Ustaz Memanggil Migran Babi


 

Kita, manusia semua adalah orang dagang di dunia ini. Ini kerana kita datang dan lahir dari rahim ibu sebagai pengelana, dan tujuan destinasi kita adalah beberapa dunia lain yang belum pun habis kita jalani. Oleh sebab 18 Dis adalah Hari Migran Antrabangsa, saya merasakan ia juga adalah hari yang perlu kita semua merenungi diri. Ini kerana setiap kita saya percaya, adalah migran. Tidak seorang pun terkecuali, baik bumiputera atau utaridputra. Baik dari bumi, atau kejora; semua kita orang dagang. Kita hanya melintas dan menumpang sekejap.
Saya ingin mengisahkan, sebuah kisah benar, baru terjadi. Tentang seorang ustaz, yang kalau di luar disanjung-sanjung masyarakat terbanyak sebagai orang banyak ilmu, syeikhul tarekat (atau mungkin dia terikat?), dan fasih hal-hal sufistik. Tetapi dia terlupa dirinya migran di muka bumi ini.
Ustaz ini lupa dia sendiri orang dagang, jadi memang musibat sungguh apabila ada migran datang menemui saya menangis tersedu-sedan kerana diteriak-teriakkan sebagai anjing, dan babi.
Saya telah menegaskan kita semua migran. Manusia semua pendatang. Bukan saya bilang, tetapi Allah yang menetapkan kita ini hanya orang tumpang. Akan tetapi manusia gemar mencipta-ciptakan konsep-konsep sulit tentang kemanusiaan yang membuatkan kita mengenal pasport, negara-bangsa, menjenis-jeniskan mengikut warna kulit, dan menentukan puterabumi atau tidak. Sampailah kita ikut membahagikan orang itu warga, atau migran.
Konsep migran (justeru migrasi) ini ditelurkan supaya kita berasa selamat. Maka ada migran, ada penghuni. Yang penghuni akan merasa dirinya selamat. Kerana dia mendapat hak-haknya sebagai warganegara. Yang datang, yang dagang, yang tumpang itu migran maka dia diberi hak yang kurang dari hak warga, kerana apa? Kerana dia migran.
Padahal kita semua di mata Tuhan pun penumpang. Migrasi itu satu gejala sejagat. Orang hijrah atau migran untuk mencari kehormatan diri, keselamatan, dan keamanan. Jesus, atau Nabi Isa; Rasulullah saw atau Nabi Muhammad, adalah juga migran.
Tetapi saya tidak begitu fasih sejarah hayat Jesus. Yang saya tahu sirah Nabi. Baginda Nabi migran di Madinah. Muhajirin itu migran. Walaupun sesetengah kita tidak mahu memperakukannya dan mengatakan Nabi Muhammad itu diundang, dan bukan mendatang.
Akan tetapi Nabi memang meninggalkan Mekah kerana diwahyukan bahawa baginda perlu mencari masyarakat yang dapat memberikan baginda kehormatan diri, keselamatan, dan keamanan. Di kota Mekah, meskipun dia anak dan suami orang ternama, dia tidak mendapatkan kehormatan diri, keselamatan, dan keamanan. Ketika Nabi sedang bersembahyang, dia lagi dilontar najis. Di Madinah, baginda diberi perlindungan. Bahkan diangkat.
Pilihan untuk migrasi bukanlah senang. Kadang ada perjalanan itu memang bahaya, malah selalu berakhir dengan tragedi. Kita selalu membaca perihal bot migran Timur Tengah yang terbalik dalam perjalanan menuju ke negara Eropah tertentu di laut luas. Anak-anak migran terapung dan hanyut ke pesisir pantai dalam keadaan terbongkang dingin.
Ustaz memang menampal pelekat bendera Palestina di keretanya. Ini kerana hujah ustaz, orang Palestina itu adalah pemilih sah Palestin, dan dipaksa menjadi penumpang. Ustaz memang jitu jumlah penerbitan akademiknya. Banyak yang Scopus dan ISI meskipun yang banyak-banyak itu ditenggek dan ditumpangi siswa. Ustaz baca kitab-kitab di hujung lidah.
Di kamar tempat kerja ustaz, ada migran yang bekerja. Kisahnya begini; migran ini datang dari Indonesia. Dia diambil oleh sebuah syarikat pembersihan. Sebagai lazimnya (lazim tidak bermakna betul), pasport beliau dipegang oleh majikan. Beberapa tahun kemudian, syarikat tersebut bungkus dan menjual perniagaan kepada individu lain, dan beberapa individu lagi mengambil alih dalam tempoh satu dekad. Pasport migran, si kakak asal dari Solo ini entah di mana.
Bukan tidak pernah dia menghubungi majikan asalnya meminta (jasa baik?) agar pasportnya dipulangkan. Tetapi wang syiling yang banyak di telefon awam tubir jalan berbaziran. Majikan itu sudah entah di mana.
Tanpa pasport si migran sering terancam. Contoh, pada hari gaji dibayar itulah (RM850), akan ada keparat berpakaian seragam datang menyapa di tempat menunggu bas dan mengambil RM750 setelah digertak-gertak mana pasportnya.
Migran dari Solo ini menelan saja keringat yang dikapur itu. Kadang keparat ini datang duduk di pangkin di hadapan rumahnya, dan memesan kopi serta cucur. Macam sebuah kedai yang menghidangkan kebajikan dan juadah percuma.
Si migran dari Solo ini adalah tukang bersih di pejabat Ustaz. Alkisahnya ustaz baru jaga dari tidurnya sekitar pukul 9 pagi. Tidak payah ditanya kenapa dia tidur di pejabat. Si migran bertanyakan apakah mahu biliknya dirapi, dan divakum habuk serta sawang? Dan apakah perlu dicuci pinggan mangkuk maggie dan cucuk sate bekas dua tiga hari lepas yang bertimpaan dalam tong sampah. Tidak payah ditanya kenapa dia makan sate dalam pejabat. Tukang cuci si migran dari Solo sudah terbiasa ustaz yang menyidai spender basah di celah gantungan rak buku di kamar pejabat. Juga, tidak payah ditanya kenapa dia mengampai seluar dalam di pejabat.
Memang cerita ini gila. Saya memang pengarang fiksyen, tapi saya juga pengarang non fiksyen. Tapi ini cerita bukanlah pelik.
Akan tetapi, kerana ustaz masih tidur, si migran dari Solo yang tidak mahu membuang masa menunggu ustaz bangun dari tidur, memilih untuk menyudahkan tugasnya mencuci tandas di aras tersebut. Kemudian di tengah basah licak, dan licin sabun itulah si ustaz meneriak-neriak memanggil-manggil si migran dari Solo agar segera datang mengemaskan biliknya. Sebentar lagi ada kunjungan pelajarnya, pegawai pejabat agama negeri sekian-sekian, malu nanti terlihat kamar itu kotor dan berbau.
Sebaik tiba di muka pintu, ustaz menyembur hamun si migran dari Solo:
‘Bibik kau nak kerja ke tak? Bibik kau pemalas. Bibik kau pukimak. Bibik kau sialan. Bibik kau babi. Bibik kau anjing.’
Si migran dari Solo berfikir begini, betul dia penumpang di semenanjung haram jadah penuh korupsi ini; tetapi dia dilahirkan ibunya sebagai manusia. Dia manusia. Ustaz pun manusia. Dia dagang. Ustaz pun dagang. Dia bukan anjing. Dia bukan babi.
Jarang si migran dari Solo bersuara, hari itu; dia membuka mulutnya: ‘Kalau saya babi anjing, Prof lebih hina dina lagi.’
Mencanaklah rasa marah ustaz. Hilanglah segala kitab, segala hadis, segala zikir dan ilmunya yang dijual kepada orang awam.
Kemudian berlaku kejar mengejar, si ustaz mengherdik dan naik angin lantas memburu si migran dari Solo ini sampai ke tangga dengan seranah dan carut yang makin menjadi-jadi.
Saya bertembungkan si migran dari Solo menangis terjelopok di bawah tangga, di atas alas kotak besar yang biasa dijadikan hamparan tilam untuk dia lena setengah jam pada waktu makan tengahari. Si migran dari Solo menangis sambil mengesat dengan hujung tudungnya yang kusam.
‘Ibu saya lahirkan saya sebagai manusia dengan kehormatan diri. Saya bukan babi dan saya bukan anjing.’ Demikian si migran dari Solo menangis penuh sayu. Hati saya ikut tersiat-siat.
Saya juga memujuk. Saya cuba menyejukkan. Kalau saya perempuan, dia akan saya paut dan saya peluk. Tetapi saya terbatas di situ dan meyakinkan bahawa yang bermasalah bukan dia sebagai migran, tetapi si ustaz yang lupakan dirinya sebagai dagang.
Kes-kisah-cerita dan perangai seperti ini selalu kita dengar dan berlaku di mana-mana. Oleh sebab lingkungan dan kawan saya orang baik-baik, Alhamdulillah, saya akan mendengar kisah bagaimana kami (kawan-kawan dan saudara mara saya) menggunakan segenap kekuatan lisan baik, tangan baik, atau tindakan baik untuk membetulkan keadaan, yakni:
Bahawa migran itu manusia. Dan manusia semua migran.
Tetapi ada orang lingkungannya memang iblis dan syaitan. Ada memang duduk dalam persekitaran pembuli dan penindas. Maka mereka akan bersama-sama dengan ustaz itu, mengganyang migran, menghina orang lain dan seronok membuli orang bawah.
Petang itu ustaz kemalangan di jalan. Allah bayar tunai untuk peringatan. Kenderaannya berlanggar dengan samseng jalanan. Dua tiga orang pembuli jalanraya turun kereta dan menghamunnya, ada macam-macam kata maki selain sial dan celaka, dia juga mendapat Babi dan Anjing.
Akan tetapi manusia yang betul-betul tulen dan sememangnya babi dan anjing; mereka tidak akan pernah mengerti teguran langit. Ustaz itu tidak pernah terfikir bahawa apa yang menimpa adalah pertunjukan dari Yang Maha Berkuasa.
Tak ada empati. Dia kembali ke kamar pejabat, dan kerana hatinya panas baru dipanggil babi dan anjing di jalan, terserempakkan pula si migran dari Solo, dia kembali memanggil perempuan tua itu dengan gelaran babi dan anjing.
Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan lagi. Saya lelah memberitahu manusia lain, kita semua migran. Maka sebagai ingatan 18 Disember itu hari migran antarabangsa, saya menuliskan ini. Saya pesankan sekali lagi:
Bahawa migran itu manusia. Dan manusia semua migran. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/12/ustaz-memanggil-migran-babi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Kesabaran Yang Suami Isteri Kena Tempuh Dalam Rumah Tangga Ustaz Kazim Elias

3 Kesabaran Yang Suami Isteri Kena Tempuh Dalam Rumah Tangga Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 288 hits
3 Kesabaran Yang Suami Isteri Kena Tempuh Dalam Rumah Tangga Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Ustaz Betul Ke Lelaki Haram Pakai Baju Gambar Bunga Ustaz Kazim Elias

Ustaz Betul Ke Lelaki Haram Pakai Baju Gambar Bunga Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 292 hits
Ustaz Betul Ke Lelaki Haram Pakai Baju Gambar Bunga Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kenapa Orang Melayu Islam Di Melbourne Tak Beli Baju Raya Waktu Raya Aidilfitri Ustaz Syamsul Debat

Kenapa Orang Melayu Islam Di Melbourne Tak Beli Baju Raya Waktu Raya Aidilfitri Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 266 hits
Kenapa Orang Melayu Islam Di Melbourne Tak Beli Baju Raya Waktu Raya Aidilfitri Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Soalan Cepumas Yang Wajib Ditanya Ibubapa Untuk Elak Dapat Menantu Hantu Ustaz Kazim Elias

Soalan Cepumas Yang Wajib Ditanya Ibubapa Untuk Elak Dapat Menantu Hantu Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 286 hits
Soalan Cepumas Yang Wajib Ditanya Ibubapa Untuk Elak Dapat MENANTU HANTU Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Orang Yang Kita Paling Benci Dulu Tulah Yang Jadi Suami Kita Sekarang Ustaz Kazim Elias

Orang Yang Kita Paling Benci Dulu Tulah Yang Jadi Suami Kita Sekarang Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 419 hits
Orang Yang Kita Paling Benci Dulu Tulah Yang Jadi Suami Kita Sekarang Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Kalau Ada Offer Berlakon Saya Nak Watak Orang Jahat Wa Kasi Sengat Sama Lu Ustaz Kazim Elias

Kalau Ada Offer Berlakon Saya Nak Watak Orang Jahat Wa Kasi Sengat Sama Lu Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 326 hits
Kalau Ada Offer Berlakon Saya Nak Watak Orang Jahat Wa Kasi Sengat Sama Lu Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Menko Airlangga Jadi Tokoh Inspiratif Pekerja Migran

Menko Airlangga Jadi Tokoh Inspiratif Pekerja Migran

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 152 hits
Sementara itu Kepala Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia Benny Rhamdani menjelaskan bahwa penghargaan tersebut diberikan karena kebijakan progresif yang selama ini diperlihatkan Menko Airlangga
Pembebasan Biaya Penempatan Pekerja Migran Dapat Mencegah Human Trafficking

Pembebasan Biaya Penempatan Pekerja Migran Dapat Mencegah Human Trafficking

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 191 hits
Ia juga menjelaskan bahwa Undang Undang Nomor 18 Tahun 2017 tentang Pelindungan Pekerja Migran Indonesia mengandung semangat perlindungan dan pemajuan hak pekerja migran Indonesia termasuk zero cost atau nol biaya penempatan
Warga Emas Simpan Trofi Babi Hutan Dicekup

Warga Emas Simpan Trofi Babi Hutan Dicekup

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 233 hits
Oleh AMREE AHMAD TROFI babi hutan yang dirampas dari sebuah premis di Kuala Lumpur baru baru ini IHSAN PERHILITAN PUTRAJAYA Tindakan seorang warga emas yang menyimpan trofi babi hutan di premisnya mengundang padah apabila dia dicekup pihak ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash