Utama Muafakat Politik Demi Bangsa Agama


PERSELISIHAN berterusan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) perlu diselesaikan segera terutama dengan mengutamakan muafakat politik atau mungkin mengambil langkah radikal melalui penggabungan.

Hakikatnya, BERSATU biarpun tidak sebesar UMNO, kedudukannya yang memiliki kuasa politik Perdana Menteri menjadi pusat strategik tidak boleh disangkal mana-mana pihak.

UMNO biarpun pohon rendang tegap, tetapi tidak dapat berperanan aktif seperti dahulu kerana tidak mempunyai kuasa eksekutif nombor satu negara.

Kini segala formula perlu diperah untuk menyelesaikan perselisihan antara UMNO dengan BERSATU. Orang Melayu dan umat Islam tidak mahu melihat pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946, adalah hasil ijmak atau kesepakatan semua persatuan Melayu di Tanah Melayu untuk menentang Malayan Union.

Ijmak itu hampir kelihatan muncul sekali lagi ketika kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) setahun lalu. Namun, pemimpin Melayu gemar bertelingkah apabila kembali berada di persada kuasa.

Tingkah seperti itu adalah paradigma klasik politik Melayu sejak era Kesultanan Melaka yang menyaksikan empayar itu runtuh dan sejarah menghukum orang Melayu dengan penjajahan sehingga 1957.

Oleh itu, selepas lebih 60 tahun merdeka, orang Melayu perlu satu ijmak politik baharu pasca-Malayan Union dibina atas asas sama seperti dibangunkan pengasasnya.

Soalnya, bagaimana ijmak itu boleh berlaku sekali lagi jika tiada satu titik permulaan baik dan mahal. Apakah pemimpin Melayu mahu menunggu satu titik permulaan merugikan orang Melayu dan Islam sebelum satu ijmak baharu hendak dilakarkan pada kanvas penyatuan dengan penuh keinsafan dan air mata?

Dikhuatiri air mata keinsafan ketika itu sudah terlewat dan tidak berguna lagi. Kestabilan politik Malaysia bergantung kepada kekuatan ijmak kesepakatan parti politik Melayu.

Tanpa kestabilan politik, sukar untuk negara 'membidani' kemakmuran ekonomi atau meraih keterangkuman semua kaum serta agama untuk terbabit secara langsung dalam proses pembangunan negara seperti era lalu.

Pertama, legasi sejarah dari mana dan bagaimana Malaysia ini bermula.

Kedua, keindukan Melayu-Islam-Bumiputera. 
Ketiga, nilai wasatiyah atau kesederhanaan yang perlu dihayati.

Keempat, nilai keterangkuman negara inklusif untuk semua.

Empat asas inilah menghantui kegagalan dan keruntuhan kerajaan PH lantaran keegoan untuk mengubah sistem nilai asas Malaysia yang asal kepada apa yang dinamakan sebagai 'Malaysia Baharu'.

Keempat-empat asas penting itu kelihatan sekarang ini. Namun, apabila tiada ijmak kesepakatan dalam kalangan tiga parti utama ini, kebuntuan pasti akan membawa perpecahan.

Perpecahan membawa kepada kerugian. Percantuman mungkin penyelesaian ideal. Mungkin jalan itu berliku dan berduri, tetapi tidak mustahil berlaku.

Biarlah peristiwa itu berlaku ketika kita dalam keuntungan dan bukan ketika dalam kerugian dan penuh dengan penyesalan.

Oleh: Dr Azmul Fahimi Kamaruzaman

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/utama-muafakat-politik-demi-bangsa-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Ulamak Politik Pendirian Pun Politik Sahaja Demi Politik

Kalau Ulamak Politik Pendirian Pun Politik Sahaja Demi Politik

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 193 hits
IBRAHIM MAT ISANampaknya pak haji mereng ni masih kekal dengan pendiriannya bahawa perjuangan yang dia bawa itu tepat mengikut Islam Aku tak akan serang orang Islam yang kekal berprinsip Amar ma aruf nahi mungkar Tapi kalau orang politik gi...
Demi Masa Depan Umno Bersatu Perlu Muafakat Rais Yatim

Demi Masa Depan Umno Bersatu Perlu Muafakat Rais Yatim

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 357 hits
Umno dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu kata tokoh politik veteran Dr Rais Yatim Rais berkata hubungan antara kedua dua parti tidak boleh berpatah arang begitu sahaja selain turut meleta...
Umno Saja Tak Boleh Berkuasa Ppbm Pun Perlu Muafakat Demi Orang Melayu Kata Rais

Umno Saja Tak Boleh Berkuasa Ppbm Pun Perlu Muafakat Demi Orang Melayu Kata Rais

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 335 hits
Rais Yatim berkata setiap parti perlu ada jiwa bekerjasama dan memajukan negara bersama selain berpendapat mana mana orang Melayu yang tidak rela bekerjasama kedudukan kebangsaannya boleh dipersoal JELEBU Umno dan PPBM perlu bermuafakat dem...
Umno Bersatu Perlu Muafakat Demi Masa Depan Kata Rais

Umno Bersatu Perlu Muafakat Demi Masa Depan Kata Rais

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 293 hits
Umno dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu kata tokoh politik veteran Dr Rais Yatim Rais berkata hubungan antara kedua dua parti tidak boleh berpatah arang begitu sahaja selain turut meleta...
Dengan Satu Bangsa Dan Agama Pun Pak Lebai Menipu Inikan Kamu Yang Dipinggiran Lebai Nak Dengar Ke

Dengan Satu Bangsa Dan Agama Pun Pak Lebai Menipu Inikan Kamu Yang Dipinggiran Lebai Nak Dengar Ke

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 251 hits
Panas Pemimpin DHPP letak semua jawatan dakwa PAS tak lagi mesra dengan bukan IslamFebruary 21 2021 Setiausaha kebangsaan Dewan Himpunan Pendukung PAS S Barathidasan mengumumkan meninggalkan parti dan melepaskan semua jawatan yang disandang...
Terkini Politik Pn Di Landasan Tepat Keluar Parti Demi Rakyat

Terkini Politik Pn Di Landasan Tepat Keluar Parti Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 254 hits
Dan ini reaksi Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon Ikuti reaksi yang baharu kami terima SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE h...
Jauhkan Bangsa Dari Agama Punca Kehancuran Sebuah Tamadun

Jauhkan Bangsa Dari Agama Punca Kehancuran Sebuah Tamadun

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 258 hits
Jangan terpedaya idea salahkan agama konon halang kemajuanBANGI Umat Islam diingatkan tidak terpedaya dengan sebarang idea yang menyalahkan agama kononnya menghalang kemajuan Meskipun menguasai ilmu sains dan teknologi adalah penting memaha...
Pemerintah Jepang Bikin Kementerian Kesepian Demi Atasi Depresi Yang Meninggi Di Masa Pandemi

Pemerintah Jepang Bikin Kementerian Kesepian Demi Atasi Depresi Yang Meninggi Di Masa Pandemi

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 295 hits
Ternyata kesepian kalau dibiarkan emang bisa berdampak sengeri ini makanya harus dapat perhatian
Cantas Segera Aplikasi Rosak Anak Bangsa

Cantas Segera Aplikasi Rosak Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 238 hits
Terdesak kewangan sekalipun jangan sehingga perjudi harga diri BANGI Sudah tiba masa semua pihak memikirkan solusi terbaik bagi mencantas segala platform yang boleh merosakkan anak anak bangsa Demikian saranan Aktivis Kelab Mahasiswa BERJAS...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Program Affiliate Klikjer

Rumahku Sepatutnya Syurgaku

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali