Usah Cetus Api Perselisihan Perpaduan Keharmonian Rakyat Tiang Seri Dan Kekuatan Negara





Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua pihak agar jangan sekali-kali mencetuskan api perselisihan dengan membangkitkan perkara yang boleh menggugat dan meruntuh keharmonian negara.

Seri Paduka menegaskan bahawa perpaduan dan keharmonian rakyat adalah tiang seri dan kekuatan negara.

“Bermain dengan api bukan hanya membakar diri sendiri, malahan turut membakar seluruh kampung halaman,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, di Istana Negara, di sini hari ini.



Menegaskan bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong amat penting dalam sistem kenegaraan Malaysia, yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen raja berperlembagaan, Sultan Abdullah bertitah institusi itu bukanlah sekadar simbol atau pun lambang semata-mata,

“Ia adalah asas perpaduan, penyatuan bangsa dan pencetus semangat patriotisme kebangsaan. Ia adalah merupakan satu roh yang jika diwarisi dan dihayati oleh setiap anak watan, boleh menerbitkan rasa cinta dan kesetiaan kepada negara,” titah Seri Paduka.

Menyedari hakikat itu, Seri Paduka berikrar akan berusaha dengan sedaya mungkin untuk mewujudkan perpaduan dan sikap toleransi di antara semua kaum, bangsa dan agama.

“Beta akan mengutamakan rakyat; menghormati yang tua dan memuliakan yang muda. Semua ini akan beta zahirkan dengan penuh rasa tawaduk. Sesungguhnya; ‘ular yang menyusur akar; tidak sekali-kali akan hilang bisa-nya’.” titah baginda yang menyambut baik usaha kerajaan mengukuhkan perpaduan melalui penubuhan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat.

Menyingkap tarikh keramat 10 Julai 1980 iaitu ketika Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh, Sultan Abdullah bertitah telah ditakdirkan Allah SWT bahawa baginda pula ditabalkan hari ini di atas singgahsana dan mahkota yang sama digunakan oleh Almarhum Paduka Ayahanda, 39 tahun lalu.

Sultan Abdullah turut mengenang jasa Almarhum Sultan Ahmad Shah yang disifatkan baginda sebagai tegas namun terbuka dalam melontar mutiara pandangan.

“Hubungan baginda dengan rakyat adalah begitu akrab yang jelas melambangkan jiwa baginda yang sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat,” titah Seri Paduka, yang turut meminta hadirin memanjatkan doa kepada Allah SWT agar roh Almarhum Paduka Ayahanda ditempatkan bersama para solihin.

Sultan Abdullah turut menarik perhatian bahawa pemerintahan baginda kali ini ‘seperti bagai berjanji’ kerana Tun Dr Mahathir Mohamad kini merupakan Perdana Menteri ketujuh yang juga perdana menteri keempat ketika pemerintahan Almarhum Sultan Ahmad Shah.

“Maka benarlah bagai dikata ‘negarawan ulung tidak lapuk di telan zaman dan tidak usang dimamah usia’,” titah baginda.

Justeru, Sultan Abdullah berharap kerjasama erat dan persefahaman yang pernah terjalin di antara Almarhum Sultan Ahmad Shah dengan perdana menteri dapat diteruskan semasa pemerintahan Seri Paduka demi kesejahteraan negara dan rakyat tercinta.

Sultan Abdullah turut menzahirkan keyakinan bahawa kerajaan Pakatan harapan pimpinan Dr Mahathir, yang berpengalaman luas lagi bestari, akan dapat mengharungi apa juga rintangan mendatang dan seterusnya membawa negara ke mercu kejayaan.

Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa baginda mengalu-alukan usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam menyusun semula rancangan pembangunan dan mengukuh fiskal negara, selain usaha meningkatkan tadbir urus dan integriti, memerangi rasuah serta mempertahankan keluhuran undang-undang.

“Beta ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan beta yang berpandangan jauh dalam merencana gagasan ekonomi baru yang dinamakan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Beta berharap usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan turut diberikan keutamaan. Kitaran warisan kemiskinan wajar ditangani segera; kerana ia bakal menjejas agenda pembentukan negara maju,” titah Seri Paduka.

Pada Istiadat Pertabalan yang dihadiri Raja-raja Melayu dan tetamu diraja luar negara, Sultan Abdullah menzahirkan ucapan menjunjung kasih di atas keberangkatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pada istiadat pertabalan itu yang disifatkan baginda sebagai manifestasi keakraban ikatan persaudaraan di antara Malaysia dan Brunei.

“Beta berasa amat berbesar hati dengan keberangkatan Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan. Sheikh Mohammed dan beta telah sekian lama menjalin persahabatan sejak kami berdua menjalani latihan di Sandhurst dan kemudian di Oxford. Beta berdua berkongsi kenangan indah bersama-sama sebagai sahabat serta saudara.

“Beta juga ingin mengambil peluang ini turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang datang dari seluruh dunia untuk menghadiri istiadat gilang-gemilang ini. Kehadiran semua tetamu ini tidak syak lagi menjadikan istiadat ini malah lebih istimewa lagi,” titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa terharu dan berbesar hati atas ikrar taat setia dan tanda kasih kepada baginda yang telah dilafazkan Perdana Menteri yang mewakili pihak kerajaan, anggota perkhidmatan awam, anggota keselamatan dan seluruh rakyat semasa istiadat pertabalan hari ini. – Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/07/usah-cetus-api-perselisihan-perpaduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Cetus Api Perselisihan Titah Agong

Jangan Cetus Api Perselisihan Titah Agong

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 177 hits
KUALA LUMPUR 30 Julai Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan semua pihak agar jangan sekali kali mencetuskan api perselisihan dengan membangkitkan perkara yang boleh menggugat dan meruntuh ke...
Rakyat Makin Matang Nilai Ancaman Pecah Belah Perpaduan Kata Pm

Rakyat Makin Matang Nilai Ancaman Pecah Belah Perpaduan Kata Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 246 hits
Rakyat makin matang nilai ancaman pecah belah perpaduan kata PM Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 Aug 2019 11
Senarai 10 Negara Paling Inovatif Di Dunia Malaysia Nombor Berapa

Senarai 10 Negara Paling Inovatif Di Dunia Malaysia Nombor Berapa

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 414 hits
Apa dia negara yang inovatif Kita tengok dulu apa makna inovatif Perkataan itu membawa maksud membawa perubahan Samada perubahan dari segi cara kerja teknologi atau sebagainya yang terkini dan asli Kalau anda rujuk dalam kamus dewan begini ...
Agong Keluarga Santai Nikmati Sajian Di Kafetaria Istana Negara

Agong Keluarga Santai Nikmati Sajian Di Kafetaria Istana Negara

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 649 hits
Sehari selepas pertabalan Yang di Pertuan Agong Ke 16 Instagram Istana Negara telah berkongsi gambar Agong dan keluarga baginda menikmati santapan tengah hari Paling menarik perhatian santapan tengah hari tersebut adalah di kafetaria Istana...
Elak Penonton Rakam Video Di Pawagam Ini Yang Dilakukan Negara China Halang Jenayah Itu Berlaku

Elak Penonton Rakam Video Di Pawagam Ini Yang Dilakukan Negara China Halang Jenayah Itu Berlaku

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 271 hits
Tahun ini menyaksikan lambakan pelbagai filem tidak kira sama ada dari dalam mahupun luar negara Kemeriahan industri perfileman dalam mengeluarkan cerita berkualiti tentunya menimbulkan keterujaan orang ramai untuk menonton sendiri di pawag...
Jangan Cuma Happy Berkunjung Ke Luar Negara Bawalah Balik Pelaburan Asing Najib

Jangan Cuma Happy Berkunjung Ke Luar Negara Bawalah Balik Pelaburan Asing Najib

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 414 hits
Selain galak menjual harta negara setiap minggu kerajaan Pakatan Harapan mestilah bekerja keras menggalakkan lagi banyak pelaburan swasta masuk desak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Jangan cuma happy berkunjung k...
Persidangan Dewan Negara Ditangguh

Persidangan Dewan Negara Ditangguh

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 215 hits
Persidangan Dewan Negara ditangguh nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 31 Jul 2019 10 42PM
Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Uk Real Estate Prices What S The Outlook For 2025

Parliamentary Services Council To Include 2 Opposition Reps

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Lawn Bowler Nor Farah Now World No 1

Malu Apa Bossku 2 0 Parti Yang Malukan Bangsa Melayu Malukan Orang Islam