Usul Percaya Sama Macam Usul Tidak Percaya Apa Tujuan Pas Membawanya




Usul percaya adalah sama dari segi hasil atau keputusannya dengan usul undi tidak percaya.

Sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad telah memohon untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan ia telah pun diterima oleh Speaker Dewan Rakyat untuk dibentangkan di Parlimen.

Oleh kerana Sidang Parlimen pada 18 Mei lalu tiada sessi perbahasan, kemungkinan besar usul itu akan diberi laluan untuk dibentangkan dalam sessi yang akan bermula 13 Julai depan.










Usul undi tidak percaya itu adalah untuk menguji dan menentukan sama ada Muhyiddin benar-benar ada sokongan majoriti daripada 222 Ahli Parlimen seluruh negara.

Berdasarkan sususan tempat duduk pada Sidang Parlimen 18 Mei lalu, penyokong kerajaan didapati hanya mempunyai kelebihan dua Ahli Parlimen saja.

Kemudian, Ahli Parlimen Seri Aman, Sarawak, Masir Kujat mengisytiharkan dirinya adalah bersama pembangkang, meskipun tempat duduknya diletakkan di barisan kerajaan.

Kata beliau, kedudukannya telah ditentukan dan oleh itu beliau tiada pilihan melainkan duduk saja di tempat yang telah disediakan untuknya pada Sidang Parlimen 18 Mei lalu.

Selepas itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Dr. Shahruddin Salleh membuat kejutan dengan meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerjaraya, satu lagi tamparan terhadap kepimpinan Muhyiddin.

Seterusnya, Ahli Parlimen Lubuk Antu di Sarawak, Tambat @Jugah anak Mayang daripada PKR mengumumkan keluar parti dan menyokong Muhyiddin serta PN.

Dengan rentetan realiti itu, hakikatnya kedudukan Muhyiddin adalah goyang dan rapuh dalam berhadapan usul undi tidak percaya yang bakal dibawa oleh Tun Mahathir nanti di mana majoritinya hanya sekitar satu atau dua undi saja.

Sekarang, dalam perkembangan terbaru, Pas yang bersama dalam kerajaan PN pimpinan Muhyiddin telah mengesahkan bahawa mereka akan membentangkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri pada Sidang Parlimen bermula 13 Julai depan.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, usul percaya itu dibentangkan untuk menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin yang telah menerajui negara sejak 1 Mac, baru-baru ini.

Sebagaimana disebut pada awal, dari segi keputusan akhir, hasil daripada usul undi tidak percaya dengan usul percaya adalah sama saja.

Dalam usul undi tidak percaya, oleh kerana tujuannya ialah untuk menunjukkan Muhyiddin tiada sokongan, jika undi menyokong adalah lebih tinggi berbanding undi menentang, kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri akan tergugur melaluinya.

Di sini, pihak yang membawa usul harus berusaha, selain memastikan sokongan pembangkang kekal tidak berubah, juga menambah undi daripada pihak kerajaan yang mungkin ada Ahli Parlimen tertentu mempunyai sebab-sebab tersendiri tidak setuju dengan kepimpinan Perdana Menteri.

Sokongan daripada Ahli Parlimen tertentu kerajaan terhadap usul undi tidak percaya boleh juga dizahirkan dengan cara mereka berkecuali atau tidak hadir Sidang Parlimen yang akan menyebabkan undi pihak kerajaan berkurangan.

Dalam usul undi percaya pula, sesuai dengan tujuannya untuk mengekalkan kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri, Pas yang membawa usul tersebut juga mesti berusaha memperolehi sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.

Sebaliknya, kalau sokongan majoriti gagal diperolehi, undi percaya itu dikira gagal dan kedudukan Muhyiddin dikira jatuh.

Dalam usul undi percaya, selain pembangkang sudah pasti tidak memberi sokongan, undi daripada pihak kerajaan sendiri boleh berkurangan daripada yang dijangkakan.

Ia misalnya, jika ada Ahli Parlimen kerajaan menunjukkan sikap tidak menyokong dengan cara tidak hadir Sidang Parlimen atas pelbagai alasan yang boleh direka atau dicipta, tetapi sebenarnya ada perasaan tidak puas hati yang telah lama terpendam atau kerana tidak diberikan sebarang jawatan.







Dalam keadaan sokongan terhadap Muhyiddin hanya berkelebihan satu atau dua undi, ketidakhadiran dua atau tiga Ahli Parlimen kerajaan tentu saja boleh menggugat kedudukan Muhyiddin, baik dalam usul undi tidak percaya atau usul percaya.

Dengan yang demikian, sementara tujuan Tun Mahathir mengemukakan usul undi tidak percaya adalah jelas untuk menumbangkan Muhyiddin, tetapi apakah niat Pas mengemukakan usul percaya itu?

Ini kerana, di sebalik niatnya mahu menunjukkan bahawa Muhyiddin memiliki sokongan, ia boleh juga memperlihatkan Perdana Menteri sudah tiada sokongan.

Tentulah sebenarnya lebih lurus jika Pas hanya berdiam diri saja dan tidak gatal tangan turut mengemukakan usul percaya yang boleh menjejaskan kedudukan Muhyiddin dalam keadaan sokongan yang dimilikinya begitu kabur dan tidak menentu.

Apakah dalam hal ini, Pas sedang ada perancangan bersama UMNO agar pilihanraya mengejut segera diadakan dan Muafakat Nasional boleh meletakkan calonnya sendiri sebagai Perdana Menteri? (Shahbudindotcom 27/06/2020)

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/usul-percaya-sama-macam-usul-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Udang Celup Tepung Yang Rangup Sedap Rasa Sama Macam Makan Di Restoran Tom Yam

Resipi Udang Celup Tepung Yang Rangup Sedap Rasa Sama Macam Makan Di Restoran Tom Yam

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 257 hits
Selalunya bila makan di restoran tom yam antara menu yang dipesan ialah Udang Celup Tepung Perasan tak Udang Celup Tepung di restoran tom yam sedap sangat Bila buat di rumah tidak pula dapat rasa sama macam itu Rahsia sedap Udang Celup Tepu...
Cubaan Cover Up Kes Nazlan Sama Macam Kes Zeti

Cubaan Cover Up Kes Nazlan Sama Macam Kes Zeti

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 404 hits
Malaysia dikatakan semakin parah indeks rasuah dalam ranking dunia A semakin parah semenjak kerajaan 22 bulan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Selain itu yang tidak melompat ditakut kan dengan disuruh membuat kerja mengodam UMNO seperti...
Pas Tolak Khemah Besar Strategi Bersama Pkr Tak Akan Berulang Kata Sanusi

Pas Tolak Khemah Besar Strategi Bersama Pkr Tak Akan Berulang Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 205 hits
PETALING JAYA PAS tidak akan menyertai khemah besar yang dicadangkan Pakatan Harapan mengambil kira pengalaman 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat kata Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor Beliau berkata perbincangan berhubung kerj...
Jebon Tulis Minit Mesyuarat Sanusi Dakwa Pas Leak Kerja Bn

Jebon Tulis Minit Mesyuarat Sanusi Dakwa Pas Leak Kerja Bn

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 186 hits
PETALING JAYA Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor tidak menolak kemungkinan dokumen PAS leak dilakukan sendiri Barisan Nasional menerusi pasukan laskar sibernya Menteri besar Kedah itu berkata demikian sebagai mengulas pihak mana yang d...
Ph Tak Pernah Ajak Pas Pun Pas Ja Suka Umno Umno Tedang Pas Ph Pun Lihat Pada Parti Yang Menyokong Anwar Sebagai Pm

Ph Tak Pernah Ajak Pas Pun Pas Ja Suka Umno Umno Tedang Pas Ph Pun Lihat Pada Parti Yang Menyokong Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 190 hits
PAS tolak khemah besar strategi bersama PKR tak akan berulang kata Sanusi PH tidak pernah pun mengajak pas begitulah sebaliknya ph tidak menyondol untuk bersama membentuk kerajaan melalui langkah khianat dan bersetuju dengan para koruptor k...
Pas Dan Bersatu Kelantan Sudah Bincang Agihan Kerusi Pru 15

Pas Dan Bersatu Kelantan Sudah Bincang Agihan Kerusi Pru 15

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 192 hits
Pas dan Bersatu Kelantan sudah bincang agihan kerusi PRU 15 Parti Bersatu dan PAS Kelantan telah mengadakan perbincangan di peringkat negeri berhubung pengagihan kerusi bagi kedua parti politik itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 P...
Pas Rejects Big Tent Strategy To Face Ge15 Sanusi

Pas Rejects Big Tent Strategy To Face Ge15 Sanusi

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 294 hits
PAS will not participate in political cooperation or take the big tent approach reportedly proposed by certain opposition leaders to face BN in the 15th general election says PAS election director Muhammad Sanusi Md Nor He said the party wo...
Pasca Pru14 Buat Pertama Kalinya Parti Pas Menjadi Sebahagian Daripada Kerajaan Persekutuan

Pasca Pru14 Buat Pertama Kalinya Parti Pas Menjadi Sebahagian Daripada Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 196 hits
LIYANA MARZUKIPejam celik dah nak masuk 3 kali raya dah PAS dan sekutunya memerintah negara Dalam tempoh ini banyak kejayaan yang mereka tempa dan banyak juga buah tangan yang diberikan kepada ummah Mari kita senaraikan i Dua tahun berturut...
How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Kerjaya Sebagai Usahawan Sambilan Kopersi Digital

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel