Usahasama Lipton Dan Peace One Day Sempena Hari Keamanan Sedunia 2020


Menara jam dan mercu tanda di 11 negara menyala dengan seruan ke arah memacu keamanan pada 21 September




Lipton, sebagai jenama teh terkemuka dunia, dan Peace One Day bergabung tenaga sempena Hari Keamanan Sedunia yang diakui oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 21 September 2020, dalam memberi inspirasi kepada dunia supaya menjadikan waktu santai, yang sinonim dengan sesi minum teh, sebagai waktu keamanan, bersesuaian dengan tema “Make Tea Time Peace Time”.

Menerusi usahasama ini, kedua-dua organisasi bekerjasama untuk mengilhamkan suatu detik perpaduan global, di mana menara jam dan mercu tanda ikonik di seluruh dunia akan diambil alih dan disinari dengan mesej yang menyeru masyarakat untuk berkomunikasi dan seterusnya mempraktikkan “Make Tea Time Peace Time”. Mesej positif ini disebarkan ke seluruh dunia, merentasi lapan zon masa, bermula dari Sydney, Australia; ke Kuala Lumpur, Malaysia; melintasi Dubai, UAE; menjangkaui benua Eropah - London, Paris, Brussels, Berlin, Rotterdam dan Amsterdam; terus menyeberang ke Amerika Selatan di Mexico, Guatemala dan Brazil.

Seruan ini amat penting lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang di mana kita didepani cabaran berhubung dengan insan tersayang ketika berjauhan di saat dunia dilanda krisis pandemik. Lipton bertekad dalam menganjurkan sesi komunikasi yang berkualiti sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk membuatkan orang ramai berasa lebih gembira dan positif. Lipton percaya bahawa keamanan akan terbentuk apabila masyarakat menjalinkan hubungan yang lebih erat.

Dengan lebih 311 juta teh Lipton diminum* setiap hari di seluruh dunia, Lipton ingin menyeru masyarakat untuk menggunakan detik tersebut pada 21 September dan seterusnya untuk berhubung dengan yang lain dan seterusnya meluangkan masa demi keamanan.

Di sini di Kuala Lumpur, mesej dan seruan ini dipancarkan kepada ribuan pengunjung di Pavilion, Bukit Bintang. Turut memeriahkan usaha Lipton ini adalah selebriti tempatan Janna Nick dan Deborah Henry yang bersama-sama menggalakkan komuniti mengamalkan “Make Tea Time Peace Time,” dengan berkongsi memori peribadi mereka berdamai dengan seseorang yang membawa kesan positif dalam kehidupan mereka.

Jeremy Gilley, Pengasas Peace One Day berkata: “Matlamat Peace One Day adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai #HariKeamanan atau #PeaceDay dan menggalakkan tindakan bagi mengurangkan keganasan di seluruh dunia. Tahun ini, kami berhasrat untuk berhubung dengan 4 bilion orang dalam 24 jam dan amat berbesar hati bekerjasama dengan Lipton, untuk mencapai matlamat ini. Kami bersama Lipton ingin menggalakkan orang ramai untuk berkomunikasi, mengeratkan hubungan yang berkualiti dan menerapkan tarikh 21 September sebagai hari untuk keamanan sedunia dan kerjasama antara budaya pada skala yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Marc Schroeder, Ketua Pegawai Eksekutif Pepsi Lipton berkata: "Hari Keamanan pada tahun ini adalah lebih penting berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kami percaya keamanan dapat disebarkan apabila masyarakat membentuk hubungan yang erat. Tiada yang lebih bermakna selain daripada meluangkan masa untuk berkomunikasi, memahami dan berkongsi antara satu sama lain."

“Kami yakin dengan hanya meluangkan 15 minit sehari untuk usaha menjalinkan hubungan yang berkualiti akan membuatkan orang ramai berasa lebih gembira dan positif. Waktu santai atau lebih sinonim dengan waktu minum teh adalah satu titik pertemuan yang spontan untuk orang ramai meluangkan masa bersama-sama, dan Lipton kini dalam misi untuk menggalakkan waktu minum teh di seluruh dunia sebagai waktu untuk kita memahami dan berdamai antara satu sama lain.

"Hubungan erat sememangnya adalah kekuatan dan asas untuk keamanan. Kami berharap penglibatan kami dengan Peace One Day dapat memberi inspirasi kepada masyarakat seluruh dunia untuk meluangkan masa, untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan memupuk keamanan pada hari ini."

Lipton turut menggalakkan komunitinya yang kini berada di lebih 100 negara untuk menjadi duta keamanan dan kepentingan komunikasi melalui inisiatif yang menggalakkan mereka untuk berkongsi dengan masyarakat seluruh dunia bagaimana mereka mengamalkan “Make Tea Time Peace Time”. Penyertaan yang terbaik akan disiarkan secara langsung dalam talian kepada penonton dan peserta di Live Global Digital Experience Peace One Day. Pelbagai acara menarik disediakan pada program yang diadakan secara percuma selama sehari ini yang akan berlangsung pada 21 September dan telah diterbitkan oleh pengasas, Jeremy Gilley dan pelakon, Jude Law.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zulyusmar.com/2020/09/usahasama-lipton-dan-peace-one-day.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ZulyusmarcomMalaysianLifestyleFoodBeveragesTravelTechnologyAndNews+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pg Mall 916 Gold Cultural Day Hari Kebudayaan Emas 2020

Pg Mall 916 Gold Cultural Day Hari Kebudayaan Emas 2020

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 461 hits
Bismillahirrahmanirrahim psstt nak ajak korang yang membaca blog UN jom shopping Kat sini nak ajak shopping di PG Mall seperti mana yang UN share sebelum ini PG Mall adalah laman e commerce No 1 di Malaysia yang mana telah dibangunkan sejak...
5953 Aktiviti Sambutan Hari Sungai Sedunia 2020 Peringkat Negeri Selangor Ppim 26 09 2020

5953 Aktiviti Sambutan Hari Sungai Sedunia 2020 Peringkat Negeri Selangor Ppim 26 09 2020

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 527 hits
Sekitar Sambutan Hari Sungai Sedunia 2020 Peringkat Negeri Selangor yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM nadzim johan toqqi di River Resource Centre Sg Klang Klang Gate
Sesi Tukar Hadiah Abang Syamil Kawan Kawan Sempena Sambutan Hari Malaysia

Sesi Tukar Hadiah Abang Syamil Kawan Kawan Sempena Sambutan Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 635 hits
Sesi Tukar Hadiah Abang Syamil Kawan kawan Sempena Sambutan Hari Malaysia Minggu lepas dapat info dari group sekolah Abang Syamil yang hari ini cikgu
Bila Shuib Hadiahkan Jam Tangan Rolex Puluhan Ribu Sempena Hari Lahir Sarah

Bila Shuib Hadiahkan Jam Tangan Rolex Puluhan Ribu Sempena Hari Lahir Sarah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 439 hits
Bersempena ulang tahun kelahiran isteri penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang ke 36 pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu telah menghadiahkan seutas jam tangan jenama mewah iaitu Rolex bernilai puluhan ribu Shuib mengakui ia merupakan had...
Hashtag Harisarong2020 Meriah Di Sosial Media Sempena Hari Malaysia

Hashtag Harisarong2020 Meriah Di Sosial Media Sempena Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 426 hits
Dihoskan komuniti sosial Locco Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi seperti hotel pusat beli belah pembuat barangan makanan kafe dan sebagainya program Hari Sarong 2020 ini turut menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan yang berkaitan ...
Sultan Johor Ziarah Makam Diraja Bukit Mahmoodiah Sempena Hari Hol

Sultan Johor Ziarah Makam Diraja Bukit Mahmoodiah Sempena Hari Hol

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 274 hits
SULTAN JOHOR ZIARAH MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH SEMPENA HARI HOL JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini sempena Hari Hol hari ini Keberangkatan tiba Sultan Ibra...
Sempena Hari Lahir Siti Sarah Shuib Berita Hadiah Mewah Kepada Isterinya Ini Hadiah Mewah Tersebut

Sempena Hari Lahir Siti Sarah Shuib Berita Hadiah Mewah Kepada Isterinya Ini Hadiah Mewah Tersebut

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 541 hits
Petaling Jaya 15 Sept Seutas jam mewah berharga puluhan ribu ringgit menjadi hadiah buat penyanyi Siti Sarah Raissuddin sempena sambutan hari lahirnya semalam Dihadiahkan suaminya sendiri kata Sarah sepanjang perkahwinan mereka ini merupaka...
Rm 24x Gram Harga Emas Terendah Sempena Pg Mall 916 Gold Cultural Day

Rm 24x Gram Harga Emas Terendah Sempena Pg Mall 916 Gold Cultural Day

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 521 hits
Nah Kalau dulu pembeli emas dikelaskan sebagai golongan ada ada tapi zaman sekarang simpan emas ibarat tabungan untuk masa hadapan dan semua layak untuk menyimpan ataupun memakai barang seutas dua bagi menaikkan seri pemakai Uniknya trend i...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation