Upah Orang Cuci Rumah Dengan Maideasy
Upah Orang Cuci Rumah Dengan Maideasy | Sebenarnya kan, tak pernah terfikir Fadzi nak panggil orang cuci rumah sendiri. Sedangkan Fadzi sendiri housewife dan boleh buat kerja rumah sendiri.
Nak kata segan nak bagi orang luar kemaskan rumah kita, ye jugak. Nak bagi orang luar masuk rumah kita untuk cuci rumah rasa insecure pun, ada lah jugak. Banyak kali jugak lah fikir sebelum nak hire orang cuci rumah ni.
Upah Orang Cuci Rumah Dengan MaideasySampailah satu masa tu, Aneeq dan Anas bergilir-gilir demam, Anas pulak masuk hospital, tiba pulak waktu tu dah masuk bulan Ramadan, lepas tu eh eh dah Hari Raya pulak lah.
Rumah memang semak habis. Dengan berkejar nak masak masa bulan puasa, berkejar nak hantar dan ambil Aneeq pergi balik sekolah, berkejar nak kemas rumah, berkejar nak susukan Anas, berkejar nak dukung Anas yang dah mula nak mengempeng je kejenya.
Sudahnya, rumah jadi macam terbiar. Tak larat nak kemas. Semak. Toy Aneeq longgok dekat satu area. Buku dalam almari tapi tak bersusun. Lantai dah lama tak bermop.
Book Cleaner Kemas Rumah Dari Maideasy Last last Zul suruh cari orang untuk cuci rumah. Awalnya Fadzi memang tak suka. Tapi lama-lama, sedar siri kot yang Fadzi memang tak mampu nak kemas rumah waktu ni jadi Fadzi book je lah pembantu dari Maideasy ni.
Fadzi book cleaner untuk cuci rumah ni hari Selasa. Fadzi book untuk hari Khamis. Fadzi tak nak book hari Rabu sebab tak nak kena extra RM10 charge. Hehehe.
Untuk book same day atau next day, diaorang ada cas RM10. Kira konon urgent case lah kan. Kalau book 2 atau lebih hari sebelum date nak orang cuci rumah tu, tak ada extra charge pun.
Hari Cleaner Datang Rumah Untuk Cuci RumahOkay, cerita hari Khamis. Pukul 8 pagi dah dapat notification dekat apps yang crew cleaner dah sampai. Crew cleaner kiteorang hari tu nama dia Fuad. Tup tup 8.50 pagi dah sampai rumah dan start buat kerja padahal patut start pukul 9 pagi.
Sampai sampai je kiteorang prepare barang-barang untuk Fuad guna cuci rumah kiteorang. Kiteorang prepare tangga, baldi, sabun lantai, mop, vakum, kain dan berus.
Cuci KipasPastu Fuad terus prepare nak buat kerja. Dia mula dengan kipas dulu sebab Fadzi minta die fokus kan dekat kipas dan peti ais. Mula-mula dia bentang plastik besar dekat lantai untuk kutip habuk yang jatuh dari kipas tu.
Kipas yang dah bersih. Gambar kipas tak bersih macam seram je nak tunjuk hahahahaha.
Fadzi bawak Anas masuk bilik lah kan takut habuk. Tapi masa Fuad nak start cuci kipas, Fadzi macam terdengar dia baca bismillah. Alhamdullilah. Sejuk hati hahahhaa.
Gambar Fuad cuci kipas Fadzi tak ambil sebab segan. Segan satu. Pastu takut Fuad tak selesa kena ambil gambar satu. Bila dah setel kipas dekat ruang tamu, dia setelkan kipas dalam bilik tidur pulak.
Cuci Peti AisPastu dia start cuci dalam peti ais pulak. Dia keluarkan semua barang-barang makanan yang ada. Fadzi memang sengaja tak nak restock barang barang dapur sebab nak orang datang kemas rumah dulu.
Bila Fuad dah keluarkan barang-barang dalam dapur, die keluarkan segala rak rak dalam peti ais pulak. Dan basuh dekt toilet. Sebabnya sinki dapur Fadzi kecil. Biasa pun memang Fadzi cuci rak peti ais dalam toilet je senang.
Bila dah siap cuci rak peti ais, Fuad keringkan dan letak balik dalam peti ais. Barang-barang pun dia masukkan semula dalam peti ais. Pastu dia dia mula cuci bahagian dapur pulak.
Kemas DapurMula-mula dia cuci dapur masak tu. Hari tu Fadzi duk rebus daging. Air dia tertumpah pulak. Nak cuci tak menyempat. Jadinya, Fuad lah yang setelkan cuci kotor dekat dapur gas tu.
Lepas tu dia cuci pulak pinggan mangkuk dalam sinki. Fadzi baru je lepas masak spageti untuk Aneeq pagi tu. Tak sempat nak kemas, Fuad dah sampai. Huhuhu. Malu le jugak sebenarnya.
Vakum LantaiBila dah setel dapur, Fuad mula vakum lantai. Dia mula vakum dari dapur, pergi ke ruang tamu. bila vakum dekat ruang tamu, dia stop kejap nak lap lap almari buku.
Lepas tu dia sambung vakum ke bilik Fadzi dan last sekali dekat bilik Aneeq. Pastu dia sambung pulak mop lantai. Yang peliknya, Fuad mop lantai tak basah macam Fadzi selalu buat. Tapi bersih. Rugi tak tanya tips hahahaha.
Mop LantaiSebenarnya bila dah start Fuad mop dapur, ruang tamu dan bilik Aneeq, time tu masa 4 jam tu dah nak habis tau. Hujung hujung nak dekat 4 jam tu, dia mop bilik Aneeq dan cuci toilet bilik Aneeq.
Lepas tu habislah timing 4 jam. Tinggal bilik tidur Fadzi tak bermop dan toilet bilik Fadzi tak berbasuh lagi. Fadzi dah fikir emm tak pe lah tak sempat nak buat bilik and toilet bilik Fadzi. Sebab Fadzi dah suruh fokus kan dekat kipas dan dalam peti ais kan.
Tiba tiba Fuad masuk bilik Fadzi nak mop dan cuci toilet. Fadzi dah macam eh, dah lebih masa ni. Tak pe ke? Fadzi duk muncung muncung mulut bagi hint dekat Zul.
Zul masuk dalam bilik tanya dekat Fuad, eh tak pe ke dah 4 jam ni? Fuad kata tak pe dia nak siap kan bilik dengan toilet last ni.
Nak tau tak? Dah lah Fuad start servis cuci rumah pukul 8.50 pagi. Habis pulak 1.40 petang. Terlebih masa. Fadzi pulak yang rasa macam eh eh tak pe ke? Ta pe ke? Hahhahah.
Bila dah setel mop bilik dan toilet bilik Fadzi, siap dah lah semua kerja. Lantai dah licin, habuk dah tak ada, kipas dah laju, Fadzi pun dah senang hati tengok rumah bersih.
Nak ambil lagi servis cuci rumah Maideasy ni? Definitely akan guna lagi. Or mungkin guna dari company lain untuk test test. Walaupun sebenarnya Fadzi dah selesa dengan Maideasy ni.
Fadzi recommend Maideasy ni pada korang yang tak sempat nak kemas rumah atau nak buat spring clean tapi tak larat atau nak cuci pindah rumah. Memang senang dan hati pun tak berbulu tengok rumah serabut.
Kalau korang nak dapatkan up to RM10 diskaun untuk servis cuci rumah ni, korang boleh download apps Maideasy guna link dekat bawah ni. Jangan kata Fadzi tak payung :D
https://maideasy.my/by/ae3d1c
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fadzirazak.com/2019/06/upah-orang-cuci-rumah-dengan-maideasy.html