Ustaz Kongsi Ayat Bacaan Untuk Ubatkan Anak Yang Asyik Demam Batuk Selesema


Apabila bayi anda sakit atau tidak sihat disebabkan oleh masalah kesihatan seperti demam atau selesema, pastinya ia akan menerbitkan rasa bimbang dan risau di hati anda. Bagi ibu bapa baru, mesti pernah timbul persoalan di fikiran anda, apakah yang dikatakan suhu normal bayi?

Bagaimana untuk mengetahui bahawa sama ada bayi anda demam atau tidak? Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui perihal mengenai suhu normal bayi.
Adakah suhu normal bayi dan dewasa sama bagi setiap peringkat usia?
Badan anda akan mempunyai keupayaan untuk mengawal perubahan suhu selaras dengan peningkatan usia. Secara umumnya, individu dewasa yang lebih berusia akan berdepan kesukaran dan kesulitan untuk mengekalkan haba, malah mereka juga lebih cenderung untuk mempunyai suhu badan yang lebih rendah.
Suhu normal individu dewasa
Suhu badan normal bagi individu dewasa yang diambil secara oral adalah sekitar 36.4 ℃ ke 37.5 ℃, bergantung kepada kaedah pengukuran, kerana kaedah yang berbeza akan memberikan angka yang sedikit berbeza.
Suhu normal kanak-kanak
Suhu badan normal bagi kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 10 tahun adalah pada 35.5 ℃ ke 37.5 ℃ apabila diambil secara oral. Kanak-kanak cenderung untuk mempunyai suhu badan normal yang sama dengan seorang individu dewasa.
Ada masanya, seorang bayi dan kanak-kanak akan mempunyai suhu badan yang lebih tinggi daripada seorang individu dewasa bagi pengambilan suhu melalui bacaan ketiak dan telinga.
Suhu normal bayi yang berusia 0 hingga 2 tahun adalah sekitar 36.6 ℃ hingga 38 ℃ apabila diambil secara rektum. Suhu normal bayi akan meningkat sedikit apabila bayi sedang melalui proses pertumbuhan gigi. Secara puratanya suhu normal bayi yang baru lahir adalah sekitar 37.5 ℃.
Suhu badan bayi adalah lebih tinggi berbanding individu dewasa atau kanak-kanak kerana mereka mempunyai permukaan badan yang lebih besar berbanding dengan berat badan mereka. Badan mereka juga lebih aktif secara metabolik, yang mana akan menghasilkan lebih banyak haba.
Badan bayi tidak mengawal selia suhu badan seperti mana yang dilakukan badan individu dewasa. Bayi akan kurang berpeluh walaupun dalam cuaca atau keadaan panas, ini bermakna badan mereka menyimpan lebih banyak haba.

Ini sekali gus bermakna situasi adalah lebih sukar untuk mereka menyejukkan badan sekiranya mereka mengalami demam.
Mengenal pasti julat atau bacaan normal badan menjadikannya lebih mudah untuk memahami dan mengetahui kebarangkalian anda demam.
Apa yang dimaksudkan suhu panas bayi?
Menurut Ketua Pegawai Perubatan Residen dan Pediatrik di Royal Children’s Hospital di Melbourne, Dr Daniel Golshevsky, seorang bayi yang berada di bawah usia 3 bulan dengan suhu 38 ℃ dianggap mempunyai demam.
Manakala suhu 38.5 ℃ pula adalah tahap bacaan bagi bayi berusia lebih 3 bulan dan kanak-kanak untuk dianggap sebagai demam.
Sejarah kesihatan, sebarang tanda dan simptom seorang bayi merupakan antara faktor yang boleh menentukan sama ada suhu badan tinggi yang dialaminya merupakan satu perkara yang harus dibimbangkan atau tidak.
Ini kerana jelas Golshevsky lagi, ada kalanya bayi berkemungkinan akan mempunyai suhu badan yang tinggi disebabkan pakaian yang dipakai secara berlebihan, iaitu banyak lapisan atau mungkin dibaluti selimut.
Suhu badan bayi
Secara purata suhu normal bayi dan kanak-kanak adalah antara 36.4 ℃, tetapi ia mungkin berbeza sedikit bagi setiap bayi mahupun kanak-kanak. Seorang bayi atau kanak-kanak akan dianggap sebagai demam apabila mengalami suhu badan pada 38 ℃ atau lebih tinggi.
Bayi anda mungkin mengalami demam sekiranya:
Anda merasai sentuhan panas berbanding biasa, pada dahi, belakang badan mahupun perut bayi anda Merasai peluh atau kelembapan pada bayi anda Pipi bayi anda kelihatan kemerahan Jika anda merasakan bayi anda mungkin mengalami demam, perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan memeriksa suhu badan mereka dengan termometer. Bagaimana untuk mengambil suhu badan bayi?
Secara idealnya, anda memerlukan termometer digital untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan cepat.
Cara untuk mengambil suhu badan bayi anda:
Pegang dan letakkan bayi anda dengan cara yang selesa di lutut anda dan letakkan termometer pada bahagian ketiak mereka – sentiasa menggunakan termometer pada bahagian ketiak bagi anak anda yang berada di bawah usia lima tahun. Dengan cara yang perlahan tetapi kukuh, cuba untuk menahan lengan mereka kepada badan untuk memastikan termometer berada pada tempat yang sama – ia bergantung kepada arahan pengeluar termometer – tetapi kebiasaannya ia adalah sekitar 15 saat dan terdapat termometer yang boleh memberikan bacaan kurang daripada 15 saat, dan beberapa termometer digital akan menghasilkan bunyi apabila sudah selesai membuat bacaan. Suhu yang terpapar pada termometer akan menunjukkan bacaan suhu badan anak anda. Bagaimana memastikan bacaan adalah tepat?
Sekiranya anda menggunakan termometer digital pada bahagian ketiak anak anda dan mengikut arahan pengeluar dengan teliti, anda kebiasaannya akan mendapat bacaan yang tepat.
Namun terdapat beberapa perkara yang turut boleh mengubah bacaan, antara beberapa contoh keadaan atau perkara yang boleh mengubahnya adalah seperti:
Anak anda dibaluti dengan selimut Berada di dalam bilik yang sangat panas Anak anda sangat aktif Anak anda memeluk botol air panas Memakai banyak lapisan pakaian Sedang mandi Jika perkara yang disenaraikan di atas berlaku, sila biarkan mereka untuk menyejukkan badan selama beberapa minit, tetapi elakkan untuk membiarkan mereka menjadi sejuk atau menggigil, kemudian ambil semula suhu badan mereka untuk melihat sekiranya terdapat perubahan.
Bagi anak yang asyik demam, batuk, sakit-sakit dan susah nak sembuh, PU Amin kongsikan ayat bacaan yang boleh meredakan kesakitan.

Kredit: Hello Doktor, PU Amin
 
The post Ustaz Kongsi Ayat Bacaan Untuk Ubatkan Anak Yang Asyik Demam, Batuk & Selesema appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ustaz-kongsi-ayat-bacaan-untuk-ubatkan-anak-yang-asyik-demam-batuk-selesema/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sihat Lepas 3 Hari Demam Batuk Selesema Doktor Kongsi 4 Cara Semulajadi Untuk Rawat Anak

Sihat Lepas 3 Hari Demam Batuk Selesema Doktor Kongsi 4 Cara Semulajadi Untuk Rawat Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 270 hits
Bila anak tak sihat mak mak lah orang yang paling risau Ada pelbagai cara untuk sembuhkan penyakit anak anak terutama menggunakan bahan bahan semulajadi yang mudah didapati di sekeliling Ada beberapa cara untuk melegakan batuk yang boleh ma...
Tips Anak Cepat Lega Demam Dan Batuk

Tips Anak Cepat Lega Demam Dan Batuk

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 342 hits
Tips Anak Cepat Lega Demam Dan Batuk Tips yang saya kongsikan daripada Pn mazliana di IGnya yang saya dapati amat berguna kepada ibu bapa di luar sana yang menghadapi masalah yang serupa dengan anak anak kecil mereka Selain itu bagus juga j...
Anak Demam Makan Ubat Pun Tak Okay Doktor Kongsi Tip Dalam 24jam Mungkin Boleh Sembuh

Anak Demam Makan Ubat Pun Tak Okay Doktor Kongsi Tip Dalam 24jam Mungkin Boleh Sembuh

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 278 hits
Anak demam apa nak buat Kita dah bagi ubat nak tunggu lagi 6 jam untuk dos seterusnya demam anak masih tinggi Buntu dah kita nak buat apa Kadang demam tu bagus tanda body tengah lawan jangkitan kuman dalam badan anak Dan kita pun kena bantu...
Cari Lemon Bila Anak Batuk Kahak Lebih Seminggu Tak Baik Baik Doktor Kongsi Khasiat Lemon

Cari Lemon Bila Anak Batuk Kahak Lebih Seminggu Tak Baik Baik Doktor Kongsi Khasiat Lemon

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 203 hits
Risaunya anak dah lama batuk tak baik baik pasti keadaan ini membuatkan kita sebagai ibu bapa risau Menurut perkongsian Dr Mazliana penggunaan lemon dapat membantu meredakan batuk kerana kandungan nutrisinya yang tinggi Ikuti perkongsian in...
Hati Hati Kalau Batuk Anak Bunyi Pelik Mungkin Sebab Penyakit Kroup

Hati Hati Kalau Batuk Anak Bunyi Pelik Mungkin Sebab Penyakit Kroup

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 182 hits
Kanak kanak yang berumur lima tahun ke bawah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi kroup Kroup kebiasaannya menyerang kanak kanak ketika cuaca sejuk Walau bagaimanapun anda tidak perlu terlalu risau mengenainya kerana jangkita...
Guna Ayat Keramat Ini Pada Anak Sulung Supaya Dia Tak Rasa Adiknya Pencabar

Guna Ayat Keramat Ini Pada Anak Sulung Supaya Dia Tak Rasa Adiknya Pencabar

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 141 hits
Anak pertama adalah zuriat yang dinanti nantikan setiap pasangan yang berkahwin Namun apabila hadirnya anak kedua dan seterusnya pasti banyak perbezaan dalam cara mendidik anak Sebagai ketua di antara adik beradik yang lain pastinya sifat a...
Nak Kayuh Basikal Jam 12 Tengah Malam Suami Kongsi Perangai Pelik Aurel Hermansyah Hamil Anak Kedua

Nak Kayuh Basikal Jam 12 Tengah Malam Suami Kongsi Perangai Pelik Aurel Hermansyah Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 260 hits
Selebriti Indonesia yang cukup dikenali Aurel Hermansyah yang kini dikhabarkan menghitung hari untuk bersalin anak keduanya bersama suami Atta Halilintar Namun kongsi Atta disaat hampir melahirkan isteri kesayangannya itu mula mengidam dna ...
Bila Mak Ayah Ada Anak Favourite Yang Lain Selalu Pendam Perasaan Ustaz Jelaskan Hukum Pilih Kasih

Bila Mak Ayah Ada Anak Favourite Yang Lain Selalu Pendam Perasaan Ustaz Jelaskan Hukum Pilih Kasih

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 341 hits
Biarpun anak anak masih kecil tetapi mereka juga mempunyai perasaan Jika dimarahi tetap akan terasa walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi kecil hati dan sebagainya Salah satu keadaan di mana ibu ayah mungkin tidak sedar yang kit...
Ikut Muka Mommy Sebiji Sama Cp Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua Comelnya

Ikut Muka Mommy Sebiji Sama Cp Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua Comelnya

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 204 hits
Selepas sebulan lebih melahirkan cahaya mata keduanya CP Juliana Evans memuat naik wajah bayi comelnya di media sosial Menerusi Instagramnya Juliana memuat naik beberapa keping gambar buah hati terbarunya untuk tatapan umum Kongsi ibu kepad...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui