Usahawan Tani Ipr Intan Jana Pendapatan Rm3 000 Sebulan





 



Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)-Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) yang digerakkan kerajaan didapati berjaya menjana pendapatan bulanan purata jauh lebih tinggi dari sasaran minimum RM2,000 sebulan.





Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sasaran tersebut dapat dilihat daripada data hasil pendapatan peserta IPR INTAN di Putrajaya selepas pusingan pertama tuaian sehinggga Januari tahun ini.





Dalam perkongsiannya di Facebook, beliau memaparkan hasil pendapatan tujuh peserta yang menanam mulai September tahun lalu dan menuai pada Disember lepas.





Peserta pertama berusia 44 tahun mengaut pendapatan RM23,413, peserta 2 (44) RM21,917, peserta 3 (21) RM17,458, peserta 4 (41) RM18,266, peserta 5 (23) RM15,189, peserta 6 (68) RM11,990, peserta 7 (61) RM18,266.





"Maknanya, julat tambahan pendapatan bulanan yang dijana bagi setiap kitaran empat bulan ialah antara RM3,000 (paling rendah) ke RM5,800 (paling tinggi)," katanya.





Jelas Rafizi, bagi projek itu, kerajaan tidak memberi modal tunai atau baja serta perkakas seperti sebelum ini.





Sebaliknya kata beliau kerajaan sediakan tapak pertanian moden yang telah dilengkapi sistem pengairan dan pembajaan moden.





"Tugas peserta ialah membentuk unit kelompok yang dibimbing oleh pasukan teknikal pertanian moden," jelasnya.





Katanya pendapatan tambahan hasil pertanian moden IPR INTAN yang paling rendah (Putrajaya) adalah RM3,000 sebulan iaitu lebih tinggi dari gaji median nasional iaitu RM2,600 sebulan meliputi sebahagian besar pemegang diploma dan ijazah. Formula pertanian moden untuk membasmi kemiskinan telah berjaya dibuktikan di beberapa tapak di seluruh negara.





Jelas Rafizi pihaknya menyasarkan untuk mewujudkan peluang tersebut kepada 20,000 peserta di seluruh negara menjelang akhir 2025.





"Ini bersamaan dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan dengan membina 200 pusat data yang memerlukan pelaburan beratus bilion kerana kilang moden tidak menggunakan ramai pekerja.





"Barulah berbaloi kena kecam jika rakyat dapat melihat sendiri tapak-tapak pertanian moden ini tumbuh bagai cendawan di seluruh negara," katanya.





Terdahulu pada Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim buat pertama kali melawat tapak IPR INTAN di Tanjung Rambutan yang berada di dalam Parlimen Tambun.





Rafizi menjelaskan IPR INTAN menggunakan pendekatan menjadikan tapak pertanian sebagai “kilang” dengan berusaha mengelakkan peserta mengalami risiko kerugian seperti serangan penyakit dan kekurangan hasil tuaian.





"Peserta menjadi pekerja yang menguruskan plot yang telah dibangunkan dengan kaedah pertanian moden dan diberi latihan.





"Kalau mereka putus asa awal, ada peserta baru yang masuk untuk menyambung seperti pekerja kilang baru mengganti yang telah berhenti," ujarnya.





"Peserta diberi jaminan menerima sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan setiap kali pusingan tanaman, dengan elaun RM600 sebulan dalam 2-3 bulan pertama sebelum boleh dituai," katanya lagi.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/usahawan-tani-ipr-intan-jana-pendapatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jana Rm100 000 Sebulan Sindiket Bitcoin Warga China Tumpas

Jana Rm100 000 Sebulan Sindiket Bitcoin Warga China Tumpas

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 239 hits
Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh berkata dua warga China ditahan kerana menjalankan perlombongan Bitcoin haram PETALING JAYA Sindiket Bitcoin warga China mampu menjana pendapatan RM100 000 sebulan yang berselindung di sebalik kedai tin...
Mahkamah Tinggi Memerintahkan Dr Mahathir Mohamad Membayar Kos Rm3 000 Kepada Anwar Ibrahim

Mahkamah Tinggi Memerintahkan Dr Mahathir Mohamad Membayar Kos Rm3 000 Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 173 hits
Mahathir dibenar pinda pernyataan tuntutan kes saman AnwarFMT ReportersSHAH ALAM Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir Mohamad untuk meminda pernyataan tuntutannya dalam saman fitnah terhadap Anwar Ibrahim Peguam Rafique Rashid...
Berapa Gaji Dj Radio Dan Gaji Dj Radio Cecah Rm150 000 Sebulan

Berapa Gaji Dj Radio Dan Gaji Dj Radio Cecah Rm150 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 194 hits
Kini sedang hangat diperkatakan oleh Netizen berkenaan gaji DJ Radio yang dipercayai mempunyai nilaian yang besar dan lumayan dibayar setiap bulan Dalam minggu ini tular mengenai Tyzo Xander yang merupakan seorang DJ Radio diberhentikan kon...
Linda Onn Nafi Pernah Terima Gaji Penyampai Radio Rm45 000 Sebulan Kalaulah Bakatku Dihargai Dulu

Linda Onn Nafi Pernah Terima Gaji Penyampai Radio Rm45 000 Sebulan Kalaulah Bakatku Dihargai Dulu

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 221 hits
Penyampai radio Linda Onn menafikan dakwaan dirinya pernah menerima gaji sebagai penyampai radio sehingga RM45 000 sebulan seperti mana dinyatakan seorang individu di platform Facebook baru baru ini Pemilik nama Rozlindah Onn berkata diriny...
Duda Didenda Rm3 000 Mengaku Intai Wanita Dalam Tandas

Duda Didenda Rm3 000 Mengaku Intai Wanita Dalam Tandas

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 413 hits
MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALITERTUDUH mengaku mengintai seorang wanita di dalam sebuah tandas di medan selera Bukit Katil pada Selasa lalu Foto oleh SYAFEEQ AHMADMELAKA Seorang lelaki didenda RM3 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini sele...
Cara Jana Pendapatan Forex Income Usd Affiliate Xm

Cara Jana Pendapatan Forex Income Usd Affiliate Xm

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 308 hits
Cara Jana Pendapatan Forex Side Income Dengan Program Affiliate XM Foreign Exchange merupakan pasaran perniagaan bagi pertukaran mata wang asing yang melibatkan jual beli mata wang yang boleh menghasilkan keuntangan yang lumayan pada tempoh...
Minta Sedekah Guna Sekolah Tahfiz Buat Modal Warga Asing Raih Rm10 000 Sebulan Di Pasar Malam

Minta Sedekah Guna Sekolah Tahfiz Buat Modal Warga Asing Raih Rm10 000 Sebulan Di Pasar Malam

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 278 hits
WAN SITI AMINAHSifat pemurah hati di kalangan rakyat Malaysia terbukti apabila warga asing berjaya meraih pendapatan mencecah RM10 000 sebulan dengan meminta sedekah Hanya menjalankan kegiatan mereka di pasar malam warga asing ini juga terg...
Saya Mohon Asb Financing Rm200 000 Kenapa Dalam Online Banking Saya Jadi Lebih Rm900 000

Saya Mohon Asb Financing Rm200 000 Kenapa Dalam Online Banking Saya Jadi Lebih Rm900 000

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 347 hits
Bismillahirahmanirrahim Assalammualaikum wr wb Saya Mohon ASB Financing RM200 000 Kenapa dalam Online Banking saya jadi lebih RM 900 000 Atau ada juga saya ditanya Kenapa saya mohon ASB Financing RM50 000 sahaja sampai jadi RM200 000 lebih ...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Agar Amal Diterima Dan Taubat Diterima Teladan Dari Nabi Ibrahim Dan Ismail

Video Pembongkaran Operasi Sindiket Geng Kartel Jual Air Dan Belon

Harvard Archives Discovering Treasures Of History

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi

Intense Rainfall Triggers Flash Floods In Selangor Impacting Four Areas

Resepi Boko Ubi Kayu Lapisan Bawah 1 Cawan Gula Merah Cawan Gula Pasir