Upin Ipin Keris Siamang Tunggal
Upin Ipin | Keris Siamang Tunggal | Semestinya sekarang, ramai adik adik dan juga peminat cerita animasi Malaysia menonton animasi Upin Ipin yang dikeluarkan di Astro First bermula 3 Disember 2020. Dengan bayaran RM 15.90 korang boleh menyaksikan animasi ini selama 2 hari. Filem ini berdurasi 1 jam setengah dan dikeluarkan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Lebam la tengok selama 2 hari. Cik en sendiri rasanya lebih 5 kali melayan filem ini. Hahhaha. Anyway jarang untuk cik en untuk review filem tapi disebabkan cik en antara peminat anime atau kartun ini, cik en terpanggil nak mengulas mengenai animasi keluaran Malaysia iaitu Upin Ipin dalam siri Keris Siamang Tunggal.
Upin Ipin | Keris Siamang Tunggal
Cerita ini mengisahkan mengenai keris yang disimpan oleh Tok Dalang. Dalam gotong royong bersama rakan rakan upin dan ipin yang lain, mereka disedut oleh Batu Belah Batu Bertangkup ke alam yang lain. Alam tersebut digelar Negera Inderaloka yang telah lama di jajah oleh Raja Bersiong. Disaat Raja Inderaloka di bunuh oleh Raja Bersiong, pengawai istana telah melarikan putera tunggal Raja Inderaloka untuk dielak dibunuh. Keris Siamang Tunggal dimiliki oleh Raja telah disedut ke dalam Batu Belah Batu Bertangkup.
Sinopsis Keris Siamang Tunggal boleh di rangkum dalam lirik lagu Keris Sakti dibawah ini.
Keris sahabat pada yang setiaSeteru pada yang derhakaSiapa dia pahlawan perkasaYang akan menegak keadilan
Tujuh petala langit seru namanyaTujuh petala bumi gerun akannyaKeris sakti kekuasaan rajaKeris sakti kebesaran negara
Jangan berkenalan entah kemanaHilang takhta hancur negaraPulanglah segera menghalau durjanaAir mata merungkai segalanya
Tujuh petala langit seru namanyaTujuh petala bumi gerun akannyaKeris sakti kekuasaan rajaKeris sakti kebesaran negara
Jangan berkenalan entah kemanaHilang takhta hancur negaraPulanglah segera menghalau durjanaAir mata merungkai segalanya
Lalala lalala Lalala lalala lalala
Jangan kelana entah kemanaPulanglah segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemanaPulanglah segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemanaPulanglah segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemanaPulanglah segera menghalau durjana
Disinilah bermula pengembaraan watak watak dalam filem ini untuk melawan musuh. Dan banyak cerita dalam cerita yang diselitkan.
Cik en boleh simpulkan Upin Ipin | Keris Siamang Tunggal mencampur aduk cerita rakyat dan cerita fiksyen di luar negara. Cerita rakyat yang diselitkan adalah seperti Si Tanggang, Singapura Di Landa Todak, Bawang Putih Bawang Merah, Raja Bersiong dan banyak lagi. Elemen filem luar seperti Pirates Of Carribean, Kungfu Panda, Alice in Wonderland dan lain lain lagi yang digabungkan dalam suasana filem itu menjadi sangat menarik.
Babak terakhir yang cik en rasa terlalu cepat habis rupanya hanyalah gimik untuk kita rasa tak puas. Tapi sebenarnya masih ada lagi.
Anyway syabas team Les Copaque Production. Idea yang diluar kotak, sound sistem yang menarik, kualiti gambar yang jelas dan semestinya moral yang disampaikan ada tersurat dan tersirat. Cik en support filem Malaysia dengan membeli di saluran yang sah supaya mereka boleh berkarya lebih baik untuk masa akan datang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurfuzie.com/2020/12/upin-ipin-keris-siamang-tunggal.html