Urut Dada Di Eq Cafe Taman Teratai


 Assalamualaikum WBT
KALAU tengok dalam takwim kalendar tahun 2023, cuti sekolah penggal akhir bagi tahun 2022 bermula dari 17 Februari 2023 sehingga 11 Mac 2023 (negeri cuti Jumaat). Tengok kelmarin ramai yang kongsi gambar di medsos, cuti sekolah dilanjutkan seminggu lagi sehingga 17 Mac 2023. Sekolah di negeri Johor dan negeri-negeri yang bercuti pada hari Jumaat, akan memulakan sesi persekolahan tahun 2023 pada  19 Mac 2023. Bulan Januari lepas, lima kali Sk hadir lewat. 15 hari pertama bulan Februari je, lima kali dah punch card Sk merah. Syukurlah jika cuti sekolah masih panjang, semoga tiada lagi dakwat merah tercetak di punch card SK, hahaha. Oh, ni bulan terakhir la guna punch card, mulai bulan hadapan dah guna sistem thumb print. 

Berkali jugak fikir nak masukkan entry ni. Hurmmm.. kenapa agaknya sampai urut-urut dada tu ya... Ceritanya, kami ke EQ Cafe yang baru dibuka di Taman Teratai. Biasalah, kalau ada cafe baru, Pak Inche la antara yang mula-mula tahu. Sk jarang-jarang lalu Taman Teratai ni, kadang lalu pun tengah memandu, kan.. tak toleh kiri-kanan, tahu-tahu rupanya ada kafe baharu yang dibuka berhampiran stesen minyak Caltex, alaaa.. bangunan yang ada gym tu.

Di atas setiap meja telah diletakkan menu dan kertas pesanan serta pensil. Boleh tandakan menu yang kita nak makan dan minum dalam kertas pesanan tu kemudian panggil staf yang sentiasa sedia membantu dan menyemak pesanan pelanggan.

Sk tertarik tengok penggunaan meja dan bangku serta susunan dalam kedai. Ringkas dan comel tapi sayangnya, bila dah duduk rasa tak selesa kerana bangku agak tinggi dan kaki tergantung tiada tempat berpaut, hahaha.. Dia ada jugak letak bangku panjang macam kantin tu yang agak rendah sedikit tapi kebetulan kami duduk di meja yang keempat-empatnya menggunakan bangku biasa. Masa kami sampai, baru satu meja diduduki pelanggan dan nampak macam dah habis makan iaitu sis yang tudung hitam dan abang bertopi. Kemudian, ada satu keluarga datang terdiri dari ibu empat beranak dan keluarga kakak tudung kuning tu. Ibu empat beranak tu, duduk di sebelah kiri Sk. Tak lama kemudian, Sk nampak, anaknya yang paling kecil, mungkin sekolah rendah, pergi ke dapur dan balik semula ke meja. Lepas tu, staf dari dapur keluar bawa jambangan coklat dan kek sambil nyanyi lagu Happy Birthday. 

Sup Ayam pilihan Pak Inche. Selain ayam, terdapat juga cendawan tiram. Pak Inche macam selalu, la.. tak sabar-sabar nak makan, tak dan ya Sk nak ambil gambar mangkuk sup masa tengah penuh tu


Meh kita ngecek sikit sup dia. Ada kelainan la rasa sup dia.. cuma.. Sk cukup menyampah ya kalau satu-satu tempat tu promot sungguh-sungguh ada menu sekian-sekian, tapi bila kita nak, tak ada. Cafe  ni katanya yang special ada gear box, tapi masa kami datang tu ada sup ayam aje. Urut dada sekali


Sk pesan telur mata nak makan dengan Mee Goreng, tapi dapat telur goreng. Dalam menu tulis telur mata, tahu tak telur mata tu macam mana? Dah dua kali ni urut dada


Malam-malam nak makan ABC.. Pak Inche la tu. Sk minum ais kosong aje, ais kosong di sini percuma, segelas besar dia bagi. Lepas tu, kan.. Sk nampak staf yang ambil kertas pesanan kami tadi, keluar dari dapur sambil tatang dulang berisi mee dan kuey teow goreng serta.. apa tu.. kuning-kuning, dari jauh nampak macam pelam. Sk bersorak kecil, yey, dah siap.. tetiba, kan.. dia pergi meja sebelah kiri Sk dan letak mee goreng tu. Terus Sk kecewa. Tapi pelik, sebab Sk yang sampai dulu, hurmmm.. agaknya dorang dah pesan makanan awal sebab nak sambut hari jadi, kan. Kemudian, masa dia nak letak kuey teow tu, adik tu angkat tangan, macam kata.. tak, bukan kami punya (kuey teow). Masa ni, Sk dah agak dah, dia salah hantar, mee tu, meja kami punya. Urut dada lagi.. tiga kali dah ni


Kemudian dia masuk dapur semula dan keluar semula bawa dulang tadi. Kuey teow tu dia letak atas meja kakak tudung kuning. Anak kakak tu terus makan.. ahhhh.. selamat dah kuey teow aku! Agaknya, kebetulan pulak dua-dua meja tu pesan makanan yang sama dengan kami pesan. Kemudian staf tadi keluarkan benda yang kuning-kuning tadi dari dulang dan mencari-cari, kemudian Sk malas nak tengok apa jadi. Tetiba dia dah sampai dan letak pinggan berisi fries tu atas meja. Laa.. yang kuning-kuning tu kentang goreng. Sk lupa ada pesan fries. Betullah tu, mee goreng, kuey teow goreng dan fries dalam satu dulang tu, meja kami punya. Tak percaya, boleh scroll ke atas tengok gambar kertas pesanan tu ya


Sepanjang kejadian tersalah hantar meja tu, hanya Sk saja yang perasan, Pak Inche memang tak sedar langsung ya sebab dia tengah syok makan Sup Ayam berselang-seli dengan ABC sambil scroll handphone. SK diam jer sambil urut dada. Tengah urut dada, datang adik dari meja sebelah beri tiga potong kek Red Velvet Mamasab. Eh, sedaplah pulak kek RV MS ni. Terima kasih, adik


Nampak... fries dan sup dah wassalam, kuey teow dan mee goreng tak sampai-sampai. Ish.. dah berapa kali Sk urut dada ni


Seminit kemudian baru sampai Kuey Teow Gorengnya. Staf tadi minta maaf sebab lambat. Sk pelik jugak kenapa dia tak bawa Mee Goreng sekali sedangkan masa tersalah hantar tadi, boleh pulak dia bawa mee, kuey teow dan kentang serentak dalam satu dulang. Tapi, hurmmm... malas nak tanya. Dah macam merajuk la gitu. Pak Inche pun makan la kuey teow tu, dah suku habis, dia baru perasan yang mee goreng Sk tak dapat. Pak Inche pun panggil staf tadi, tanya, mana mee goreng. Staf tu pun, oh, ada order mee goreng ya, sekejap ya.. kemudian dia masuk dapur. Tak lama tu, dia keluar dan pergi meja kami, minta maaf ya, kami lambat, kami buatkan mee goreng tu sekarang. TAK PAYAH!
Haa.. berkat urut dada tadi sambil istighfar kan, Sk cakap, takpe, tak payah buat, saya cancel. Cancel aje buat mee goreng tu, tak pe.. tak pe... Berkali-kali la staf tu minta maaf. Pak Inche pulak suruh makan jer kuey teow dia. Dah habis makan semua, Pak Inche pergi bayar.. dah habis bayar, nampak Pak Inche jinjit beg plastik. Sk tanya, apa tu? Dalam hati sebenarnya macam tau apa.. Pak Inche kata, nanti dia cakap


Pak Inche kata, staf tadi, lepas selesai Pak Inche bayar dan pulangkan baki, dia bagi bungkusan ni, sambil cakap, ni mee goreng yang tak dapat tadi, kami belanja, tak payah bayar, sebab kami yang salah. Terusssssssss Sk cerita la kejadian yang tak disedari Pak Inche tadi, hahahah. Haaa... nasib la Pak Inche tak sedar, kalau tak, lagi drama ya... nasiblah Sk banyak urut dada sambil istighfar jer tadi, kalau tak, mahu jugak keluar taring agaknya, hahaha. Semoga mereka dapat membaiki perkhidmatan di cafe tu, semoga terus maju jaya

Mee Goreng dan Kuey Teow Goreng tu sedap, cuma lain kali janganlah letak potongan bawang bombay ke bawang holland tu.. jadi pedih mata pulak kami nak makannya, huhu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/urut-dada-di-eq-cafe-taman-teratai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Masakan Ala Thai Di Restoran Hamiza Seafood Cafe Taman Seri Serdang Kepala Batas Pulau Pinang

Makan Masakan Ala Thai Di Restoran Hamiza Seafood Cafe Taman Seri Serdang Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 384 hits
restoran Hamiza Seafood Caferestoran Hamiza Seafood CafeRestoran Hamiza Seafood Cafe ni terletak di Jalan Serdang 1 Taman Seri Serdang Kepala Batas Pulau Pinang Dekat sini korang boleh layan masakan ala thai la Cuma aku pelik sikit sebab na...
Saman Jika Letak Lori Kenderaan Berat Dalam Kawasan Taman Perumahan

Saman Jika Letak Lori Kenderaan Berat Dalam Kawasan Taman Perumahan

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 187 hits
KUANTAN Bermula bulan depan semua pemilik atau pemandu kenderaan berat di Pahang tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di kawasan taman perumahan
Meronda Kat Taman Krubong 1

Meronda Kat Taman Krubong 1

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 151 hits
Assalammualaikum Dunia Haaaa semalam pi meronda kat Krubong Pas tue rounding kawasan sekitar Taman Krubong 1 nie taman baru lar semua nya baru dan memang sesuai bagi sesiapa yang Mencarik kawasan perumahan yang baru serta new invironment Ha...
Pm Luang Masa Bertemu Rakyat Sebelum Solat Jumaat Di Masjid Taman Putra

Pm Luang Masa Bertemu Rakyat Sebelum Solat Jumaat Di Masjid Taman Putra

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 180 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini singgah di Medan Selera Taman Putra Perdana bagi menikmati juadah tengah hari nasi ayam Hainan sebelum bersolat Jumaat Usai menjamu selera bersama Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari Anwar bergerak ...
Wanita Biar Anjingnya Main Gelongsor Di Taman Permainan Kawasan Perumahan Dikecam

Wanita Biar Anjingnya Main Gelongsor Di Taman Permainan Kawasan Perumahan Dikecam

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 301 hits
Wanita biar anjingnya main gelongsor di taman permainan kawasan perumahan dikecam Tular sebuah video memaparkan seorang wanita membawa anjing peliharaannya ke sebuah taman permainan sehingga mengundang pelbagai reaksi dan kecaman di media s...
Misteri Pembinaan Taman Coral Castle Yang Menakjubkan

Misteri Pembinaan Taman Coral Castle Yang Menakjubkan

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 131 hits
Tidaklah begitu menghairankan jika kita mendengar lelaki membina sebuah rumah berseorangan Tetapi bagaimana pula dengan cerita Ed Leedskalnin ini Dia memilih untuk menggunakan bongkah batu yang bersaiz besar dan ada diantaranya seberat 30 t...
Viral Singa Tabrak Mobil Di Taman Safari Prigen Reaksi Kocak Pengendara Jadi Sorotan

Viral Singa Tabrak Mobil Di Taman Safari Prigen Reaksi Kocak Pengendara Jadi Sorotan

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 128 hits
Singa menabrak mobil pengunjung Taman Safari Prigen ini merupakan kejadian tak terduga ya asal pengunjung tetap mematuhi aturan semua tetap aman kok
Baden Baden Bundle Taman Melawati

Baden Baden Bundle Taman Melawati

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 325 hits
Peminat bundle barang barang terpakai mesti kenal dengan jenama Baden Baden Bundle Dalam artikel kali ni Diah nak kongsikan pengalaman Diah ke cawangan Baden Baden Bundle yang terletak di Taman Melawati Seperti sedia maklum Baden Baden Bund...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash