Vaksin Cansino Diterima Hujung Julai


Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD


KUALA TERENGGANU: Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meluluskan pembelian dua jenis vaksin keluaran CanSino dan Johnson & Johnson (J&J), yang hanya memerlukan satu dos suntikan sahaja.

Timbalan Menteri MOSTI, Dato’ Ahmad Amzad Hashim berkata, pembelian vaksin CanSino dijangka akan diterima pada penghujung bulan Julai ini.

Ini kerana, kata beliau, keutamaan vaksin satu dos itu khusus bagi kawasan pedalaman yang terpencil seperti pulau-pulau serta kawasan yang sukar menguruskan logistiknya.
“Kita jangkakan menerima vaksin CanSino pada hujung Julai ini. Jadi, vaksin CanSino ini kita utamakan di kawasan pendalaman yang terpencil atau pulau-pulau yang susah untuk sampai dan sulit untuk logistik sampai ke bahagian itu.
“Oleh kerana itu, tempat-tempat seumpama ini vaksin jenis CanSino sangat bagus untuk dilaksanakan,” ujarnya kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, pihak MOSTI telah mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin CanSino dan Johnson & Johnson (J&J).
“Kelulusan yang dikeluarkan oleh NPRA untuk vaksin CanSino dan Johnson & Johnson (J&J) dan kedua-dua vaksin ini jenis satu dos sahaja.
“Ini berbeza dengan vaksin lain yang biasa kita gunakan sekarang seperti Pfizer BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca yang memerlukan dua dos suntikan. CanSina sekali suntikan sudah cukup.
“Cuma vaksin Johnson & Johnson (J&J) setakat ini kita belum lagi menerima maklum balas bila paling cepat mereka boleh hantar bekalan kepada kita (Malaysia),” katanya.
Menurutnya, Malaysia memperolehi vaksin Johnson & Johnson itu melalui fasiliti covid sama seperti pembelian AstraZaneca.
Amzad mengagihkan roti paung Terengganu kepada wakil DUN Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sehubungan itu, katanya program vaksinasi yang dilaksanakan oleh kerajaan juga tidak mengabaikan golongan warga emas.
“Pusat-pusat penjagaan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan gelandangan juga kerajaan tidak pernah mengabaikan mereka dalam melaksanakan Program Outreach Vaksinasi, cara menghantar pasukan-pasukan petugas ke tempat mereka dan membuat suntikan vaksin.
“Kita akan memastikan golongan ini mendapat hak mereka untuk divaksinasikan. Imam, jawatankuasa masjid juga sedang dipertimbangkan untuk diberikan keutamaan termasuk tukang mandi jenazah,” tegasnya.
Menurutnya, orang yang memandikan jenazah juga terlibat secara langsung dengan pengurusan mayat.
“Biasanya, keluarga si mati akan turut serta bersama dalam bilik mandian jenazah yang agak sempit. Ahli keluarga si mati (waris) pula biasanya akan pulang dari segenap pelosok.
“Kadang-kala susah untuk dikenal pasti dari segi risiko jangkitan Covid-19, yang dibawa dari kawasan masing-masing,” jelasnya.
Justeru, katanya, pemandi jenazah juga akan terdedah kepada kemungkinan dijangkiti Covid-19 jika tidak disuntik.
Tambah beliau, mereka juga wajar diberikan keutamaan bagi menerima suntikan vaksin melalui pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/vaksin-cansino-diterima-hujung-julai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rebat E Hailing Rm20 Ke Pusat Pemberian Vaksin Bermula 1 Julai

Rebat E Hailing Rm20 Ke Pusat Pemberian Vaksin Bermula 1 Julai

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 222 hits
Seramai 50 000 individu di negeri ini bakal menerima rebat pengangkutan bagi pengambilan vaksin terutamanya warga emas menerusi Pakej Kita Selangor 2 0 Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif yang bakal memberi manfaat kep...
Calon Spm Amp Stpm Bakal Dapat Vaksin Mulai Julai Ini Amp Lengkap 2 Dos Selepas 3 Minggu

Calon Spm Amp Stpm Bakal Dapat Vaksin Mulai Julai Ini Amp Lengkap 2 Dos Selepas 3 Minggu

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 295 hits
Akhirnya cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia dipersetujui oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan dimana calon SPM dan STPM akan menerima vaksin bermula Julai 2021 ini Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia dan Siji...
10 Peratus Populasi Malaysia Lengkap 2 Dos Vaksin Pada Julai

10 Peratus Populasi Malaysia Lengkap 2 Dos Vaksin Pada Julai

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 221 hits
Syarikat sertai Pikas hanya perlu bayar kos operasi suntikan PUTRAJAYA Sepuluh peratus atau 3 2 juta populasi Malaysia dijangka telah divaksinasi dengan dua dos suntikan vaksin COVID 19 pada pertengahan bulan hadapan kata Menteri Penyelaras...
Proses Ibu Hamil Terima Vaksin Mula Hujung Minggu Di Kl Perlis

Proses Ibu Hamil Terima Vaksin Mula Hujung Minggu Di Kl Perlis

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 195 hits
Janji temu dikeluarkan secara peringkat ikut jangkaan tarikh bersalin PUTRAJAYA Proses pemberian vaksin COVID 19 kepada ibu hamil akan dimulakan hujung minggu ini di Kuala Lumpur dan Perlis kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19...
Vaksin Cansino Untuk Kelantan Orang Asli

Vaksin Cansino Untuk Kelantan Orang Asli

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 441 hits
Kerajaan akan membekalkan vaksin CanSino kepada Kelantan dan kawasan pedalaman termasuk penempatan Orang Asli Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kerajaan dijangka menerima bekalan vaksin berkenaan bulan depan Kata...
Pengalaman Temujanji Vaksin Dan Side Effect Selepas Mendapatkan Vaksin Asrtazeneca

Pengalaman Temujanji Vaksin Dan Side Effect Selepas Mendapatkan Vaksin Asrtazeneca

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 414 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua Pada 25 Mei 2021 2021 aku dan suami ke PWTC Kuala Lumpur untuk injection vaksin Astrazeneca Individu yang berhasrat untuk mendapatkan vaksin perlu mendaftar di dalam applikasi mysejahtera terlebh d...
Uji Praklinik Vaksin Merah Putih Masuki Tahap 2 Peneliti Gunakan Hewan Makaka

Uji Praklinik Vaksin Merah Putih Masuki Tahap 2 Peneliti Gunakan Hewan Makaka

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 226 hits
Para peneliti Unair sempat kesulitan saat memasuki uji praklinik tahap dua karena tak memiliki kandang khusus BSL 3 sebagai lokasi hewan uji coba mereka
1 267 758 Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Covid 19 Setakat Semalam

1 267 758 Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Covid 19 Setakat Semalam

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 415 hits
Fasa kedua yang bermula April lepas hingga Ogos ini akan melibatkan pemvaksinan ke atas 9 4 juta warga emas kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya KUALA LUMPUR Seramai 1 267 758 individu telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin Covid 19...
Malaysia Bangun Dua Vaksin Tingkat Keupayaan Hadapi Pandemik

Malaysia Bangun Dua Vaksin Tingkat Keupayaan Hadapi Pandemik

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 270 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM PUTRAJAYA Selepas dipersoalkan mengapa Malaysia tidak membangunkan sendiri vaksin Covid 19 susulan Vietnam dan Thailand berlumba lumba mencipta ubat pandemik itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mendedah...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Overcoming The Funding Challenges

Menu Hari Raya 2025

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Korban Pak Tam

Tob Tobi Tob Asal Usul Lirik Arab Maksud

Kebakaran Putra Heights Kerja Sedut Air Dari Kawah Di Ground Zero Diteruskan