Ura Nak Emosi Guna Modal Lain Please


 
Saya setuju dengan matlamat Akta Pembaharuan Semula Bandar atau Urban Renewal Act. Singkatnya URA yakni bagi membolehkan pembangunan semula kawasan perumahan lama dan usang di kawasan bandar.
Dalam pada itu saya juga setuju sesiapa yang nampak akan kelemahan dan kepincangannya, lalu menegur dan mengkritik. Malah mereka wajib tegur dan kritik bermatlamatkan pembaikan. Apa jua perundangan, rancangan mahupun cadangan tentu ada kelemahan meskipun bertujuan baik. Begitu juga URA.
Lantas saya setuju dengan teguran wartawan veteran Andrew Sia menerusi kolumnya di Malaysiakini. Kata Sia, kebimbangan utama membabitkan orang miskin. Kata kuncinya orang miskin.
Sebagai contoh, beliau menggunakan kawasan rumah pangsa kos rendah yang berharga RM200,000 seunit. Kawasan dibangunkan semula untuk pembinaan condo baru yang fancy. Ertinya rumah pangsa lama dirobohkan. “Ya penghuni diberi pampasan atas ‘kehilangan’ rumah pangsa mereka. Katalah RM220,000. Tetapi tidak akan mampu beli kondo baru yang didirikan berharga RM600,000 atau lebih,” kata Sia.
Kesudahannya, kata beliau, mereka berpindah kemungkinan jauh dari pusat bandaraya mencari kawasan perumahan murah sesuai dengan kemampuan. Lalu mereka terpaksa menempuh perjalanan jauh dan memakan masa lama setiap hari apabila berulang alik ke tempat kerja.
URA ialah satu isu yang kompleks. Ada juga kebimbangan tentang ambang persetujuan yang mahu diturunkan daripada 100% kepada 80%. Dalam lain perkataan, peratusan untuk membangunkan semula perumahan lama dikurangkan bergantung usia dan keadaan perumahan.
Juga kebimbangan URA akan jadi pro pemaju, bukan rakyat. Semua kebimbangan sudah dapat perhatian kerjaan yang bertindak memberi penjelasan dan jaminan apa yang dibimbangi tidak akan terjadi. Tidak perlu saya huraikan penjelasan dan jaminan berkenaan.
Namun dinyatakan URA masih dalam peringkat perancangan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan masih mengumpul maklum balas daripada pihak berkepentingan.
Yang ingin saya ketengahkan ialah teguran Sia bahawa cara URA dilaksanakan boleh menimbulkan masalah seperti yang ditulis tadi, yakni pushing out poorer people. Beliau menyarankan penambahbaikan. Dalam konteks ini saya ulangi kata kunci ‘orang miskin’.
Malangnya Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man tidak mahu menggunakan kata kunci itu yakni ‘orang miskin’ secara am, sebaliknya memilih untuk sebut bangsa. Beliau menyifatkan URA sebagai “taktik halus mengusir Melayu dan India miskin dari kawasan bandar”.
Mengapa sebut bangsa? Bukankah elok jika kata ‘orang miskin’ tanpa ambil kira bangsa mereka? Miskin ialah miskin. Benar ada orang Melayu dan India miskin tetapi orang miskin termasuk juga orang Cina. Jika mahu juga sebut bangsa mengapa tidak sebut Cina juga? Atau adakah timbalan presiden PAS yakin semua orang Cina towkay yang kaya raya?
Bagi saya Tuan Ibrahim menyebut ‘orang India’ untuk mengiringi ‘orang Melayu’ ialah untuk elak dituduh bersifat perkauman. Namun dengan tidak memasukkan orang Cina dalam senarai orang miskin bukankah itu menunjukkan elemen perkauman?
Sebelum ini PAS ketika membantah cadangan sesetengah pihak supaya pilihan raya tempatan atau local council elections diadakan, ia juga menggunakan sentimen perkauman. Tuan Ibrahim menyifatkan pilihan raya itu bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan dikuasai “hanya satu kaum”. Beliau tidak sebut apa kaum yang dimaksudkan tetapi rasanya umum boleh agak kaum apa. Presiden PAS pula pernah terus terang kata orang Cina akan menguasai pihak berkuasa tempatan jika pilihan raya berkenaan diadakan.
Pada hemat saya jika PAS atau sesiapa yang mahu membantah dan mengkritik URA silakan tetapi tampilkan hujah bijak berdasarkan fakta, bukannya emosi. Senaraikan kelemahan dan beri cadangan pembaikan atau alternatif. Jangan tiup sentimen perkauman.
Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad turut membantah dan turut main sentimen bangsa. Beliau mendakwa orang Melayu akan jadi seperti Melayu Singapura yang diusir daripada perkampungan mereka untuk beri laluan kepada projek pembangunan.
Panjang lebar dakwaannya. Cukup saya katakan intipati dakwaan ialah perkampungan orang Melayu Singapura ditiadakan dan mereka terpinggir dan tenggelam di lautan orang bukan Melayu.
Saya beritahu dakwaan Mahathir kepada kawan lama, seorang Melayu rakyat Malaysia tetapi duduk di Singapura bertahun-tahun lamanya. Apabila beliau kembali ke Malaysia beberapa tahun lalu, isterinya (Melayu Singapura) ikut serta tetapi masih warga Singapura. Beliau menasihati anak-anaknya supaya terus tinggal di Singapura sebagai warga republik itu.
Setelah baca dakwaan Mahathir kawan saya mengulas. Juga Panjang lebar. Saya tidak hurai satu persatu. Kesimpulan ulasannya ialah apa yang Mahathir cakap mengenai Melayu Singapura adalah “tidak betul bro”. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/ura-nak-emosi-guna-modal-lain-please.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Bantu Salah Bantu Pun Hangpa Nak Salah Tak Guna Punya Pembangkang

Tak Bantu Salah Bantu Pun Hangpa Nak Salah Tak Guna Punya Pembangkang

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 157 hits
Pembangkang menyalak dengan tindakan PMX Sebaliknya jika PMX xbertindak apa kata mereka
Jpn Berkas Suspek Guna Mykad Orang Lain Beli Iphone

Jpn Berkas Suspek Guna Mykad Orang Lain Beli Iphone

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 150 hits
Jabatan Pendaftaran Negara menahan seorang individu yang disyaki menggunakan MyKad milik orang lain untuk melakukan pinjaman semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata lelaki warga tempatan berusia 35 tahun it...
Guna Khidmat Runner Tukar Duit Raya Uai Kongsi Cara Nak Elak Riba

Guna Khidmat Runner Tukar Duit Raya Uai Kongsi Cara Nak Elak Riba

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 135 hits
Guna khidmat runner tukar duit raya UAI kongsi cara nak elak riba Meskipun menukar not kertas untuk duit raya menjadi amalan biasa terdapat situasi tertentu yang boleh membawa kepada riba jika tidak dilakukan dengan betul Guna Khidmat Runne...
Keh Keh Keh Kononnya Shaidan Kassim Akhmal Sapa Lagi Dua Tiga Ekoq Mai Nak Jumpa Sultan La Gamaknya Sekali Kena Sound

Keh Keh Keh Kononnya Shaidan Kassim Akhmal Sapa Lagi Dua Tiga Ekoq Mai Nak Jumpa Sultan La Gamaknya Sekali Kena Sound

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 121 hits
Himpunan Pahang bermunajat jadi back slap untuk penganjurHarapandailyFebruary 28 2025Semalam berlangsung perhimpunan Pahang Bermunajat Sultan Berdaulat dibuat oleh Himpunan NGO Melayu di Kuantan Pahang Ini secara halusnya nak buat bantahan ...
Di Bufet Ramadan Courtyard By Marriott Kl South 5 Sajian Nostalgik Ini Memang Rare Susah Nak Jumpa

Di Bufet Ramadan Courtyard By Marriott Kl South 5 Sajian Nostalgik Ini Memang Rare Susah Nak Jumpa

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 147 hits
Bila tiba bulan Ramadan kita semua pasti ternanti nanti untuk menikmati hidangan berbuka puasa yang istimewa Di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South ada satu bufet Ramadan yang bukan sahaja memuaskan selera tetapi juga membawa kita kemb...
Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 234 hits
JUMAAT akhir sebelum Ramadan Min nak tanya ada yg nak taja makan minum buka puasa 120 pelajar2 dan guru quran Tahfiz Lembah Palas Bismillah Details di komen Bank Islam 02039010080690 Pusat Tahfiz Saiyidina Abu Bakar Tahfiz Lembah Palas Ref ...
Nak Lawan Bts Bp Lagi Prestasi Mengecewakan Album Terbaru G Dragon Jadi Perdebatan

Nak Lawan Bts Bp Lagi Prestasi Mengecewakan Album Terbaru G Dragon Jadi Perdebatan

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 165 hits
Selepas meriliskan album solo terbaru ramai yang ternanti nanti bagaimana prestasi muzik G Dragon kini Artikel Berkaitan Terbaru sebuah entri tular di laman komuniti Korea yang membincangkan mengenai pencapaian ahli BIGBANG itu di laman pen...
Ridzuan Ridzokumura Ralat Tak Sempat Tunai Permintaan Isteri Ajak Beli Barang Dapur Nak Sambut Puasa

Ridzuan Ridzokumura Ralat Tak Sempat Tunai Permintaan Isteri Ajak Beli Barang Dapur Nak Sambut Puasa

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 163 hits
Usahawan Ridzuan Ridzokumura ralat tak sempat tunai permintaan isterinya Akiko Okumura yang mengajaknya membeli barang dapur bagi menyambut bulan puasa pada 2 Mac nanti Memetik laporan dari Mstar Ridzuan menyatakan Akiko ada mintanya untuk ...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gabungan Melayu Zahid Presiden Dr Sam Timbalan Presiden

Heed Cj S Views Nazri S Criticism Illogical

Jakim Lodges Report On Offensive Fb Comment Posted During Pak Lah S Funeral

Hygr Apologises Over Personal Care Ad On Lrt Coaches

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey