Usah Suburkan Budaya Fitnah


Fitnah merupakan amalan keji lagi dibenci oleh semua manusia. Islam agama yang memandang berat terhadap budaya menabur fitnah dalam kalangan umatnya sehingga perbuatan fitnah dikira satu jenayah dalam undang-undang Islam serta diperuntukkan hukuman syariah ke atas pelaku fitnah ini.
Larangan ini jelas termaktub dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai satu bentuk ancaman daripada Allah SWT dan rasul-Nya tentang besarnya dosa menabur fitnah. Jika pembawa fitnah itu orang Islam, maka ketahuilah bahawa azab yang berat sedang menantinya sebaik sahaja jasad dan rohnya berpisah. Sementara akhirat pula dia akan dihumban dalam api neraka jika dia tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.  
Fitnah berasal daripada bahasa Arab manakala dalam bahasa Melayu disebut sebagai pengadu domba. Menurut Ibnu Hajar, fitnah biasanya berlaku apabila sesuatu maklumat yang diubah dan direka bagi tujuan memburuk-burukkan pihak lain (Fath al-Bari). Rasulullah SAW mengecam keras kepada pengadu domba seperti hadis daripada Huzaifah RA bahawa baginda bersabda yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba" - (Riwayat Muslim). Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa hukum fitnah adalah haram dan termasuk antara dosa yang besar kerana perbuatan ini boleh menyebabkan musibah yang besar dalam masyarakat.
Dunia yang semakin baharu hari ini menjadikan budaya menabur fitnah ini lebih cepat dan mudah berlaku lantaran medium komunikasi yang pelbagai khususnya media elektronik yang menjadikan dunia hari ini tanpa sempadan. Media sosial (medsos) merupakan penyebar info yang paling berkesan dalam masa yang sama mungkin boleh menjadi alat pengadu domba yang paling bahaya dan punca perbalahan dalam kalangan masyarakat. Pelayar medsos hari ini sewajarnya bijak menggunakan teknologi yang dikenali sebagai serampang dua mata ini supaya semua lapisan masyarakat pembaca mendapat faedah melalui apa jua bentuk perkongsian di laman sosial kita. Al-Quran menyuruh umat Islam agar sentiasa mengajak manusia ke arah kebaikan dan melaksanakan usaha amar makruf dan nahi mungkar - (Surah Ali 'Imran, Ayat 104). Marilah kita jadikan laman sosial kita sebagai medium penyampaian berita yang sahih, suara penyatuan umat dan agen dakwah ke arah penyempurnaan agama Muslim khasnya dan pembangunan insan manusiawi amnya.  
Jauhilah amalan dan budaya menabur fitnah, mengadu domba dan apa jua usaha yang boleh mewujudkan perpecahan masyarakat. Perbezaan pendapat dan ideologi antara kita bukanlah lesen untuk menghalalkan perbuatan memfitnah, bahkan Islam meletakkan syarat yang ketat apabila seorang Muslim ingin menuduh atau mendakwa seseorang yang lain seperti mengatakan si fulan itu penzina, pencuri, pemakan harta anak yatim, penyalah guna kuasa atau pelaku rasuah. Pendakwa tersebut wajib mendatangkan sumber yang jelas, saksi yang adil dan bukti yang kuat sebagai memenuhi syarat dia menuduh seseorang dengan sesuatu. Jika si pendakwa gagal membawa sumber, maka sebenarnya itulah budaya fitnah yang semakin membarah dan melarat di dalam hati manusia serta ia bakal mengundang musibah demi musibah yang boleh memusnahkan sesebuah tamadun kemanusiaan.   
Sebagai contoh, fitnah antara punca perselisihan para sahabat RA selepas kewafatan Rasulullah SAW sehingga membawa kepada pembunuhan Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman al-Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Akhirnya muncul fahaman dan aliran agama yang sesat lagi melampau seperti Syiah, Muktazilah, Jahmiyyah dan Murjiah yang kononnya
diasaskan untuk menyelamatkan pengikutnya daripada fitnah sedangkan hakikat sebenar kemunculan ajaran ini juga berpunca daripada fitnah. Fitnah dalam dunia hari ini pula muncul dengan wajah siber, elektronik dan teknologi apabila medsos menjadi medium penyebaran fitnah bagi tujuan menjatuhkan imej pihak tertentu, merendahkan kebolehan orang lain dan menghasut golongan tertentu agar permusuhan menjadi semakin tebal.  
Rasulullah SAW mengingatkan kita dengan laknat Allah SWT melalui sabdanya yang bermaksud: "Fitnah itu sedang tidur. Allah melaknat orang yang mengejutkannya" - (Riwayat al-Rafi'e). Segelintir manusia yang cuba sedaya upaya agar fitnah tersebar sebenarnya inilah orang yang bakal mendapat laknat Allah SWT akibat suka membangkitkan fitnah.
Mereka mengambil kesempatan dengan jawatan dan kuasa yang dimiliki untuk menzalimi pihak yang tidak sealiran dengan mazhabnya, ideologinya dan perjuangannya.
Akhirnya fitnah menjadi satu budaya yang tidak lagi menjadi kesalahan apatah lagi dosa besar di sisi agama akibat ketamakan satu pihak untuk mengambil hak daripada pihak yang lain. Sebagai sebuah negara yang berbilang agama, umat Islam sepatutnya menjadi qudwah hasanah (suri tauladan) kepada penganut agama lain dalam konteks kehidupan beragama berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Terjemahkan panduan syarak dalam bentuk kasih sayang, hormat menghormati dan saling berlapang dada dalam perkara yang berbeza. Hayatilah doa Nabi Yunus yang bermaksud: "Ya Allah! Janganlah Kau jadikan kami sebagai bahan fitnah bagi orang yang zalim. Selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu daripada golongan kafir." (Surah Yunus, Ayat 85-86).
MyMetro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/08/usah-suburkan-budaya-fitnah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Fitnah Muhyiddin Saman Anwar Isu Pelupusan Hutang Peneroka Felda

Ucapan Fitnah Muhyiddin Saman Anwar Isu Pelupusan Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa perdana menteri itu memfitnahnya membabitkan isu pelupusan hutang peneroka FELDA Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan...
Asyik Mengata Dan Fitnah Orang Kerja Tak Buat Sampai Pelabur Ancam Tarik Diri

Asyik Mengata Dan Fitnah Orang Kerja Tak Buat Sampai Pelabur Ancam Tarik Diri

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 130 hits
Pelabur Bandaraya Getah Kedah ancam tarik diriMOHD RAFIE AZIMIPADANG TERAP Kegagalan kerajaan negeri memberi jaminan tarikh kemasukan bekalan elektrik di Bandaraya Getah Kedah hampir menyebabkan salah satu daripada dua pelabur di situ menar...
Peguam Saifuddin Pertahan Kenyataan Nafi Fitnah Sanusi

Peguam Saifuddin Pertahan Kenyataan Nafi Fitnah Sanusi

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 186 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Peguam mewakili Saifuddin Nasution Ismail berkata anak guamnya mempertahankan kenyataan terhadap Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berkait dakwaan kecurian unsur nadir bumi dan salah guna dana persekutuan diperuntuk ...
Gvf23 Fahmi Nafi Arah Cipta Naratif Jahat Terhadap Pas Selar Sebaran Poster Fitnah

Gvf23 Fahmi Nafi Arah Cipta Naratif Jahat Terhadap Pas Selar Sebaran Poster Fitnah

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 165 hits
KUALA LUMPUR 24 Julai Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebarkan poster mengandungi fitnah kononnya beliau mengarahkan tentera siber penyokong kerajaan mencipta naratif jahat untuk menyalah...
Mmmm Peguam Tua Suka Sebar Fitnah

Mmmm Peguam Tua Suka Sebar Fitnah

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 116 hits
Peguam tua sebar fitnah sardin naik harga Penulisan dia ni aku perasan suka bawa kepada kebencian pada Kerajaan Perpaduan Nasib peguam muda Liyana Marzuki buktikan fitnah jahat ni
Poster Fitnah Menteri Kkd Dilapor Ke Polis Skmm

Poster Fitnah Menteri Kkd Dilapor Ke Polis Skmm

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 147 hits
Poster fitnah kononnya Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil mengarahkan tentera siber Kerajaan Perpaduan mencipta naratif menyalahkan Pas dalam isu kontroversi pembatalan konsert Good Vibes Festival tempoh hari dilapor ke Suruh...
Tular Dakwaan Menteri Berkempen Dalam Masjid Sekali Rupanya Ini Cerita Sebenar Yang Jadi Bahan Fitnah Politik

Tular Dakwaan Menteri Berkempen Dalam Masjid Sekali Rupanya Ini Cerita Sebenar Yang Jadi Bahan Fitnah Politik

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 286 hits
Tular dakwaan Menteri berkempen dalam Masjid sekali rupanya ini cerita sebenar yang jadi bahan fitnah politik Dia macam ini Ceritanya siang tadi YB Fahmi Fadzil datang singgah di Masjid Nurul Yaqin Sri Kundang untuk solat Zohor kerana ada p...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian