Upsr Dah Selesai Sambung Dengan Psra
Alhamdulillah selesai dah UPSR pada 11/9/2019 lepas. Memang agak terasa stress dengan peperiksaan besar ni untuk Najiha dan saya. Walau anak yang ambil periksa, ibu abah sure rasa tempias juga. Bila UPSR dan selesai, bagi yang tinggal di Selangor, ada satu lagi peperiksaan besar menanti iaitu PSRA pada 23/9/2019 nanti.
Debaran nak tunggu result UPSR satu hal, debaran lain menanti jugak hahaha. Kalau tanya anak, macamana exam tadi ok tak? Ok katanya, mak aihhh. Uishh kalau semua ok, mau 6A ni
.
Ok berbalik pada exam PSRA, agak tough sebab markah untuk dapat cemerlang atau Mumtaz adalah 90% dan ke atas. Mencabar? Memang mencabar sebab pada saya ini adalah ujian awal untuk melayakkan anak-anak ni ke sekolah agama berasrama penuh. Debor kan huhuhu.
Ini memang impian Najiha dari dulu lagi. Dia memang teringin nak masuk sekolah agama, memang teringin sangat!! Kalau boleh dia nak kat area Negeri Sembilan. Sebab apa? Sebab sebelum ni ada seorang Pencetus Ummah ada bagi talk kat sekolah diorang.
So PU tu dari sekolah agama di N.9. Dia pun teringin nak sekolah kat situ. Nampak tak pengaruh tu kepada anak-anak ni? Sebab tu penting nak pastikan dengan siapa diorang berkawan, perlakuan ibu abah di rumah. Cara kita, percakapan kita semuanya cerminan kepada anak-anak ni. Semuanya tu mempengaruhi tau.
Tapi saya bagitau Najiha, pergi sekolah yang dekat-dekat jela senang ibu, abah dengan adik-adik nak jenguk diorang. Bukan apa, rasa diorang tu kecik lagi nak duduk berjauhan dengan ibu abah. Kalau dekat-dekat tu senang kami nak datang tengok. Itupun kalau ada rezeki Najiha nak masuk sekolah asrama. Kalau tak, kita sekolah harian dekat rumah kita jela kan Najiha.
Tapi itulah harapan saya dan suami, mak ayah mana yang tak nak tengok anaknya berjaya kan. Masuk asrama, jadi orang berguna. Itu semua matlamat semua orang. Cuma cara kita mengasuh, mengajar, semuanya akan membentuk sahsiah dan akhlak diorang ni.
Risau kan tengok berita dan sekeliling kita, pengaruh rakan sebaya ni memang kuat pada anak-anak. Diorang ni asal balik sekolah je mesti ada cerita yang dibawanya. Kawan yang itu begitu, kawan ini begini.
Ada yang jatuh dari tingkat 7 rumahnya sebab balik rumah dah lewat malam lepas jumpa kawan. Lepas tu risau ayah marah, so dia panjat tingkap tepi lift. Tapi terjatuh pulak ke bawah, patah pinggang. Itu baru tingkatan 2, dah buat hal.
Ya Allah memang menakutkan. Saya ni anak ramai, yang remaja, yang baru nak membesar, yang peringkat baby. Semua pun ada. So kenalah blend dengan semua peringkat umur ni. Dengan yang remaja pendekatan begini, dengan yang kecik pendekatan begitu.
Tapi semua pun perlukan kasih sayang dan perhatian. Semua kene sama rata. Kalau terlebih tapi yang lain tu terkurang, mestilah terasa kan. Saya akui kat rumah memang riuh rendah dengan suara anak-anak. Tapi kalau diorang takde, sunyi sangat-sangat. Dah kita pula tak tentu arah.
Mesti nak semua berkumpul. Kalau saya cuti, hantar juga yang kecik-kecik tu ke rumah pengasuh. Balik sekolah mesti semua kakak dan abang akan suruh ambil adik-adik. Sebab sunyi yang kecik tu takde. Hmmm biasalah tu kan. Tapi kalau bergaduh tu dah lumrah, boleh tercabut bumbung rumah dibuatnya.
Minggu ni minggu study untuk PSRA. Walau bacaan IPU hari ini 214, saya minta Najiha ke sekolah untuk buat revision dengan ustazah di sekolah transitnya. Ibu doakan semoga Najiha mencapai cita-citamu nak. Doa ibu untuk semua anak-anak. Ameen.
(53)
The post UPSR dah selesai sambung dengan PSRA appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ajumohit.com/2019/09/upsr-dah-selesai-sambung-dengan-psra.html