Utusan Melayu Tidak Akan Ditutup Harga Akhbar Dinaikkan 50 Sen


KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad boleh menarik nafas lega, apabila pihak pengurusan syarikat penerbitan itu mengesahkan operasi syarikat tidak akan ditutup.
Pengerusi Eksekutif syarikat itu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata dakwaan penutupan syarikat yang mengeluarkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo itu adalah tidak benar, walaupun mengakui keadaan kewangan syarikat berusia 80 tahun itu adalah ‘tenat’.
“Kita tidak ada pilihan, kerana pilihan mudah ialah tutup, tetapi Utusan Malaysia sudah 80 tahun, Utusan yang cetuskan pelbagai kejayaan dalam negara kita. Kita (Utusan) menentang Malayan Union, Utusanlah pencetus kemerdekaan, kerana Utusanlah Bahasa Malaysia jadi bahasa utama.
BERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA “Kalau ikut operasi sepatutnya 10 tahun dahulu Utusan sudah tiada. Kalau mahu persoal tentang rugi, Utusan mengalami kerugian sejak 2010 lagi, cuma ketika itu masih ada subsidi daripada kerajaan,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat khas bersama kakitangan, di Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini hari ini.
Abdul Aziz turut memaklumkan pihaknya akan membayar gaji tertunggak pekerja dan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS) sebanyak RM2,000 selewat-lewatnya malam ini.
Namun beliau berkata tiada tarikh tetap mengenai penyelesaian tunggakan gaji dan bayaran VSS tersebut.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata bagi membantu memulihkan keadaan kewangan syarikat itu pihaknya terpaksa menaikkan harga jualan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo sebanyak 50 sen senaskah, bermula Jumaat ini.
Harga akhbar Utusan Malaysia ketika ini adalah RM1.50 manakala Kosmo pula RM1.
Abdul Aziz turut menyeru kepada orang ramai yang mengambil berat mengenai nasib yang menimpa syarikat itu, agar membantu dengan membeli akhbar yang diterbitkan, dan mengalu-alukan lebih banyak pelabur ke syarikat tersebut.
“Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, kerana Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, jika mahu bantu Utusan belilah akhbar kami, iklan dan langgan e-Paper Utusan. Kita akan cuba sebaik mungkin untuk sediakan berita yang relevan kerana itu tugas kita,” katanya.
Beliau turut menjelaskan parti politik UMNO tidak terlibat secara terus dalam operasi syarikat itu, dan fokus utama Utusan adalah wadah rakyat dan bukan lidah UMNO.
Sementara itu, mengenai Utusan berdepan kemungkinan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia, Abd Aziz berkata perkara itu tidak memberi kesan kepada syarikat, tetapi yang lebih membimbangkan adalah hebahan berita mengenai operasi Utusan akan ditutup semalam, telah menganggu-gugat pengurusan dan operasi syarikat itu.
Sementara itu Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan Mohd Taufek Abdul Razak berkata, walaupun tiada tarikh tetap mengenai penyelesaian pembayaran gaji tertunggak dan VSS, namun beliau percaya jaminan yang diberikan pihak pengurusan akan selesai dalam tempoh dua bulan ini.
Jelasnya hasil perbincangan dengan Abd Aziz, pengurusan sedang dalam proses menjual aset iaitu kilang percetakan Utusan di Bangi berjumlah RM60 juta.
“Mereka janji kalau dapat jual aset di Bangi itu masalah gaji dan bayaran VSS akan selesai,” katanya.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/20/utusan-melayu-tidak-akan-ditutup-harga-akhbar-dinaikkan-50-sen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Utusan Melayu Mungkin Ditutup Tiada Wang Bayar Gaji

Utusan Melayu Mungkin Ditutup Tiada Wang Bayar Gaji

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 381 hits
Utusan Melayu Berhad berdepan risiko tutup operasi sekiranya gagal menjual aset dalam tempoh beberapa minggu lagi Hasil perbincangan wakil Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia dan pengurusan tertinggi syarikat akhbar itu jika aset milik Ut...
Naikkan Sedikit Harga Akhbar Utusan Malaysia Tak Jadi Henti Pengeluaran

Naikkan Sedikit Harga Akhbar Utusan Malaysia Tak Jadi Henti Pengeluaran

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 289 hits
Sejak semalam berita penutupan syarikat akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo telah menyebabkan ramai pihak terkejut Khabar angin mengatakan bahawa hari Rabu pada minggu ini adalah hari terakhir akhbar tersebut dijual Namun begitu petang tadi Pe...
Tak Mampu Bayar Gaji Pekerja Akhbar Tertua Tanah Air Utusan Didakwa Mungkin Ditutup Rabu Ini

Tak Mampu Bayar Gaji Pekerja Akhbar Tertua Tanah Air Utusan Didakwa Mungkin Ditutup Rabu Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 547 hits
Tak Mampu Bayar Gaji Pekerja Akhbar Tertua Tanah Air Utusan Didakwa Mungkin Ditutup Rabu Ini Lebih 100 pekerja Utusan Melayu Berhad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat tersebut yang didakwa gagal membayar gaji mereka selama ...
Harga Ebook Zero To Hero Akan Dinaikkan Pada Jam 11 59 Malam Ni

Harga Ebook Zero To Hero Akan Dinaikkan Pada Jam 11 59 Malam Ni

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 855 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ok geng Ini makluman yang terbaru daripada Dato Aliff Syukri Ebook HOT SELLING Zero To Hero akan dinaikkan kepada RM85 bermula pada jam 11 59 malam ini Jadi sebelum terlambat saya cadangkan anda dapatkan ...
Cara Cara Untuk Bantu Utusan Melayu

Cara Cara Untuk Bantu Utusan Melayu

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 462 hits
Jangan beri peluang untuk si Jelutong itu happy sangat dengan kejayaan yang dia sifatkan sebagai pencapaian baling unggul kerajaan PH setakat ini iaitu Utusan dikuburkan RM50 untuk setahun untuk subscribe akhbar digital Utusan Online Hari i...
Tujuh Tahun Semai Bakti Wartawan Kosmo Sedih Syarikat Akhbar Ditutup

Tujuh Tahun Semai Bakti Wartawan Kosmo Sedih Syarikat Akhbar Ditutup

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 257 hits
Sejak semalam pengumuman mengenai ura ura akhbar tertua di Malaysia iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo akan diberhentikan pengeluarannya pada Rabu ini telah mengejutkan ramai pihak Hal ini berikutan masalah kewangan yang meruncing apabila hamp...
Utusan Lidah Orang Melayu

Utusan Lidah Orang Melayu

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 407 hits
KUALA LUMPUR 20 Ogos Utusan Malaysia bukan akhbar bersifat perkauman sebaliknya hanya menyuarakan isi hati orang Melayu dan bumiputera Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata sebagai sebuah akhbar yang menjadi wa...
Utusan Ditutup Jika Isu Gaji Tertunggak Tak Selesai

Utusan Ditutup Jika Isu Gaji Tertunggak Tak Selesai

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 393 hits
Utusan tiada duit bayar gaji pekerja gagal lupus aset yang ada Lebih 100 pekerja Utusan Melayu Berhad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat itu bagi menuntut tunggakan gaji selama dua hingga tiga bulan KUALA LUMPUR Dakwaan Utu...
Pekerja Diberitahu Utusan Henti Cetak Akhbar Rabu Ini

Pekerja Diberitahu Utusan Henti Cetak Akhbar Rabu Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 300 hits
Bagaimanapun menurut sumber sumber pekerja juga dimaklumkan bahawa edisi atas talian Utusan dan Kosmo akan diteruskan
Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

Semua Warganegara Malaysia Dengan Lesen Memandu Sah Layak Untuk Subsidi Ron95 Anwar

Subsidi Petrol Ron95 Budi Madani

Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jus Buah Markisa

Kakak Tempat Kedua Dalam Kejuaraan Pencak Silat Anjuran Pesaka Johor Bahru

It S Ok Belajar Redha Dan Tenang Dengan Kehidupan

Surat Cinta Anniversary Ke 4

Bersarapan Dengan Rakan Sekerja Di London

Competing With Big Brands