Utamakan Kefahaman Dan Luruskan Perasaan



Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
[Pertama] Kefahaman Diutamakan
1) Marah merupakan salah satu daripada bentuk-bentuk emosi. Emosi atau perasaan merupakan satu elemen yang diletakkan oleh Allah SWT untuk manusia

Beberapa artikel saya sebelum ini ada menceritakan prirority kefahaman berbanding perasaan. Bukan bermaksud manusia itu perlu hilang rasa
Akan tetapi sekadar menyatakan bahawa kefahaman itu mestilah diutamakan berbanding perasaan. Perasaan seseorang hanya boleh dikawal melalui deria

a- Contohnya apabila seseorang melayan drama sedih, akan menitiskan air mata

b- Contoh yang lain seseorang yang melihat gambar kenangan boleh jadi timbul perasaan yang sama

2. Adakalanya perasaan marah itu timbul setelah mana membaca akhbar, media cap ayam atau mendengar berita-berita provokasi

Tidak ada manusia yang tidak mempunyai rasa atau perasaan sekalipun dikenali dengan hati kering. Ini kerana perasaan itu fitrah

3. Di dalam Islam, sangat menekankan aspek kawalan perasaan. contohnya disiplin dalam mengeluarkan fatwa, hendaklah terpelihara daripada gangguan perasaan
Contohnya seperti marah dan sebagainya. Bimbang fatwa itu terganggu dengan perasaan yang tak menentu. kerana di dalam Gerakan Islam mestilah mendahulukan kepahaman berbanding perasaan

[Kedua] Perasan Mencetus Kekuatan
1) Apabila kita meneliti perancangan musuh, kita akan dapati bahawa mereka sentiasa berfikir dan merancang untuk memprovok umat Islam sehingga melakukan tindakan luar kawalan

Iaitu tindakan yang didasari dengan perasaan bukan lagi kefahaman. Kita perlu faham bahawa dengan perasaan tidak akan menyelesaikan masalah

Tetapi dengan perasaan boleh melahirkan kekuatan fizikal

a- Contohnya apabila seseorang itu terlalu sayangkan seseorang yang lain maka dia akan sanggup meredah apa jua rintangan

b- Contoh yang lain apabila seseorang itu cintakan sesuatu dia akan sanggup berkorban apa saja untuk mendapatkannya

Sebab itulah pengorbanan di jalan Allah SWT bukan hanya semata-mata perasan, akan tetapi mestilah didasari dengan kefahaman

2) Apabila kita meneliti usul 20 dan rukun bai'ah Imam Hasan al-Banna kita akan dapati bahawa kefahaman merupakan perkara pertama di dalam ikatan hati

Tindakan yang didasari dengan perasaan biasanya tidak konsisten. Ini kerana perasaan itu sendiri berubah-ubah setiap waktu

3) Ini menunjukkan bahawa betapa kefahaman itu jauh lebih perlu diutamakan berbanding perasaan, khususnya di dalam usaha menggerakkan Islam

Ya, walaupun perasaan itu boleh mencetuskan kekuatan, jangan sampai ia dimanipulasikan oleh musuh untuk memperalatkan Umat Islam

[Ketiga] Konsisten Dengan Kefahaman
????????? ???????? ???? ????????? ????????? ???????? ????????????? ???????????? ?????????? ?????????? ????? ?????? ????????? ???????? ??????? ??????? ??????????? ??????????? ????? ?????? ???? ??????????? ????????? ??? ????????? ?????????? ???????? ??????? ????????? ??????

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Surah al Kahfi 28)
1) Perkataan sabar di dalam bahasa Arab yang diletakkan di dalam al-Quran ditafsirkan sebagai konsisten berdamping dengan orang-orang yang soleh

Yang dimaksudkan dengan orang yang soleh ialah mereka yang memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah SWT dan menyeru manusia ke arah kebenaran

2) Daripada ayat ini juga Kita boleh faham bahawa jangan disebabkan perasaan tertentu menyebabkan kita meninggalkan orang-orang yang soleh

3) Kita boleh saksikan di dalam sejarah umat Islam, provokasi menjadi salah satu daripada senjata musuh Islam untuk memecahbelahkan Islam

Provokasi boleh ditafsirkan sebagai senjata untuk mengkecamukkan perasaan. apabila perasaan sudah dikecamukkan, maka umat Islam akan melakukan tindakan yang tidak terkawal

[Keempat] Provokasi
1) Contoh provokasi antaranya dilakukan oleh Lawrence Arabia ketikamana memprovok Syarif Hussein untuk membawa Negara Arab keluar daripada pemerintahan Uthmaniyyah

Provokasi ini berhasil apabila Syarif Hussein melakukan Revolusi Agung Arab pada 1916/17. Hasilnya negara Arab terpecah daripada pemerintahan Uthmaniyyah

Apabila negara-negara Arab sudah terpecah daripada Uthmaniyyah, ia membuka peluang kepada perancis dan British untuk menguasai negara-negara Arab

3) Walaupun banyak sejarawan menceritakan bahawa strategi Lawrence Arabia menggunakan kaedah penipuan, akan tetapi provokasi yang berbentuk sentimen itu turut ditanam

Contohnya Lawrence Arabia mengatakan bahawa Syarif Hussein yang berbangsa arab itu lebih mulia daripada orang Turki. Dalil-dalil yang berkaitan diputarkan untuk mengkecamukkan perasaan Syarif Hussein

3) Selain daripada itu, kita perlu belajar daripada peristiwa Arab Spring 2011. kita boleh lihat bagaimana provokasi media akhirnya menghuru-harakan negara Arab hingga ke hari ini

4) Hari ini kita saksikan bagaimana seluruh dunia sedang diputarkan dengan agenda global protest. Hampir kesemua protest atau bantahan ini bermula dengan provokasi

Bantahan dan revolusi ini lebih kepada sentimen atau perasaan, bukan lagi didasari dengan kefahaman. Kekuatan yang lahir daripada perasaan itu dimanipulasikan

Dalam menjerat masyarakat ke dalam kancah global protest, mestilah dimulakan dengan provokasi atau menanam perasaan bergelora, merasa tertindas dan sebagainya

[Kelima] Meluruskan Kefahaman
1) Di dalam kitab tasawuf ada menceritakan bagaimana penyelesaian kepada sifat marah. Antaranya adalah dengan berfikir. iaitu berfikir 'kenapa aku perlu marah'
Antara yang lain, berfikir 'wajarkah aku marah?'. Golongan terdahulu khususnya kabilah-kabilah Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW mereka berperang atas nama sentimen dan perasaan

Ada dari kalangan kabilah kabilah itu berperang hanya disebabkan seekor unta. Ini menunjukkan bahawa setiap kali nak marah perlu berfikir panjang terlebih dahulu

2) Begitu juga dengan perasaan cinta dan sayang. Ada dari kalangan manusia yang cintakan dunia sedangkan dunia tidak memberi apa-apa kepada dia. Maka apa rasionalnya cinta kepada dunia

3) Apa yang ingin saya sampaikan di dalam artikel ini ialah kefahaman bahawa perasaan bukanlah penyelesaian masalah. Masalah boleh diselesaikan dengan berfikir merancang dan melaksana

Bukannya dengan marah ataupun sebagainya. dalam masa yang sama tidak dinafikan bahawa perasaan itu boleh meningkatkan keimanan

4) Boleh lihat karangan karangan tokoh gerakan Islam seperti Syed Qutb dan Imam Hasan al-Banna. Laras tulisan-tulisan mereka ialah perasaan yang diselarikan dengan kefahaman

Ini kerana perasaan itu adalah fitrah yang perlu diraikan secara tidak berlebihan dan diluruskan dengan kefahaman yang menjadi keutamaan

5) Jadilah sepertimana pendekar pendekar Islam dalam sejarah. Mereka marah dengan penjajah, atas dasar kefahaman. Mereka bertindak juga dengan kefahaman

Sabtu, 7 Disember 2019
Copy and paste: 16/12/2019: 2.14 am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://islamkuindah-sangat.blogspot.com/2019/12/utamakan-kefahaman-dan-luruskan-perasaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayakan Natal Pertama Tanpa Istri Ini Perasaan Gading Marten

Rayakan Natal Pertama Tanpa Istri Ini Perasaan Gading Marten

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 136 hits
Resmi bercerai dari Gisella Anastasia ini akan menjadi momen Natal pertama yang akan dijalani Gading Marten tanpa kehadiran sang istri
Penunjuk Perasaan Ganas Musnahkan Kedai Bank Di Hong Kong

Penunjuk Perasaan Ganas Musnahkan Kedai Bank Di Hong Kong

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 344 hits
Penunjuk perasaan ganas musnahkan kedai bank di Hong Kong nbsp Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 9 Dec 2019
Olahraga Bisa Jadi Cara Sehat Untuk Menekan Perasaan Depresi

Olahraga Bisa Jadi Cara Sehat Untuk Menekan Perasaan Depresi

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 248 hits
Olahraga merupakan salah satu hal yang perlu dilakukan secara rutin untuk menjaga kesehatan dan kebugaran tubuh Hal ini ternyata tak hanya bermanfaat pada kesehatan fisik saja namun juga pada mental
Bukan Senang Jaga Anak Bapa Luah Perasaan Selepas Semalaman Jaga Anak Bersendirian

Bukan Senang Jaga Anak Bapa Luah Perasaan Selepas Semalaman Jaga Anak Bersendirian

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 390 hits
Sebelum ini kita selalu mendengar luahan para ibu yang penat akibat kehabisan tenaga menguruskan anak anak yang sedang membesar Ada yang tak sempat makan kerana terpaksa mendodoikan si kecil yang dikira High demand baby Bagi yang tidak pern...
Bayangkan Apa Perasaan Anak Bila

Bayangkan Apa Perasaan Anak Bila

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 420 hits
Anak tak dapat result baik Kita marah sindir sinis Hadiah memang lah tak ada Anak lain cemerlang Kita beli hadiah Tiap tiap tahun beli hadiah Bayangkan apa perasaaan anak yang tidak cemerlang dan tidak pernah menerima hadiah dari kecil hing...
Penunjuk Perasaan Hong Kong Berhimpun Untuk Uighur

Penunjuk Perasaan Hong Kong Berhimpun Untuk Uighur

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 391 hits
Penunjuk perasaan pro demokrasi Hong Kong berhimpun untuk etnik Uighur China hari dalam tindakan yang dijangka meningkatkan kemarahan Beijing kerana mereka menyamakan situasi mereka dengan minoriti Muslim yang ditindas itu Loading Perhimpun...
Penyokong Kerajaan Luah Perasaan Adik Dibuang Kerja

Penyokong Kerajaan Luah Perasaan Adik Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 253 hits
Seorang penyokong kerajaan Pakatan Harapan meluahkan perasaan secara terbuka berkaitan pembuangan kerja adiknya yang telah bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Penerangan Perak selama 15 tahun Herman Haassan dalam luahan yang dipapar...
Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Untuk Kefahaman Kpm

Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin Untuk Kefahaman Kpm

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 569 hits
Siasatan Kementerian Pendidikan mendapati video nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Mandarin adalah bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap maksud tujuan dan adab ketika menyanyikan lagu itu Dalam satu kenyataan Kementerian Pe...
Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Sarapan Pagi

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Prudence

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Rumah Terbuka