Ura Ura Samsung Akan Menghentikan Siri Galaxy Note

Ura-ura Samsung akan menghentikan siri Galaxy Note selepas namanya terpalit dengan insiden bateri yang meletup secara  rawak empat tahun yang lalu. Tetapi kini muncul laporan dari media Korea Herald yang mengatakan Note21 akan menjadi yang terakhir di dalam siri ini atas beberapa sebab.
   Sebab pertama ialah Galaxy S21 kelak akan akhirnya  hadir dengan model yang menyokong stylus S Pen. Ini adalah bagi menarik  pengguna siri Note untuk berpindah ke siri S. Selepas itu Note21 akan  menjadi model terakhir siri Note yang akan digantikan sepenuhnya oleh  peranti siri Galaxy Z.   

   Dengan kata lain pada separuh tahun pertama siri Galaxy S akan  dipasarkan sebagai peranti mercu manakala siri Galaxy Z  akan dipasarkan  pula sebagai peranti mercu boleh-lipat untuk separuh tahu kedua. Siri  Note akan memberi laluan manakala siri Fan Edition akan ditawarkan sebagai peranti mercu lebih mampu milik. 
   Dengan tiga siri peranti mercu pada tiga tanda harga berbeza, Samsung  akan cuba mengekalkan dominasi sebagai pengeluar peranti pintar  terbesar dunia.  Siri Note yang dahulunya unik terpaksa akur kepada  realiti bahawa peranti skrin boleh-lipat adalah lebih unik kerana bukan  sekadar menambah sokongan stylus. 
                              				    		 				    			Sumber Rujukan: Korea Herald
Sumber : Amanz    
MR :   Jika S ada pen..rasa tak  kisah 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/ura-ura-samsung-akan-menghentikan-siri.html