Ustaz Ebit Lew Beli Dua Lori Barang Ubatan Bantu Hospital Gaza Musnah Dibom
 Siti Hafidah
Sebak fikirkan anak seorang doktor hilang semua ahli keluarga

													 Ustaz Ebit Liew beli barang keperluan hospital di Gaza. Foto ihsan Facebook Ebit Lew 													  			 			BANGI – Misi kemanusiaan diteruskan, kali ini pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew  membeli keperluan hospital bagi menggantikan kemudahan yang musnah  teruk susulan pengeboman di Gaza.
Antaranya termasuk kerusi roda, mesin dialisis, ubat-ubatan serta semua jenis keperluan lain untuk hospital.
“Syukur dapat beli dua lori barang ubatan dan terus hantar ubat-ubatan dan barang keperluan khas untuk hospital.
“Tiga hospital saya pergi. Hospital al-Syifa. Hospital besar Gaza. Sesak dengan orang.
“Saya dapat senarai dari Kementerian  Kesihatan dan juga senarai hospital sendiri. Hospital al-Quds dan  hospital A’mal yang dikendalikan Palestin Red Crescent,” kata Ustaz Ebit  menerusi hantaran terbaru di Facebook hari ini.
Aktivis masyarakat itu memaklumkan pada  awalnya, pihaknya bermesyuarat dengan Palestin Red Crescent diikuti  dengan Kementerian Kesihatan dan Pengarah Hospital al-Syifa.
“Mereka gembira dan sangat berterima kasih.
“Presiden Palestin Red Crescent ceritakan masa kena bom dulu. Ketika itu hospital penuh dengan orang sedang dapatkan rawatan.
“Semua bawa lari pesakit ke luar jalan. Musnah dan kini dah buat semula. Ramai cedera dan syahid,” katanya.
Beliau turut sebak memikirkan keadaan  anak kepada seorang doktor senior hospital al-Syifa yang kini hidup  sebatang kara susulan keluarga termasuk bapanya terkorban dalam serangan  sebelum ini.
“Sempat juga dapat nombor (telefon) anak  Dr Ayman yang syahid baru ini. Doktor senior di hospital al-Syifa. Solat  jenazah depan hospital.
“Keluarganya semua syahid. Tinggal  seorang anak sahaja. Isteri, anak, nenek, datuk, saudara, sepupu,  adik-beradik semua syahid. Tinggal anaknya itu seorang diri. Allahuakbar  sedihnya,” katanya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/ustaz-ebit-lew-beli-dua-lori-barang_1.html