Urban Nomads Hasilkan Fenomena 3sixty Vr Cardboard
URBAN NOMADS: HASILKAN FENOMENA 3SIXTY VR CARDBOARD
MURAH, LEBIH EKONOMIK, MUDAH DILIPAT DAN SENANG DIBAWA KE MANA SAHAJA
BOLEH DIREKA BENTUK MENGIKUT CITARASA PENGGUNA
Siapa pernah tengok Filem Ready Player One 2018 yang diarahkan oleh Steven Spielberg yang diadaptasi dari Novel Ernest Cline tentang permainan Virtual Reality (VR) yang dikenali sebagai OASIS. Selalu AlongMurni (AM) tengok dalam TV dokumentari perihal VR ini. Yelah, VR merupakan teknologi terkini yang mampu memberikan gambaran sebenar sesuatu tempat, kawasan, produk dari sudut pandangan 360’. Jadi AM merasa teruja bila AM dijemput untuk mengenali teknologi terkini VR ini secara dekat.
AM dan blogger lain diberi penerangan ringkas perihal VR CardboardTeknologi terkini VR yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat yang dinamakan URBAN NOMADS sejak tahun 2016 menghasilkan 3SIXTY VR Cardboard yang lebih ekonomik, mudah dan senang dibawa ke mana-mana. Tambah unik lagi bila URBAN NOMADS menawarkan perkhidmatan ‘custom design’ bagi setiap pelanggan .
Sejak penubuhan URBAN NOMADS, banyak syarikat besar dan ternama menggunakan servis perkhidmatan yang ditawarkan dengan meletakkan jenama tersendiri pada VR Cardboard. Antaranya adalah MAYBANK, KIDZania, MAXIS, Lemabaga Pelancongan Singapura, Monash University Australia dan banyak lagi syarikat seperti GOOGLE.
Segalanya mudah di URBAN NOMADS . Hanya membuat pesanan VR Cardboard yang diingini dan pihak URBAN NOMADS akan membimbing dari segi reka bentuk design dan meletakkan logo syarikat atau brand tersendiri pada VR Cardboard. Penghasilkan dan proses penghantaran produk yang terhasil mengambil masa lebih kurang 10 hari.
AM bersama dengan Mr Juan (Pengasas URBAN NOMADS)
3SIXTY VR Cardboard dibina menggunakan Cardboard E-flute yang berkualiti. Jadi Cardboard jenis ini lebih nipis dan tahan lama. Jadi ianya senang dilipat dan dibawa ke mana-mana. Ianya juga memudahkan proses mencetak pelbagai reka bentuk pada kadbod dengan menggunakan pelbagai teknik percetakan tanpa merosakkan ketahanan VR Cardboard. Memang terbaik dan menjadi pilihan.
Kepada yang berminat untuk membuat pesanan dan info lanjut perihal produk VR keluaran URBAN NOMADS ini boleh layari Facebook https://www.facebook.com/3sixtyVR/ atau Laman Web http://360vrcardboard.com/
KATA ALONG MURNI
PERTAMA KALI AM MENGENALI KONSEP DAN PENGGUNAAN VIRTUAL REALITY CARDBOARD KELUARAN URBAN NOMAD BUATKAN AM RASA TERUJA. DENGAN HARGA YANG MURAH, SENANG DILIPAT DAN DIBAWA KE MANA SAHAJA TERNYATA IANYA SATU TEKNOLOGI SUDUT PANDANGAN 360 DARJAH PASTI MENDAPAT SAMBUTAN UNTUK DI GUNAKAN DALAM SEBARANG MAJLIS ATAU ACARA TERTENTU.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2019/11/urban-nomads-hasilkan-fenomena-3sixty-vr-cardboard.html