Untung Nasib Sesebuah Lagu


 

Untuk menilai sama ada lagu itu baik atau tidak adalah subjektif. Ia merangkumi segenap segi dari kesedapan melodinya, kesenian kata-katanya, kehebatan penyanyinya, nilai komersialnya lagi, semuanya perlu diambil kira.
Dalam hal ini kita terperangkap dengan pihak ‘establishment’ yang berjaya meyakinkan orang awam bahawa merekalah badan autoriti dalam menentukan sesebuah lagu tersebut terbaik dan layak diberikan penghargaan.
Badan tersebut mungkin hanya sebuah stesen televisyen atau stesen radio dan mereka menganjurkan sebuah pertandingan lagu popular tahunan. Di penghujung tahun, sebuah lagu akan dinobatkan sebagai terbaik setelah berentap dengan beberapa lagu yang mereka ‘pilih’ mengikut selera dan kesesuaian konsep mereka.
Kita semua pun menerimanya dan turut sama meraikan bahawa lagu yang mereka nobatkan juara itu adalah lagu terbaik pada tahun tersebut. Persoalannya di sini, apakah lagu yang tidak termasuk langsung dalam senarai program mereka sepanjang tahun itu bukan lagu yang baik? Ada atau tidak sebenarnya lagu yang lebih baik daripada juara tersebut? Begitu juga lagu-lagu di stesen radio.
Kawan saya, seorang komposer dan penyanyi tersohor tanah air menelefon saya bertanya sama ada saya mahu menulis lirik lagu ciptaannya atau tidak. Saya jawab, mahu. Seperti sebelum-sebelum ini dia pun menghantar melodi yang masih berbunyi ‘la la la’ itu untuk saya isikan lirik.
Menariknya semenjak dahulu walaupun teknologi semakin moden; proses penciptaan sesebuah lagu kekal seakan sebuah kraf purba yang tak berubah kaedahnya. Bermula dengan chord yang melodinya la la la, kemudian dimasukkan pula lirik. Oh ya, sebenarnya saya kurang gemar guna perkataan ‘lirik’ (lyric) – saya suka perkataan ‘seni kata’.
Satu cara lagi penciptaan lagu ialah ada susunan kata-kata yang sudah sedia seperti rangkap-rangkap sajak atau seloka, kemudian dimasukkan melodi kepadanya. Jadilah sebuah lagu! Begitu.
Biasanya bila saya diminta oleh kawan saya itu untuk menulis seni kata, saya akan bertanya dahulu serba-sedikit apa yang dia kehendaki. Kisah cinta ke, kisah hendak pulihkan kembali semangat ke, cita-cita ke.
“Tak payah berat-berat sangat ceritanya. Budak (penyanyi yang bakal menyanyikan lagu tersebut) baharu. Biasa-biasa je,” katanya selain memberitahu penyanyi tersebut lelaki atau wanita.
Ini penting sebab ada seni kata yang tak sesuai untuk lelaki, ada pula seni kata yang tak sesuai untuk wanita dan ada juga seni kata yang ‘unisex’. Tak sesuai kalau penyanyi lelaki menyanyi dengan seni kata berbunyi ‘ambillah aku menjadi milikmu’.
Fitrah maskulin ialah si lelaki yang mencari. Kalau si lelaki pula yang beria hendak dimiliki itu nampak macam tak ‘gentle’. Kalau wanita pula tak sesuailah seni katanya ‘akan ku bawa kau ke mahligaiku’. Bukan tak boleh, tapi tak sesuailah. Begitulah contoh yang biasa dengan adat kita melainkan ada cerita luar biasa yang kita nak bawa, mungkinlah ada kelainan dan hukumnya akan jadi ‘harus’.
Apabila terbabit dalam pembikinan kerja sebegini saya mula terfikir. Bayangkan semasa anda mendengar sebuah lagu, sebenarnya anda telah menikmati sebuah hasil kerja seni yang melibatkan ramai pihak di belakangnya. Ia merupakan sebuah industri. Ia bermula dari kepala seorang pencipta melodi, pencipta seni kata, pemuzik, penyusun muzik, penyanyi dan jurutera bunyi semuanya.
Yang orang nampak hanya penyanyinya sahaja tetapi hakikatnya pada sebuah lagu itu ada ramai yang berpeluang ‘cari makan’. Maka, pada sebuah lagu itu jugalah nasib setiap pendokongnya diperjudikan. Kalau lagu itu sedap dan diterima oleh pendengar, ke semua yang terlibat di belakangnya akan mendapat royalti sehinggalah boleh diwarisi oleh ahli keluarganya.
Kalau lagu itu tak diterima, buta-buta sahaja lagu tersebut akan dilupakan dan tenggelamlah ia. Apa boleh buat, memang macam itulah nasib sesebuah karya seni tidak kiralah lagu, buku, filem, lukisan atau sebagainya. Sama ada ia sebuah karya yang baik atau juga ia sebuah karya sampah.
Apa dia karya sampah? Sampah bermaksud benda yang tak berguna dan tak bermanfaat kepada kita. Jadi, walaupun ada karya yang kita amati kita anggap sangat baik dan cukup berseni tetapi tidak bermanfaat langsung bagi sesetengah orang maka bagi mereka karya itu adalah sampah.
Pemikiran dan penerimaan setiap manusia itu berbeza-beza. Ada yang menganggap sesebuah lagu itu hanya sekadar hiburan sahaja. Bagi dirinya tak perlu berat-berat sampai nak kena fikir teruk-teruk apa maksudnya.
Untuk penggemar lagu dengan seni kata berat-berat dan dalam-dalam, lagu cengeng meleleh itu adalah sampah yang cukup meloyakan bagi dirinya. Dari sinilah timbulnya konsep seni untuk seni, seni untuk hiburan, seni untuk masyarakat. Huh! Panjang kalau nak cerita bab ini.
Untuk menilai sama ada lagu itu baik atau tidak adalah subjektif. Ia merangkumi segenap segi dari kesedapan melodinya, kesenian kata-katanya, kehebatan penyanyinya, nilai komersialnya lagi, semuanya perlu diambil kira.
Dalam hal ini kita terperangkap dengan pihak ‘establishment’ yang berjaya meyakinkan orang awam bahawa merekalah badan autoriti dalam menentukan sesebuah lagu tersebut terbaik dan layak diberikan penghargaan.
Badan tersebut mungkin hanya sebuah stesen televisyen atau stesen radio dan mereka menganjurkan sebuah pertandingan lagu popular tahunan. Di penghujung tahun, sebuah lagu akan dinobatkan sebagai terbaik setelah berentap dengan beberapa lagu yang mereka ‘pilih’ mengikut selera dan kesesuaian konsep mereka.
Kita semua pun menerimanya dan turut sama meraikan bahawa lagu yang mereka nobatkan juara itu adalah lagu terbaik pada tahun tersebut. Persoalannya di sini, apakah lagu yang tidak termasuk langsung dalam senarai program mereka sepanjang tahun itu bukan lagu yang baik? Ada atau tidak sebenarnya lagu yang lebih baik daripada juara tersebut? Begitu juga lagu-lagu di stesen radio.
Hanya sebuah lagu dari sepuluh lagu dalam sesebuah album akan popular. Semestinya lagu itu lagu cinta. Lagi sembilan lagu yang mungkin bercerita tentang kemanusiaan, kemasyarakatan, patriotik atau kerohanian kira hangus macam itu sahaja. Lagu putus cinta itulah yang dipilih oleh stesen radio untuk dihidangkan kepada pendengar. Nasib baik, lagu tersebut popular. Nasib tak baik, lagu tersebut tercampak awal-awal. Melingkup teruslah sebuah album yang mana kerja-kerja penghasilannya dilakukan oleh sekumpulan pekerja industri kreatif. Nasib!
Ada juga karya yang ‘hampeh’ tapi dikenang orang sepanjang masa. Ada karya yang baik tetapi hanya diiktiraf setelah penciptanya mati. Ada karya yang baik tetap tidak diperkatakan oleh orang walaupun penciptanya sudah berabad mati. Bak kata Roslan Aziz, lejen dalam industri muzik tanah air – kalau karya kau bagus, kau tinggalkan barang yang bagus. Tapi kalau karya kau macam ‘tahi’, kau mati orang akan kenang kau sebagai pengkarya tahi.
Tet! Tet! Bunyi ‘wasap’ masuk. Kawan saya si komposer bertanya, ‘apa macam? Ada progress?’
Alamak! Dah tiga hari. Saya masih belum buat apa-apa lagi pada melodi yang dipinta olehnya untuk buat seni kata. Saya termenung seketika. Nak buat terbaik atau nak buat sampah? Apakah nasib saya? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/untung-nasib-sesebuah-lagu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Jangan Mati Rasa Itu Aina Abdul

Lirik Lagu Jangan Mati Rasa Itu Aina Abdul

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 664 hits
Lirik lagu Jangan Mati Rasa Itu Aina Abdul Siang malam ku menjadi sepiTak putus bibir ini meliriKasihmu terus hidupJangan mati rasa ituBagaimanaHarusku jalani tanpa kamuSalahku kerna terbiasa ada kamuApakah aku bisa melawan takdir kitaKasih...
Lirik Lagu Angkat Tangan Asila Maisa

Lirik Lagu Angkat Tangan Asila Maisa

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 430 hits
Lirik Lagu Angkat Tangan Asila MaisaKu mencinta kau tak pernah tahuKu mendekat kau tak pernah sadarHaruskah ku diamPendam semua rasaBiarkan ku sakit tanpa kau tahuPada saatnya ku lelah berjumpaNamun hati tetap mau kamuTolong kamu sadar ada ...
Lirik Lagu Bahagia Milik Kita Syamel

Lirik Lagu Bahagia Milik Kita Syamel

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 219 hits
VERSE 1 Anugerah terindah dikirimkan tuhan untuk kuVERSE 2yang mencinta dari waktu terburuk ku masakan ku lupa kenangan kita berduaPRE CHORUSdihatikuhanyalah kamu kupertaruhkan sluruh hidupku ragakuuntukmuCHORUSkini bahagia milik kita Kamu ...
Lirik Lagu Ratu Syurga Ost Gudang Kubur

Lirik Lagu Ratu Syurga Ost Gudang Kubur

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 189 hits
LIRIK LAGU RATU SYURGA OST GUDANG KUBUR I Don t Know Tengah layan facebook sebuah lagu OST yang mengetuk pintu jiwa aku untuk search lagunya merupakan lagu soundtrack filem Gudang Kubur yang diterbitkan pada tahun 2015 bertajuk Ratu Syurga ...
Lirik Lagu Keranamu Dicipta Khas Untuk Pmx

Lirik Lagu Keranamu Dicipta Khas Untuk Pmx

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 256 hits
Mungkin ada sudah dengar lagu Keranamu yang kerap diperdengarkan ketika Pilihan Raya Negeri 2023 baru baru ini Yang paling menarik adalah video muzik tersebut yang berlatarbelakangkan Perdana Menteri ke 10 Malaysia Ya ianya sebuah lagu yang...
Lagu Nasional Indonesia Raya Chord

Lagu Nasional Indonesia Raya Chord

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 172 hits
C D G G G Indonesia tanah airku C G D Tanah tumpah darahku Am D Disanalah aku berdiri D D7 G Jadi pandu ibuku G G Indonesia kebangsaanku Em G B C Bangsa dan Tanah Airku Am Bm C Marilah kita berseru D G Indonesia bersatu C Hiduplah tanahku G...
Lirik Lagu Tusuk Shiha Zikir

Lirik Lagu Tusuk Shiha Zikir

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 339 hits
Verse1 Langit yang cerahMenyinari hari ku Akan pasti kelabuSeolah erti hati kuBegitu derasBagai nafas di hirupDan di hembusKau berpaling dan lantas kau pergiPre Chorus Setelah ku mengagumi muChorus1 Kau tusuk hati kuKau biarkan akuHanyut da...
Lirik Lagu Umpan Jinak Di Air Tenang Dayang Nurfaizah

Lirik Lagu Umpan Jinak Di Air Tenang Dayang Nurfaizah

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 456 hits
Umpan Jinak Di Air Tenang Dayang NurfaizahI love this song by Datang Nurfaizah Well actually it s been sung by Ahmad Jais first yes This song is like a little story with some life lessons It talks about being careful when you re attracted t...
Lirik Lagu Nanti Mama Pulang Fauziah Latiff

Lirik Lagu Nanti Mama Pulang Fauziah Latiff

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 314 hits
Lirik lagu Nanti Mama Pulang Fauziah Latiff Dipisahkan nyawakuBergelora perlahan berhembusJangan bersedihTetapku adaWalau jasadku pergi menjauhJangan tidur dulu sayangNanti mama datang pulangTutup mata jangan risauPasti mama akan datangJang...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever