Urutan Alternatif Meredakan Selesema Hingus Meleleh Hidung Tersumbat Anak


Anak bila semakin lasak demam, batuk dan selesema mesti bergilir-gilir. Disebabkan hal ini, ada sesetengah anak akan merengek tak selesa.
Selain makan ubat untuk meredakan selesema anak, ada lagi alternatif lain yang boleh dilakukan seperti menyedut hingus dan urutan refleksologi.
Perkongsian dari Puan Yatie Eimra mengenai urutan meredakan selesema, hingus meleleh atau hidung tersumbat mungkin boleh dipraktikkan.
Urut setiap point 3-5 minit Kali ni saya nak share cara urutan refleksologi untuk meredakan selesema, masalah hingus meleleh & hidung tersumbat lak. Saya bukan profesional ye, saya hanya tunjukkan point yang saya selalu gunakan & setakat ni alhamdulillah memang berkesan pada saya sekeluarga.
Saya nak terangkan sikit supaya jelas, urutan refleksologi/acupressure ni bukannya macam ubat, urut sekali jer boleh terus sembuh. Keberkesanan urutan refleksologi ni dapat dilihat kalau urut secara konsisten (walaupun bagi sesetengah kes, kesan urutan refleksologi dah nampak lepas pertama kali urut).
Picit setiap point kemudian urut sepanjang meridian paru-paru (A, B, C) menghala ke bawah Urutan refleksologi berfungsi lancarkan peredaran darah, buang toksin, mengekalkan keseimbangan sistem badan & merangsang mekanisma pemulihan tubuh badan secara semulajadi. Tubuh perlukan rangsangan secara konsisten & perlukan masa gak untuk bertindakbalas.
Mungkin ada yang tak baca posting saya sebelum ni tentang urutan melegakan batuk. Jadi saya tuliskan sekali lagi tip mengurut terutamanya untuk urut anak kecil
Rangsang refleks point D untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan Tip Mengurut
Kalau boleh, mak² cari setiap point yang saya tunjukkan ni pada diri sendiri dahulu supaya lebih mudah faham. Bila dah tahu kedudukan setiap point, lebih mudah nak urut/picit anak nanti.
Sebelum urut, sebaik²nya sapukan minyak pada kawasan nak diurut untuk memudahkan proses urutan. Biasanya saya sapukan minyak bawang putih atau boleh juga gunakan vicks (boleh gunakan vicks baby balsam jika anak bawah 2 tahun).

Jika anak baring, kedudukan kepala perlu ditinggikan sikit supaya saluran pernafasan tak terganggu/tersekat.
Bayi setahun ke bawah, memadailah urut pada tapak kaki & tapak tangan je.
Jika urut anak kecil/warga emas, JANGAN TEKAN/PICIT DENGAN TERLALU KUAT. Urut point gunakan hujung jari dimulai dengan perlahan & tambahkan sikit tekanan (sederhana kuat).
Urut membulat selama 2-3 minit, kemudian tekan/picit je (tekan kuat sikit) dalam 3-5 saat lagi untuk rangsang refleks dalam tubuh badan.
Perlu urut kedua² belah tapak tangan/kaki untuk organ yang mempunyai dua bahagian (contohnya paru² kanan & kiri)
 
Buat urutan dengan kerap sekurang²nya 2-3x sehari untuk dapatkan kesan terbaik.
Sebaik²nya lepas urut galakkan anak minum air untuk singkirkan toksin yang terhasil dalam badan
Point Untuk Redakan Selesema
Kalau anak dijangkiti selesema (terutamanya jika selesema berpanjangan), selalunya saya picit refleks point pada tapak tangan je. Tapi kalau selesema disertai hingus meleleh atau hidung tersumbat, saya memang wajib urut point² pada muka.

Point di Tapak Tangan
 Picit refleks point “pituitari” pada ibu jari untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.
*point ni wajib picit kalau anak nampak lemah/selesema teruk sangat
 Picit refleks point “sinus” pada setiap jari
 Urut secara membulat pada refleks point “paru-paru” bagi melegakan kesukaran bernafas akibat selesema
 Picit “meridian paru-paru” sepanjang ibu jari hingga pergelangan tangan. Boleh juga diurut secara memanjang ke bawah
 Urut point D untuk meredakan selesema & tingkatkan sistem imun. Kedudukan point D – selepas bonggolan tulang pada pergelangan tangan & sedikit ke dalam.

Point Untuk Hentikan Hingus Meleleh
Baru 2 minggu Fydh sembuh dari demam selesema, Khamis lepas dia dijangkiti selesema lagi. Masuk je pasaraya, Fydh tiba² terbersin & hingus mula meleleh². Dah habis 2 paket tisu baru teringat nak buat urutan pada point kat muka. Tak lama lepas urut, hingus dah kurang mengalir. Lepas 2-3x urut (selang 10-15 minit) hingus dah berhenti mengalir walaupun Fydh masih selesema lagi. Untuk hentikan hingus meleleh, biasanya saya urut 2 point ni je
 Point A
• Hujung mata (sebelah dalam) berdekatan pangkal hidung.
• Melegakan selesema & juga sakit kepala akibat selesema
 Point B
• Tulang pipi pada sisi hidung (alae)

Point Untuk Redakan Hidung Tersumbat
Bulan lepas, saya kena serangan resdung yang teruk akibat alahan makanan. Mata jadi gatal, bersin nonstop & hidung lak jadi tersumbat sebelah. Kebetulan anak pun tak sihat masa tu, jadinya saya terlupa nak buat urutan untuk diri sendiri nak² asyik busy jer. Alhamdulillah kelmarin saya sempat buat urutan ni, hidung yang dah tersumbat lebih sebulan pun dah clear.. Tapi sebabkan lama sangat hidung tersumbat sebelum ni, lepas clear tu akan jadi sakit kepala beberapa jam. (sebab tu jangan biarkan hidung tersumbat lama²)
Fydh ni, bila hingus dah berhenti meleleh, dia jadi hidung tersumbat lak. Untuk tau hidung anak tersumbat atau tak, boleh gunakan teknik gunakan sudu besi (tengok post saya yang lama). Kalau sikit je wap keluar dari lubang hidung, mungkin saluran pernafasan separa jer tersumbat, tapi kalau langsung takde wap bermakna saluran pernafasan tersumbat sepenuhnya & bahaya untuk anak kecil.
Urutan ni bukan setakat elok untuk hidung tersumbat tapi elok juga untuk clearkan rongga sinus/masalah resdung. Jika buat urutan ni pada anak, PASTIKAN ANAK MINUM AIR SECUKUPNYA SEMASA & SELEPAS BUAT URUTAN sebab masa urut tu, selalunya akan rasa mukus turun dalam saluran tekak & boleh menyebabkan gatal² tekak. Kalau mukus terlalu pekat, boleh juga menyebabkan rasa tak selesa & rasa nak muntah akibat lendiran melekat pada kerongkong (terutamanya anak kecil).
Point A
• Pada bahagian lengkungan mata, diantara tulang soket mata & tulang kening.
• Urut bahagian ni menghala ke luar & lurutkan sepanjang kening untuk clearkan sumbatan pada frontal sinus (salah satu punca hidung tersumbat)
Point B
• Tulang pipi pada pada sisi hidung (alae)
Point C
• Tulang pipi, selari dengan kedudukan anak mata.
• Urut bahagian ni untuk clearkan mukus pada bahagian maxillary sinus. (sumbatan pada rongga ini juga boleh menyebabkan hidung tersumbat)

Extra : Urutan Limfatik Pada Bahagian Muka
Boleh buat urutan limfatik ni untuk clearkan mukus pada rongga² sinus. Kalau anak ada masalah resdung tu, memang elok sangatlah buat urutan ni. Yang takde masalah resdung pun, saya galakkan gak buat urutan ni untuk lancarkan sistem limfatik pada bahagian muka.
Perlu diingatkan ye, urutan refleksologi/acupressure ni BUKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT tapi sekadar kaedah alternatif untuk MENGURANGKAN SIMPTOM. Pastikan dapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.
Sumber: Yatie Eimra
The post Urutan Alternatif Meredakan Selesema, Hingus Meleleh & Hidung Tersumbat Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/urutan-alternatif-meredakan-selesema-hingus-meleleh-hidung-tersumbat-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sesekali Halang Anak Korek Dan Makan Tahi Hidung Doktor Pakar

Jangan Sesekali Halang Anak Korek Dan Makan Tahi Hidung Doktor Pakar

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 555 hits
Mengorek hidung dan memakan sisanya adalah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan dakwa seorang doktor terkenal di Austria Pakar paru paru yang beribu pejabat di Innsbruck Prof Dr Friedrich Bischinger berkata golongan yang me...
Heroik Penyelamatan Ibu Dan 2 Anak Saat Mobil Akan Tenggelam Ke Sungai

Heroik Penyelamatan Ibu Dan 2 Anak Saat Mobil Akan Tenggelam Ke Sungai

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 275 hits
Peristiwa itu ketika mobil melaju tiba tiba datang sepeda motor dengan kecepatan tinggi dari arah berlawanan Takut terjadi tabrakan pengendara mobil banting setir Diduga panik wanita itu justru menginjak pedal gas sehingga hilang kendali da...
Bantu Anak Tukang Becak Yang Bapaknya Dibui Agar Tetap Sekolah

Bantu Anak Tukang Becak Yang Bapaknya Dibui Agar Tetap Sekolah

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 248 hits
Kecelakaan terjadi akibat terdakwa berusaha menghindari sebuah mobil yang melaju dan melarikan diri sementara becak yang dikayuhnya terbalik menyebabkan terdakwa bersama korban terluka dan kemudian meninggal dunia setelah menjalani perawata...
Jangan Hanya Lihat Siapa Suami Isteri Anak Anak Tapi Lihat Siapa Yang Beri Kita Amanah Ini

Jangan Hanya Lihat Siapa Suami Isteri Anak Anak Tapi Lihat Siapa Yang Beri Kita Amanah Ini

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 559 hits
Jangan hanya lihat siapa suami isteri anak anak tapi lihat siapa yang beri kita amanah ini Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selaman...
Bimbang Keselamatan Anak Anak Makin Ramai Ibubapa Mahu Suntikan Vaksin Diwajibkan

Bimbang Keselamatan Anak Anak Makin Ramai Ibubapa Mahu Suntikan Vaksin Diwajibkan

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 358 hits
JOHOR BAHRU Seruan mewajibkan pengambilan vaksin imunisasi bagi membendung penularan penyakit berjangkit semakin kuat kedengaran ekoran beberapa lagi kes difteria direkodkan di negeri ini Menerusi tinjauan Bernama rata rata ibu bapa menyata...
Adik Keluar Abang Masuk Anak Sulung Rita Rudaini Pula Dimasukkan Ke Hospital

Adik Keluar Abang Masuk Anak Sulung Rita Rudaini Pula Dimasukkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 440 hits
Selepas anak kedua pelakon cantik Rita Rudaini dilaporkan dimasukkan ke hospital beberapa hari lepas kini anak sulungnya pula dimasukkan ke dalam wad sejurus adiknya dibenarkan pulang ke rumah Sebelum ini anak kedua Rita Airit Rafqa Arjuna ...
Ya Allah Sebijik Muka Bapak Ramai Geram Dengan Kecomelan Anak Betty Rahmad

Ya Allah Sebijik Muka Bapak Ramai Geram Dengan Kecomelan Anak Betty Rahmad

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 298 hits
unable to retrieve full text content Selesai berpantang selepas melahirkan putera sulung pada 19 Januari lalu pelakon Betty Rahmad akhirnya berkongsi wajah anaknya bersama peminat dan pengikut di laman sosial Instagram Diberi nama sebagai A...
Maya Septha Curhat Drama Menyusui Anak Ketiga Di Ig Ini 6 Hal Yang Bisa Kamu Pelajari Darinya

Maya Septha Curhat Drama Menyusui Anak Ketiga Di Ig Ini 6 Hal Yang Bisa Kamu Pelajari Darinya

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 273 hits
Sempat curhat seputar puting lecet berdarah saat menyusui anak ketiga ini tips dari Maya Septha seputar menyusui dengan flat nipple yang bisa kamu terapkan saat jadi busui kelak Semangat Buibuk
8 Seleb Ini Punya Anak Kembar Yang Lucunya Nggak Nahan Pengen Punya Juga Deh

8 Seleb Ini Punya Anak Kembar Yang Lucunya Nggak Nahan Pengen Punya Juga Deh

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 261 hits
Mereka ini jarang diketahui kalau punya anak kembar Cek deh siapa tahu kamu kurang update juga
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir

Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup