Seri Rina ...
Wanita Hamil Boleh Dapat Vaksin Tanpa Temu Janji Mysejahtera

Wanita Hamil Boleh Dapat Vaksin Tanpa Temu Janji Mysejahtera

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 383 hits
Vaksinasi Covid 19 bagi ibu hamil boleh diperoleh melalui klinik kesihatan ibu dan anak tanpa perlu temu janji melalui aplikasi MySejahtera Wanita hamil boleh mendapatkan temu janji vaksin melalui klinik kesihatan ibu dan anak tanpa perlu b...
Hiburan Hampir Tolak Vaksin Kerana Hamil Anak Ke 2 Tasha Manshahar Ubah Fikiran Bimbang Keadaan Diri Dan Bayi

Hiburan Hampir Tolak Vaksin Kerana Hamil Anak Ke 2 Tasha Manshahar Ubah Fikiran Bimbang Keadaan Diri Dan Bayi

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 294 hits
Penyanyi Tasha Manshahar mendedahkan bahawa dia hampir menangguhkan pengambilan vaksin ketika sedang sarat hamil anak kedua kerana tidak yakin dan bimbang kesan sampingannya terhadap kesihatan diri dan juga kandungan ARTIKEL BERKAITAN Adver...
Hamil Di Usia 68 Tahun Wajah Wanita Ini Menjadi Tumpuan Warga Net

Hamil Di Usia 68 Tahun Wajah Wanita Ini Menjadi Tumpuan Warga Net

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 338 hits
Artis Mexico Lyn May telah mengumumkan kehamilannya pada usia 68 tahun hasil hubungan bersama dengan jejaka berusia 39 tahun lebih muda daripadanya
Adakah Kanak Kanak Tanpa Vaksin Selamat Dari Varian Delta Covid 19

Adakah Kanak Kanak Tanpa Vaksin Selamat Dari Varian Delta Covid 19

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 218 hits
Selepas angka kematian semakin melonjak dikebanyakkan negara termasuk Malaysia dikhuatiri ramai yang terlibat disyaki ada berkaitan dengan varian delta terbaru Untuk orang dewasa mereka digalakkan untuk mengambil vaksin namun bagaimana pula...
Sering Tangguh Temu Janji Vaksin Wanita Maut Akibat Covid 19

Sering Tangguh Temu Janji Vaksin Wanita Maut Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 272 hits
Danni Coombs baru berusia 25 tahun ketika meninggal dunia dari Covid LONDON Seorang ibu kepada tiga anak meninggal dunia akibat Covid 19 kerana dia sering menangguhkan temu janji suntikan vaksin Danni Coombs meninggal dunia di hospital di B...
Ada Suami Tidak Izin Isteri Hamil Suntik Vaksin Covid 19 Kata Dr Zulkifli

Ada Suami Tidak Izin Isteri Hamil Suntik Vaksin Covid 19 Kata Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 401 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri hukum penggunaan vaksin Covid 19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan PETALING JAYA Ada kalangan suami tidak membenarkan isteri mereka yang ham...
Doktor Ini Kongsi Risiko Jangkitan Covid 19 Wanita Hamil Lebih Teruk Bersalin Awal

Doktor Ini Kongsi Risiko Jangkitan Covid 19 Wanita Hamil Lebih Teruk Bersalin Awal

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 226 hits
Keadaan sekarang mungkin bertambah tenat dengan kes jangkitan covid 19 bukan hanya bahaya pada warga emas tapi lebih teruk buat wanita hamil dan kanak kanak Kebelakangan ini kerap kita dengar tentang kematian di kalangan ibu mengandung
Duduk Di Rumah Jika Belum Vaksin Atau Polis Akan Tangkap Anda

Duduk Di Rumah Jika Belum Vaksin Atau Polis Akan Tangkap Anda

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 228 hits
Presiden Filipina Rodrigo Duterte menasihatkan orang ramai supaya jangan keluar rumah jika belum mengambil suntikan vaksin Covid 19 MANILA Presiden Filipina Rodrigo Duterte menasihatkan orang ramai supaya jangan keluar rumah jika belum meng...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat