Usah Bimbang Rezeki Allah Yang Beri Pesanan Buat Artis Dan Pemuzik Akbat Dari Lockdown Dan Covid19
"Kita memberi, Allah mencukupkan rezeki!"Seorang anak muda dari Indonesia dengan semangat bersolidariti, bersama-sama bersemangat utk mengumpul dana untuk kebajikan artis-artis Malaysia. Vicky Aditya bakal menghiburkan kita semua. Ayuh dermalah utk kebajikan artis kita terutama saudar Ali XPDC dengan menderma terus ke tabung beliau seperti tertera di poster.Ada beberapa perkara yang para artis atau seleberiti boleh lakukan disebabkan PKP yang sedang berjalan sekarang, yang berkemungkinan besar akan dilanjutkan ke fasa 3 selepas ini. Anda dan kami semua memang terjejas, malah satu dunia sekarang sedang menuju keruntuhan ekonomi yang dasyat, jauh lebih dasyat dari zaman gelap Eropah suatu waktu dulu.Namun kita harus #moveon dan tak boleh berhenti dari berfikir bagaimana kita dapat membuat sesuatu
1. Jadilah Social Media Influencer Para artis atau selebiriti mempunyai kelebihan iaitu pengaruh dan pengikut. Kelebihan ini bukan semua orang ada, hanya golongan artis dan orang-orang yang dikenali sahaja mempunyai dua ‘P’ ini. Mengikut pemerhatian yang saya buat, jumlah pengikut Tomok di laman Instagramnya ialah seramai 2.5 juta orang. Jelas ini memberi banyak kelebihan kepadanya. Saya percaya kebanyakan artis dan selebiriti yang berjaya juga mempunyai bilangan pengikut yang ramai
Anda boleh membuat perniagaan sendiri iaitu dengan cara keluarkan produk barangan sama ada dihasilkan sendiri ataupun dibungkus semula. Artis boleh jual produk seperti kerepek, biskut atau segala benda yang tengah ‘in’ pada waktu sekarang. Kalau fikir logik, tidak mungkin daripada jumlah pengikut yang ramai itu tidak ada yang berminat untuk membeli
Jika tidak berniaga sendiri pun, mereka boleh menjadi ejen atau reseller kepada perniagaan orang lain. Perkara ini umpama serampang dua mata di mana dapat menjana pendapatan peribadi di samping dapat membantu para peniaga terlibat menaikkan hasil jualan. Atau dengan ikhlasnya menjadi duta atau jurucakap kepada penganjur2 dana tabungan khususnya yang ditubuhkan untuk membantu sesiapa yang menjadi susah ketika #lockdown akibat #covid-19
Sebagai cadangan, setiap jualan itu mereka boleh ambil 10 peratus sebagai komisen. Contohnya satu peniaga mendapat hasil jualan sebanyak RM10,000 dan mereka boleh raih RM1,000 daripada hasil jualan itu dengan hanya menjadi reseller sahaja
Bukan mahu kejar kekayaan pada waktu begini, cukuplah sekadar mampu untuk menyara kehidupan. Apa yang penting, jika anda mempunyai kelebihan, gunakanlah kelebihan itu untuk membantu yang lain, contohnya mengusahakan dana tabungan. Inilah yang diusahakan oleh Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia atau IRAMA. 2. Jual Merchandise dari nama anda atau bandJika terasa hidup terlalu tersepit semasa tempoh PKP dijalankan, apalah salahnya kalau jual barang bernilai kita. Buat macam garaj sales secara online! atau Yard Sale online? Boleh jual kasut, jam tangan, helmet mahal, motosikal, barangan koleksi, baju dan lain-lain. Barangan mereka itu boleh ditawarkan untuk dijual kepada jutaan pengikut di laman sosial. Daripada berjuta pengikut itu, pasti ada yang berminat. Maklumlah artis atau selebiriti, sudah pasti ada peminat fanatik
Hasil daripada jualan tersebut mungkin dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan mereka pada ketika sumber pendapatan terjejas kesan ‘tiada job’ di waktu PKP ini. Dan mungkin juga boleh membantu rakan2 lain yang juga terjejas tapi bukan artis atau selebiriti macam anda. Bukankah sedekah itu cara mudah untuk menjemput rezeki? Ini saya petik dari audiobook "Mudahnya Menjemput Rezeki" tulisan dan bacaan Haji Fathuri Salehuddin
3. Perbanyakkan penghasilan digital content
Dalam tempoh PKP ini pastinya jumlah masa kebanyakan orang di internet berkali ganda lebih tinggi daripada kebiasaan. Jadi, peluang begini patut direbut oleh golongan artis untuk menggunakan masa yang ada akibat ‘tiada job’ untuk menghasilkan content seperti video dan sebagainya untuk dimuat naik di pelantar digital. Perkara ini boleh mendatangkan pendapatan
Sebagai contoh, mereka boleh menghasilkan satu content YouTube sehari. Dalam 28 hari ada 28 content jika terus konsisten. Jika setiap content mampu raih 100 ribu tontonan, dalam 28 hari dapat 2.8 juta tontonan. Di YouTube, ia mampu raih pendapatan sekitar RM3,000-RM6,000. Selepas sebulan hingga 3 bulan, boleh cash out dan dapat hasil daripada penghasilan content itu.
Jika anda masih baru dan belum layak jadi Youtube Partner seperti yang disyaratkan, usah kalut atau terus jadi buntu. Jadilah konten partner Loonaq Records dan anggaplah kolaborasi ini sebagai jambatan anda memulakan perdagangan konten. Sign up free di sini.4. Membuat online showcase menerusi lnstagram live atau FB WatchSatu lagi inisiatif yang boleh golongan artis lakukan ialah menganjurkan online showcase secara langsung di laman sosial seperti Instagram dan sebagainya
Bayaran minimum yang dikenakan, RM10 sebagai contoh, pastinya dapat memberikan pulangan hasil yang setimpal dengan inisiatif dan usaha yang dilakukan, selain dapat lebih merapatkan hubungan dengan para peminat. Usaha perlu diteruskan walaupun kita kena #lockdown akibat #covid-19
Amir Jahari
✔@AmirJahari
First ever Online Showcase!!
•
Kalau nak tiket, RM 10 satu dan lepas beli tiket baru diinvite ke Instagram Private untuk live show
•
Kalau nak tiket boleh roger Kartini - 016-8789437
•
2 jam persembahan dan bakal nyanyi 3 lagi baru yang tak release mana-mana lagi
298:37 PM - Mar 24, 2020Twitter Ads info and privacy
51 people are talking about this
Dalam diam2, Inisiatif ini sudah pun digerakkan oleh Amir Jahari. Amir Jahari proaktif bertindak lantas menganjurkan online showcase beliau sendiri di laman Instagram dengan bayaran minima RM10
Sebagai contoh, jika Amir Jahari berjaya menjual 500 keping tiket, beliau akan berjaya meraih RM5,000
Tidakkah ia satu inisiatif yang bijak daripada seorang artis
Kerajaan sudah menyatakan bahawa akan usahakan yang terbaik untuk rakyat. Jadi golongan artis tidak perlulah meminta bantuan khusus daripada kerajaan. Mereka perlu berada sebaris dengan rakyat lain dan menerima apa sahaja pakej serta bantuan kerajaan kepada rakyat
Namun dalam isu ini, saya bersetuju jika artis veteran termasuk dalam kelompok yang perlu dibantu. Kekangan kudrat dan kekurangan perhatian pada pasca populariti mungkin menyukarkan mereka dalam waktu sebegini untuk mencari sumber pendapatan. Saya yakin kerajaan atau institusi tertentu tidak akan terlepas pandang dan tampil membantu kelompok ini bagi meringankan beban
Apa-apa pun, golongan artis muda dan berpengaruh perlu sedar bahawa lebih ramai lagi yang lebih layak mendapatkan bantuan khusus berbanding mereka. Berusahalah. Bagi saya, kita boleh memilih sama ada berharap untuk dibantu ataupun mencari jalan menggunakan dua aset besar yang ada pada manusia iaitu akal dan masa. Pilihan terletak pada diri masing-masing.
Sumber: Disalin, diedit dan ditambah dari hebahan whatsapp group IRAMA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://loonaq.blogspot.com/2020/04/lockdown-covid19-usah-bimbang-rezeki-allah-yang-beri.html