Update Dipecat Kerana Masalah Disiplin Faktor Usia


[UPDATE] Dipecat kerana masalah disiplin, faktor usia. Pemecatan 25 imam kariah di Perlis bukan dilakukan kerana mereka membaca doa qunut dan zikir kuat selepas solat fardhu, sebaliknya kerana faktor usia dan masalah disiplin.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata majoriti imam ditamatkan perkhidmatan itu berusia antara 61 hingga 68 tahun menyebabkan mereka melebihi had umur ditetapkan.
Beliau berkata, ada beberapa imam muda turut ditamatkan perkhidmatan atas faktor tertentu ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
“Ini adalah peraturan ditetapkan dalam enakmen negeri dan jika ada yang masih menjadi imam meskipun sudah terlebih umur, itu adalah kuasa MAIPs yang menentukannya atas faktor budi bicara.
“Mereka (imam) yang berkata bahawa diberhentikan atas faktor membaca qunut dan sebagainya adalah tidak betul kerana terdapat sebilangan yang dipecat patuh mengikut arahan dikeluarkan MAIPs dan Jabatan Mufti Perlis.
“Kenapa mereka (imam yang patuh) turut dipecat? Kerana umur sudah lebih, bagilah peluang kepada anak hafiz dan yang muda berkelulusan agama peluang berbakti kepada agama di negeri ini,” katanya dalam kuliah khas di Masjid Alwi, Kangar, malam ini.
NSTP hari ini melaporkan seramai 25 imam kariah sekitar Perlis dipecat, manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat JAIPs, berkuat kuasa Selasa lalu.
Surat bertarikh 31 Disember 2018 itu dilihat dibuat secara tergesa-gesa kerana tiada rekod rujukan pada bahagian atas surat ditulis selain notis yang dikeluarkan itu dianggap terlalu singkat.
Mengulas lanjut mengenai isu pemecatan itu, Mohd Asri berkata, terdapat imam muda dipecat daripada kalangan 25 imam terbabit mempunyai masalah disiplin.
“Mereka dipecat kerana cenderung membawa isu kepartian politik ke dalam jawatankuasa masjid. Ini boleh dilihat apabila mereka menjemput penceramah cenderung dalam politik hadir memberi ceramah di dalam masjid.
“Kita sudah maklumkan, masjid di negeri ini mesti bersih daripada politik. Itu belum dikira jika imam terbabit dirungut masyarakat kampung atas masalah disiplin yang dilakukan mereka,” katanya.
Mohd Asri berkata, isu hilang jawatan adalah normal di dunia ini dan ia bukan isu yang perlu diperbesarkan.
“Perdana Menteri pun boleh hilang jawatan ketika memerintah dan presiden parti politik pun ditolak daripada menjawat jawatan mereka.
“Apatah lagi jawatan Imam Masjid yang dianggap orang ramai sebagai jawatan yang sekadar sahaja,” katanya.
Berita berkaitan
25 Imam Kariah Perlis Dipecat
Seramai 25 imam kariah sekitar Perlis dipecat, manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat berkuatkuasa Selasa lalu.
Surat yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bertarikh 31 Disember 2018 itu, dilihat seakan dibuat secara tergesa-gesa tanpa menyatakan sebab pemecatan bermula 1 Januari 2019 sehingga tiada nombor rujukan surat diisi dalam kurungan pada bahagian atas surat.
Antara imam yang dipecat adalah dari Masjid Batu 2, Masjid Kampung Guar Syed Alwi, Masjid Santan, Masjid Telok Jambu dan Masjid Padang Katong.
Semua imam terbabit sebelum ini dikatakan tidak mempunyai masalah dan disenangi dalam kalangan ahli kariah masing-masing.
Sumber berkata, pemecatan 25 imam dan pertukaran lebih 10 imam ke kariah lain dilakukan pihak berkuasa agama negeri yang menganggap mereka tidak sehaluan serta tidak mematuhi amalan dan cara yang diamalkan Perlis.
Pemecatan
Beliau berkata, pemecatan dan pertukaran juga bersangkut paut dengan tindakan imam melakukan sesuatu perkara yang dianggap baik untuk kariah, tetapi tidak kepada pihak berkuasa agama.
“Lebih pelik ada imam dipecat dan ditukar kariah kerana melakukan aktiviti mengimarahkan masjid seperti nasyid, gotong-royong serta program ceramah sehingga ada antara aktiviti anjuran masjid ini menarik perhatian dan disiarkan dalam televisyen berbayar.
“Kebanyakan imam terbabit adalah yang disukai dan dipersetujui ahli kariah atas faktor kepemimpinan, keilmuan dan kesungguhan mereka memartabatkan syiar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan di negara ini.
“Mereka yang dipecat juga turut diberi amaran tidak membuat sebarang tindakan yang konon akan memalukan pihak berkuasa agama Perlis dan jika ia berlaku, mereka tidak akan memperoleh bayaran saguhati,” katanya yang ditemui hari ini.
Sumber berkata, tindakan ini juga jelas menunjukkan ia adalah rentetan pemecatan 16 guru takmir yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pihak berkaitan.
“Jika melihat kepada pemecatan dua imam Masjid Kampung Guar Syed Alwi, ia menjadi satu tindakan yang sangat mengejutkan semua pihak terutama ahli kariah.
“Sehingga saat ini, difahamkan beberapa ahli jawatankuasa kariah masjid turut meletak jawatan sebagai tanda tidak berpuas hati dengan pemecatan imam mereka.
“Sudah pastinya pihak berkuasa agama akan tampil mengatakan pemecatan dibuat atas faktor usia ataupun gagal mematuhi peraturan agama negeri, tetapi jika disiasat semua imam terbabit tidak melanggar peraturan malah ada yang sanggup ikut cara pihak berkuasa agama negeri,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga dimaklumkan perkara ini akan dibawa ke peringkat kerajaan negeri oleh beberapa kariah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa agama yang dilihat mempunyai agenda tersembunyi.
“Difahamkan Ahli Jawatankuasa Masjid Beseri dan beberapa kariah lain akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Hubungan dan Kerjasama Sempadan negeri, Ruzaini Rais malam ini, yang diharapkan dapat menyelesaikan isu berkaitan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
The post [UPDATE] Dipecat Kerana Masalah Disiplin, Faktor Usia appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/update-dipecat-kerana-masalah-disiplin-faktor-usia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Faktor Usia Dan Masalah Disiplin Punca 25 Imam Dipecat Mufti Perlis

Faktor Usia Dan Masalah Disiplin Punca 25 Imam Dipecat Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 296 hits
KANGAR Pemecatan 25 imam kariah di Perlis bukan dilakukan kerana mereka membaca doa qunut dan zikir kuat selepas solat fardhu sebaliknya kerana faktor usia dan masalah disiplin Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata majoriti ...
Blogger Comment Thread Masalah Blog

Blogger Comment Thread Masalah Blog

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 421 hits
Blogger comment thread Masalah blog Sekarang ini agak kurang saya bermesra dengan blog kesayangan ini Namun sekali sekala saya datang menjenguk blog memandangkan perlu memeriksa email dengan kerap Bezanya cuma saya tidak dapat memberikan se...
5 Bahan Yang Mampu Redakan Masalah Ketombe Membandel Di Kepala

5 Bahan Yang Mampu Redakan Masalah Ketombe Membandel Di Kepala

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 205 hits
Terdapat banyak cara untuk mengobati ketombe yang membandel di kulit kepala Mulai dari benda yang dapat ditemui di dapur seperti cuka apel dan baking soda hingga menggunakan minyak steroid dan obat anti jamur
Anak Sering Diherdik Berisiko Penyakit Jantung Masalah Pendengaran

Anak Sering Diherdik Berisiko Penyakit Jantung Masalah Pendengaran

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 421 hits
Perbuatan menjerit menengking atau mengherdik adalah tindakan spontan ibu bapa ketika berdepan dengan ragam anak anak Namun jika anda memiliki anak yang masih kecil jangan terlalu kerap menengking Ini kerana tindakan itu bukan sahaja member...
Timses Jokowi Sebut Tidak Masalah Ma Ruf Amin Ucapkan Selamat Natal

Timses Jokowi Sebut Tidak Masalah Ma Ruf Amin Ucapkan Selamat Natal

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 250 hits
Wakil Ketua TKN Jokowi Ma ruf Arsul Sani mengatakan hal tersebut tidak terdapat dalam fatwa Majelis Ulama Indonesia Sehingga apa yang dilakukan Ma ruf tidaklah melanggar keyakinan agama Islam
8 Cara Atasi Masalah Imsomnia

8 Cara Atasi Masalah Imsomnia

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 299 hits
Insomnia ini apa sebenarnya Adakah ianya sejenis makanan Atau sejenis trend baru anak anak muda zaman sekarang Tidak ya Insomnia ni tak ada kena mengena dengan semua tu Insomnia ni juga bukan menu baru di starbuck Adakah di antara kita meng...
Atasi Masalah Kencing Tak Lawas Dengan Jus Glamohealth

Atasi Masalah Kencing Tak Lawas Dengan Jus Glamohealth

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 1091 hits
Atasi Masalah Kencing Tak Lawas Dengan Jus Glamohealth Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Kencing tidak lawas terjadi apabila kencing seperti sikit tapi tidak habis habis dan tidak rasa puas selepas buang air kecil Pasti ramai diantara ki...
Air Nabeez Kurma Atasi Masalah Si Kecil Sembelit

Air Nabeez Kurma Atasi Masalah Si Kecil Sembelit

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 380 hits
Siapa tidak kasihan bila tengok anak kecil sembelit Menangis tanpa henti kerana tidak dapat membuang najisnya Papa dan mama tentu jadi serba tak kena macam mana nak membantu si kecil Kesiannya anak mama ni Sembelit lagi Tiap kali nak buang ...
Psm Diarah Segera Selesaikan Masalah Padang Hoki Bukit Jalil

Psm Diarah Segera Selesaikan Masalah Padang Hoki Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 346 hits
Kementerian Belia dan Sukan akan mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia menyelesaikan masalah padang di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dengan kadar segera Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong berkata pihaknya memandang...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner