Usah Tidur Kaki Mengarah Kiblat 9493



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, kami tidak mendapati nas yang melarang samada daripada al-Quran atau Sunnah berkaitan larangan melunjurkan kaki ke arah kiblat.

Tambahan pula, antara larangan yang terdapat di dalam hadith adalah membuang air dalam keadaan mengadap ke arah kiblat. Ini berdasarkan hadith yang sahih di dalam al-Bukhari dan Muslim:

Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:


إِذَا أَتَيْتُمُ الغَائِطَ فَلاَ تَسْتَقْبِلُوا القِبْلَةَ، وَلاَ تَسْتَدْبِرُوهَا وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا

Maksudnya: “Apabila kamu hendak membuang air maka janganlah kamu mengadap ke arah kiblat dan jangan juga kamu membelakanginya. Akan tetapi palinglah kamu ke timur atau ke barat.” [Riwayat al-Bukhari (394)]

Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:


إِذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلَا تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ، وَلَا تَسْتَدْبِرُوهَا بِبَوْلٍ وَلَا غَائِطٍ، وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا

Maksudnya: “Apabila kamu hendak membuang air maka janganlah kamu mengadap ke arah kiblat dan jangan juga kamu membelakanginya ketika buang air kecil dan besar. Akan tetapi palinglah kamu ke timur atau ke barat.” [Riwayat Muslim (264)]

Berdasarkan kedua hadith tersebut, jelas berkaitan larangan membuang air dalam keadaan mengadap dan membelakangi arah kiblat di tempat yang terbuka. Ini kerana, kiblat merupakan arah yang paling mulia dan ia merupakan arah bagi setiap orang yang ingin mendirikan solat.

Selain itu juga, sebahagian Hanafiyyah berpandangan bahawa hukum melunjurkan kaki ke arah kiblat adalah makruh dalam semua keadaan termasuk tidur dan selain daripadanya. Ini kerana, hal tersebut boleh membawa makna menghina terhadap Ka’bah di sisi sebahagian daripada Hanafiyyah. Akan tetapi, Ibn Muflih berkata di dalam al-Adab al-Syar’iyyah:


وَلَمْ أَجِدْ أَصْحَابَنَا ذَكَرُوا هَذَا ، وَلَعَلَّ تَرْكَهُ أَوْلَى

Maksudnya: “Aku tidak mendapati daripada kalangan ashab kami (Hanabilah) menyebut akan perkara ini dan boleh jadi meninggalkannya adalah lebih utama”.

Tambahan pula, ulama’ Syafi’eyyah mengqiyaskan kemakruhan melunjurkan kaki ke arah kiblat dengan duduk iqa’ seperti anjing apabila solat dalam keadaan duduk sebagaimana disebut di dalam al-Mu’tamad.

Kami berpendapat hal ini kembali kepada niat seseorang itu. Jika dia melakukannya dengan bertujuan menghina Ka’bah maka ia adalah haram. Jika dia melakukannya tanpa berniat untuk menghina adalah diharuskan. Walaupun begitu, meninggalkannya adalah lebih utama apabila ditakuti ia boleh menimbulkan fitnah bagi orang yang melihatnya.

Cara Elak Gangguan Jin Dan Syaitan Di Rumah. Ada banyak cara nak elakkan kita dari gangguan jin dan syaitan, walau di mana kita berada. Cara paling mudah tentulah memulakan sesuatu pekerjaan dengan ucapan, “A’uzubillahi minassyaitoonirrajiim..” iaitu maksudnya aku berlindung dari gangguan syaitan yang direjam. Selain dari itu, ada perbuatan dan zikir tertentu yang Nabi ajarkan agar kita terselamat dari gangguan jin dan syaitan.

Cara Elak Gangguan Jin Dan Syaitan Di Rumah

Di bawah ini adalah antara cara yang boleh dilakukan untuk elakkan gangguan jin dan syaitan ketika di rumah. Perlahan-lahan kita praktikkan hinggalah ia jadi kebiasaan yang diamalkan setiap masa.

1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.

2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik…nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.

3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.

4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.

5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit…termasuk penyakit hati, hasad dengki.

6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.

7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.

8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.

9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.

10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.

12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan

13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.

14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.

15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf.

Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.

17. Amalkan ayat Manzil.

18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.

19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.

20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.

21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.

22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.

23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

24. Masuk rumah bagi salam, A’uzubillah, Bismillah hissami’il ‘alim dan masuk menggunakan kaki kanan.

25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.

26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.

27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.

28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .

29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.

30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.

31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.

32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.

33. Mandi garam pagi dan petang.

34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an.

35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.

36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.

37. Amalan zikir asma ul husna.

38. Makan kurma 1 hari 1 biji

39. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.

40. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.

41. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.

42. Baca bismillah 5, 3 kali sebelum makan. Bismillahillazi…terlindung dari santau.

43. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil​ daun pada waktu malam.

44. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.

45. Segalanya serah pada Allah taala.. Tawakal pada Dia… berdoa setiap pagi waktu subuh. Insyaa Allah.. pertolongan Allah selalu dekat.

Diharap perkongsian di atas dapat membantu kita menambah ilmu yang bermanfaat kepada diri sendiri dan keluarga kita. Perkongsian di atas adalah dari Facebook dan saya siarkan semula dalam blog agar lebih ramai yang boleh baca dan kongsikan pula kepada orang lain.

Semoga kita semua dalam perlindungan Allah Azzawajalla.

sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah..

In Syaa Allah bermanfaat. sila like & share!

Sumber:
http://srimahligai.today/2020/01/08/hukum-dan-akibat-jika-tidur-kaki-menghadap-kiblat-yang-ramai-tidak-tahu/

Istimewanya Jenazah Orang Gila, Ringan Ibarat Daun Kering Biar Pun Gemuk Bila Diusung Ternyata Ini Sebabnya Buat Ramai TerkejutInilah Zikir Yang Melebihi 7 Lapisan Langit Dan Seluruh Isinya, Rugi Jika Tidak Di Amalkan Dan Silakan Kongsi Semoga Ada Manfaat Untuk Kita BersamaHukum Dan Akibat Jika Tidur Kaki Menghadap Kiblat Yang Ramai Tidak Tahu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/01/usah-tidur-kaki-mengarah-kiblat-9493.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walau Kaki Kudung Terkena Ledakan Bom Pemuda Syria Ini Tenang Kerana Al Quran Sentiasa Bersama

Walau Kaki Kudung Terkena Ledakan Bom Pemuda Syria Ini Tenang Kerana Al Quran Sentiasa Bersama

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 305 hits
Negara Islam Syria seperti yang diketahui ramai sedang mengalami pergolakan terburuk Perkara itu telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah Setiap hari tangisan kanak kanak kedengaran apabila kehilangan keluarga tercinta Tiada lagi...
Romantika Khas Buat Kaki Deko Rumah Dan Bunga Hiasan

Romantika Khas Buat Kaki Deko Rumah Dan Bunga Hiasan

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1241 hits
Jumaat lepas ana hantar Kak Long untuk ambil salah satu kertas final examnya di Shah Alam Ada dua jam lah juga kena tunggu dia habis paper Nasib baik datang dengan suami lepas hantar Kak Long ke fakulti kami ke Plaza Alam Sentral sebab suam...
Hajat Upin Dan Ipin Untuk Menjejakkan Kaki Di Oscar 2020 Tidak Kesampaian

Hajat Upin Dan Ipin Untuk Menjejakkan Kaki Di Oscar 2020 Tidak Kesampaian

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 315 hits
Terus berusaha jangan putus asa Pihak Anugerah Akademi telah pun mengumumkan barisan nama pelakon dan judul filem yang layak dipertandingkan di anugerah filem berprestij itu Bagi rakyat Malaysia pastinya semua tertumpu kepada syarikat produ...
6 Maut Lubang 10 Meter Telan Sebuah Bas Dan Pejalan Kaki

6 Maut Lubang 10 Meter Telan Sebuah Bas Dan Pejalan Kaki

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 238 hits
Seramai enam orang telah terbunuh dan 16 orang cedera selepas lubang jerlus besar menelan bas dan beberapa pejalan kaki di China tengah Kejadian itu berlaku pada petang Isnin di luar hospital di Xining ibu kota wilayah Qinghai Beberapa luba...
Lelaki Ini Nekad Masak Dan Makan Kaki Sendiri Yang Putus

Lelaki Ini Nekad Masak Dan Makan Kaki Sendiri Yang Putus

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 653 hits
Seorang lelaki sanggup memasak dan menjamah daging yang digoreng daripada bahagian kakinya yang terputus Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Reddit lelaki yang dikenali sebagai Shiny Shart itu berkata dia telah terlibat di dalam kemal...
Rasa Macam Daging Kerbau Tapi Liat Lelaki Nekad Minta Kaki Yang Putus Buat Lauk

Rasa Macam Daging Kerbau Tapi Liat Lelaki Nekad Minta Kaki Yang Putus Buat Lauk

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 397 hits
Jijik dan meloyakan Itu yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki sanggup memasak dan menjamah daging yang digoreng daripada bahagian kakinya yang terputus Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Reddit lelaki yang dikenali sebagai Sh...
Kenapa Nyamuk Aedes Suka Gigit Kaki Dan Buku Lali

Kenapa Nyamuk Aedes Suka Gigit Kaki Dan Buku Lali

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 895 hits
Nyamuk sangat mengganggu sama ada secara tidak rasmi ataupun melalui hitungan angka angka statistik Nyamu Aedes sangat pakar mencari dan menghisap darah manusia dan ini adalah masalah besar kerana gigitan kecil mereka boleh menyebabkan jang...
Walau Hilang Sebelah Kaki Terus Mengembara Ke Pelbagai Negara

Walau Hilang Sebelah Kaki Terus Mengembara Ke Pelbagai Negara

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 259 hits
Tongkat jejak benuaHILANG sebelah kaki akibat kemalangan sembilan tahun lalu bukan halangan buat Mahathir Alkhobiri 31 untuk mengembara ke pelbagai negara seluruh dunia walaupun perlu bertongkat untuk bergerak Malah bukan sekadar mengembara...
Viziblezone Aplikasi Konsep Android Auto Yang Boleh Mengesan Pejalan Kaki

Viziblezone Aplikasi Konsep Android Auto Yang Boleh Mengesan Pejalan Kaki

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 270 hits
Sistem inforia pada sesebuah kenderaan yang menjalankan Android Auto adalah antara sistem yang hebat Duka citanya di Malaysia tidak inforia ini tidak begitu popular berbanding dengan negara barat Android Auto ada banyak perkara menarik sepe...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik