Usaha Ke Arah Paru Paru Yang Sihat Terus Dipacu


Usaha Ke Arah Paru-Paru Yang Sihat Terus Dipacu  
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, hari ini merasmikan Pelancaran Kempen Live, Laugh, Lungs sempena sambutan Hari Paru-Paru Sedunia Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Beli-Belah 1 Utama, Petaling Jaya.

Beban penyakit paru – paru di Malaysia meliputi penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit. Ini termasuk kanser paru – paru, Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD), asma dan jangkitan saluran pernafasan seperti pneumonia, tuberkulosis, COVID-19 dan influenza. Tuberkulosis masih merupakan salah satu penyakit dengan beban yang tinggi di Malaysia iaitu sebanyak 26,183 kes baharu dilaporkan  pada tahun 2024.

Hampir setengah juta kanak-kanak berusia 6 hingga 17 tahun di Malaysia menghidap asma dan lebih daripada 1.4 juta orang dewasa telah didiagnosis dengan asma. Kanser paru-paru pula merupakan kanser kedua paling utama dalam kalangan lelaki dan ketiga dalam kalangan wanita serta merupakan antara tiga kanser paling utama di Malaysia.
Hari Paru-Paru Sedunia disambut setiap tahun pada bulan September sebagai suatu bentuk gesaan peringkat global untuk bersatu dalam meningkatkan kesihatan paru – paru melalui aktiviti pencegahan, saringan, memastikan akses kepada rawatan yang saksama serta menjalankan penyelidikan berkaitan kesihatan paru – paru.

Pada tahun ini, Hari Paru-paru Sedunia disambut dengan tema Healthy Lungs, Healthy Lives yang menekankan kepentingan penjagaan kesihatan paru-paru sejajar dengan usaha Malaysia melalui Resolusi Kesihatan Paru-Paru hasil inisiatif negara yang telah dibentangkan dan diluluskan pada Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) 2025 Julai yang lalu.

Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dengan kerjasama Kenvue Malaysia juga Watsons Malaysia serta disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganjurkan Kempen Live, Laugh, Lungs sempena Hari Paru – Paru Sedunia sebagai satu usaha untuk memacu kesedaran berkaitan kesihatan paru-paru di seluruh negara.  Kempen ini berlangsung selama lima (5) hari bermula 3 hingga 7 September 2025 di Pusat Beli-Belah 1 Utama, Petaling Jaya dengan penganjuran aktiviti seperti:
 
Zon Kesihatan Paru-Paru: menawarkan saringan kesihatan paru-paru menerusi Klinik Bergerak dengan X-Ray Dada Berteknologi AI dan perkhidmatan berhenti merokok  
Zon Pendidikan Interaktif: menyediakan aktiviti bersama keluarga seperti Knock Out Smoking, Laughing Machine dan dinding ikrar awam.  

Kempen ini turut menekankan kepentingan Terapi Penggantian Nikotin (Nicotine Replacement Therapy: NRT) sebagai kaedah yang terbukti berkesan membantu perokok berhenti merokok. NRT merupakan salah satu intervensi utama dalam program berhenti merokok kebangsaan dan kini boleh didapati secara terus di kaunter (Over the Counter, OTC).

Berdasarkan Laporan Advancing Smoking Cessation in ASEAN: The Role of Nicotine Replacement Therapy 2025 oleh Social and Economic Reasearch Initiative (SERI), 77% perokok berkemungkinan akan mengguna produk NRT jika ia dikategorikan sebagai OTC, mencerminkan bahawa akses kepada NRT adalah penting untuk meningkatkan peluang kejayaan perokok untuk berhenti merokok.

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memperluaskan akses kepada bantuan berhenti merokok, Watsons Malaysia turut meningkatkan ketersediaan produk NRT di rangkaian kedai Watsons seluruh negara menjelang akhir Oktober 2025.

Sambutan Hari Paru – Paru Sedunia turut menyokong usaha KKM dalam memperkukuhkan kesihatan paru – paru melalui Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan.  Kerjasama strategik antara KKM, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) diwujudkan bagi menggabungkan kekuatan semua sektor, meningkatkan mobilisasi sumber, inovasi, pembangunan polisi dan kapasiti dalam mewujudkan intervensi kesihatan yang mapan dan berkesan demi memastikan kesejahteraan individu dan komuniti seterusnya mencipta persekitaran yang sihat untuk paru – paru rakyat Malaysia. Ini selaras dengan Nilai MADANI – Kemampanan dan Kesejahteraan.

The post Usaha Ke Arah Paru-Paru Yang Sihat Terus Dipacu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/08/usaha-ke-arah-paru-paru-yang-sihat-terus-dipacu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diet Sihat Harian Panduan Lengkap Untuk Hidup Lebih Sihat

Diet Sihat Harian Panduan Lengkap Untuk Hidup Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 3464 hits
Menjaga kesihatan tubuh badan bermula dengan amalan diet sihat harian yang konsisten Ramai orang tahu tentang kepentingan makan makanan berkhasiat tetapi cabarannya adalah bagaimana untuk mempraktikkannya setiap hari tanpa rasa terbeban Seb...
Makanan Kurangkan Berat Badan Panduan Sihat Untuk Hidup Lebih Ringan

Makanan Kurangkan Berat Badan Panduan Sihat Untuk Hidup Lebih Ringan

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2427 hits
Dalam usaha untuk menurunkan berat badan pemilihan makanan yang betul memainkan peranan yang sangat penting Ramai orang sanggup berhabis duit untuk membeli produk kurus atau mengikuti diet yang ekstrem tetapi sebenarnya kunci utama adalah m...
Datuk Ahmad Zaharil Tidak Sihat Netizen Luah Doa Dan Simpati

Datuk Ahmad Zaharil Tidak Sihat Netizen Luah Doa Dan Simpati

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1372 hits
KUALA LUMPUR Peguam terkenal Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar difahamkan tidak sihat dan terpaksa menjalani pemeriksaan di hospital selepas mengalami sakit dada serta batuk sejak semalam Perkara itu dikongsikan anaknya Evarizarina menerusi akau...
Makanan Elak Darah Tinggi Panduan Lengkap Untuk Gaya Hidup Sihat

Makanan Elak Darah Tinggi Panduan Lengkap Untuk Gaya Hidup Sihat

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2404 hits
Masalah darah tinggi atau hipertensi semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia Ia bukan sahaja memberi risiko kepada jantung tetapi juga boleh menyebabkan strok dan kerosakan buah pinggang Salah satu cara paling berkesan untuk mengaw...
Azmin Kata Muhyiddin Dalam Keadaan Sihat Betul Ke Tu

Azmin Kata Muhyiddin Dalam Keadaan Sihat Betul Ke Tu

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 657 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan sihat dan terus aktif menerajui parti kata setiausaha agung parti Azmin Ali Azmin berkata beliau kerap berkomunikasi dengan Muhyiddin khususnya dalam persiapa...
Espring Amway Espring Water Purifier Solusi Air Bersih Untuk Hidup Lebih Sihat

Espring Amway Espring Water Purifier Solusi Air Bersih Untuk Hidup Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1382 hits
Air adalah asas kehidupan namun di zaman moden ini kita sering berdepan dengan masalah kualiti air yang tidak menentu Ramai antara kita bergantung kepada air paip tetapi adakah ia benar benar selamat untuk diminum setiap hari Jawapannya tid...
Nutrilite Cal Mag D Plus Rahsia Tulang Sihat Kuat Sepanjang Hayat

Nutrilite Cal Mag D Plus Rahsia Tulang Sihat Kuat Sepanjang Hayat

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 628 hits
Menjaga kesihatan tulang bukanlah sesuatu yang hanya penting apabila usia semakin meningkat Sejak muda lagi tulang memainkan peranan penting dalam menyokong pergerakan melindungi organ serta menjadi stor utama bagi kalsium dalam tubuh Namun...
Nutrilite Bio C Plus Amway Rahsia Vitamin C Berkesan Untuk Gaya Hidup Sihat

Nutrilite Bio C Plus Amway Rahsia Vitamin C Berkesan Untuk Gaya Hidup Sihat

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1022 hits
Vitamin C adalah salah satu nutrien penting yang sering kita dengar setiap kali bercakap tentang sistem imun badan Tetapi persoalannya adakah semua vitamin C sama kualitinya Di pasaran banyak produk mendakwa boleh memberi kesan yang sama na...
Makanan Untuk Jantung Sihat 12 Pilihan Terbaik Untuk Elak Penyakit

Makanan Untuk Jantung Sihat 12 Pilihan Terbaik Untuk Elak Penyakit

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 905 hits
Jantung adalah enjin utama tubuh manusia Kalau enjin rosak seluruh sistem badan akan terjejas Salah satu cara paling mudah untuk menjaga jantung adalah melalui pemakanan harian Dengan memilih makanan untuk jantung sihat anda bukan sahaja me...
Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi

Adha Sertai Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka

Lawatan Sambil Belajar Tabika Aaira Ke Balai Bomba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tindakan Serta Merta

Teman Mak Brisk Walk

Pack And Ride 6 Backpacks For Motorcycle Riders

Lelaki Maut Tergantung Atas Pokok

Zus Coffee Versi Botol 1 Liter

Ride To Bentong Pahang