Ustaz Ebit Lew Terpaksa Ke Bukit Aman Selepas Ada Orang Buat Report
Dalam posting terbaru Ustaz Ebit Lew, beliau sekali lagi meminta maaf jika menyusahkan sesiapa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Difahamkan, Ustaz Ebit diarah memberi keterangan kepada pihak polis di Bukit Aman berikutan ada yang membuat aduan berhubung kes yang viral tempoh hari.
Baca perkongsian penuh beliau di bawah:
Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kaseh sangat.
Loading…
Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Semenjak pkp ini saya asyik fikir jika ini penghujungnya hayat saya. Saya nak beri sehabis baik. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar saya dah hantar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Takde viral pun. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis.
Duit saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan masa PKP ini.. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.
Ada 20 rumah lagi keadaan macam tu perlu dibantu. Takde air. Takde elektrik. Rumah macam pondok. Macam nak roboh. Anak kecil. Kalau saya letak gambar semua menangis tengok. Maafkan saya. Anak-anak kecil tu semua sabar yer tunggu lepas PKP. Rayalah begitu dulu yer.
Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Youtube dan fb bayar saya jika ada iklan. Rezeki saya juga. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Sorry pada pegawai tadi. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.
Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. PKP ini saya dapat kenal saya kawan dan saja nak berlawan dengan saya. Tapi saya takkan pernah bermusuh atau berdendam dengan sesiapa. Saya maafka semua. Saya maafkan kerana Allah. Saya mengadu pada Dia semua sedih dan susah saya.
Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Rumahku syurga. Saya cuma akan menangis jika ada orang susah. Saya akan doakan mereka. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya Redha. Saya minta maaf pada semua yer. Saya salah. Kepada Allah saya berserah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianupdate.my/2020/04/ustaz-ebit-lew-terpaksa-ke-bukit-aman-selepas-ada-orang-buat-report/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ustaz-ebit-lew-terpaksa-ke-bukit-aman-sel