Usia Baru 7 Tahun Impian Arkan Bergelar Pilot Jadi Kenyataan Memang Ada Bakat
Minat anak boleh dilihat seawal mereka masih kecil lagi. Jika selalu didedahkan dengan sesuatu perkara, ia boleh mencetuskan rasa minat dalam diri anak terutamanya jika ia dikongsi bersama ibu dan ayah.
Sama seperti si cilik bernama Arkan Al Ghazali Bin Mohamad Fazly ini yang sangat sukakan pekerjaan juruterbang. Minatnya bermula sejak umurnya lima tahun kerana Arkan sudah terbiasa dengan dunia penerbangan.
Banyak Belajar Dari Youtube
Menurut ayahnya, Mohamad Fazly Bin Kamarudin, anak lelakinya itu sudah mula menaiki pelbagai jenis pesawat bermula usianya tiga bulan. Dari situlah Arkan mula meminati dan mengambil tahu tentang pesawat, pekerjaan juruterbang serta aviation.
Selain banyak bertanya kepada kedua-dua orang tuanya, kanak-kanak lelaki beurmur tujuh tahun ini banyak belajar tentang dunia penerbangan melalui saluran Youtube serta permainan video. Minat yang ditunjukkan oleh Arkan sangat disokong oleh ibu dan ayahnya dan mereka banyak memberi semangat padanya untuk cemerlang dalam akademik.
“Selain itu, kami juga menjaga tumbesaran Arkan dari segi fizikal. Saya dan isteri sangat menitikberatkan pemakanan anak kami supaya dia dapat membesar dengan sihat.”
Baca Juga:
Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai
Makan Tomato Macam Jajan. Patutlah Kulit Anak-Anak Kieda Crepe Cantik Betul!
Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!
Suka Dengan Kapal Terbang, Beli Dari Kawan Dengan Harga Seringgit
Minat yang ada dalam diri Arkan mungkin ‘menurun’ dari keturunan kerana ibunya merupakan bekas kakitangan AirAsia. Selain itu, pakciknya juga merupakan bekas kru kabin untuk penerbangan MAS yang banyak berkongsi tentang pengalamannya yang membuatkan Arkan semakin berminat untuk menjadi juruterbang.
Bercerita tentang perkara yang tidak boleh dilupakan, Fazly memberitahu pernah satu ketika Arkan membeli kapal terbang kertas dari rakannya dengan harga RM1.
“Waktu tu dia tak mahir lagi buat paper plane, jadi dia sanggup beli dari kawan dengan harga seringgit. Waktu itu, saya yakin yang anak saya memang sukakan kapal terbang jadi saya akan selalu buatkan untuk dia. Setiap kali saya buat paper plane, dia cukup gembira dan teruja. Memang dia hargai sangat-sangat bila saya buatkan untuk dia.”
Harap Arkan Boleh Lanjutkan Pelajaran
Menjadi harapan setiap ibu ayah untuk melihat kejayaan anak-anak mereka. Sama juga seperti Fazly dan isteri, mereka mengharapkan Arkan yang kini belajar di Sekolah Kebangsaan Hicom, Shah Alam, dapat memenuhi cita-citanya dalam dunia penerbangan.
“Semoga Arkan dapat capai cita-cita yang dia impikan. Dunia penerbangan luas, bukan sekadar pilot. Anak kami mungkin boleh jadi jurutera atau terlibat dengan pembuatan pesawat. Saya dan isteri selalu doakan semoga bila tiba masanya Arkan akan dapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran. Sebagai parents, kami juga sedang berusaha sehabis baik untuk bersedia demi masa depan Arkan dan anak-anak yang lain.”
Terdahulu, Arkan merupakan Juara untuk pertandingan Himpunan Cita-Cita yang dianjurkan oleh Bintang Kecil ketika BK Mini Fest bertempat di Petrosains, Kuala Lumpur sekitar bulan Ogos yang lalu.
Jom, tonton video Arkan jadi pilot;
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
The post Usia Baru 7 Tahun, Impian Arkan Bergelar Pilot Jadi Kenyataan. Memang Ada Bakat! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/usia-baru-7-tahun-impian-arkan-bergelar-pilot-jadi-kenyataan-memang-ada-bakat/