Untuk Siapa Mahathir Kerja 18 Jam Sehari



Hampir segenap lapisan rakyat kecewa dengan Dr Mahathir Mohamad yang semakin jelas lidahnya bercabang tiga. Dalam satu hari beliau boleh berubah fikiran dua tiga kali. Syed Husin Ali, FMT
Ahli perniagaan kecil dan besar gelisah dan lelah menunggu peralihan kuasa. Mereka meletakkan harapan agar Anwar Ibrahim yang peka soal kemiskinan rakyat kecil akan membawa perubahan menjana pertumbuhan ekonomi dan membina semula negara.
Nilai ringgit semakin merudum, pengaliran dana di pasaran semakin perlahan dan kuasa membeli rakyat terus menguncup.
Hampir segenap lapisan rakyat kecewa dengan Dr Mahathir Mohamad yang semakin jelas lidahnya bercabang tiga. Dalam satu hari beliau boleh berubah fikiran dua tiga kali.
Semua mengakui Kabinet sekarang paling lembab dan lemah dalam sejarah negara.
Tatkala rakyat dihimpit kemiskinan dan pelbagai kesukaran hidup, perdana menteri dan menterinya tanpa rasa malu berulang alik ke luar negara membazir wang rakyat sedangkan hasilnya sekadar untuk diviralkan rakaman perjumpaan yang tidak memanfaatkan rakyat dan negara.
Rakyat juga hairan mengapakah Mahathir yang cuma memiliki 13 kerusi Parlimen dibiarkan bermaharajalela hingga mengetepikan suara rakyat yang memilih kerajaan.
Rakyat tidak bodoh untuk membaca niat Mahathir.
Kehancuran negara ini bermula daripada beliau. Kerana beliaulah parti Melayu dan orang Melayu berpecah.
Kerana beliaulah institusi polis, kehakiman dan pelbagai institusi kerajaan hancur dan terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.
Kerana beliaulah rasuah dan politik wang bermaharajalela dan kemuncaknya negara ini hampir digadai oleh kerajaan kleptokratik Najib Razak.
Pejuang dan pemimpin yang dulunya berhempas pulas berjuang siang malam membela rakyat dan menyelamatkan negara kini sudah menjadi bisu.
Suara yang membakar kebangkitan rakyat sudah bertukar menjadi suara yang memuji dan mengampu perdana menteri tua.
Hidung mereka sudah dicucuk, justeru mereka kelihatan membuntuti PM ke mana saja, sedangkan buntut mereka sendiri terpalit pelbagai kotoran.
Mahathir sudah melampau sehingga sanggup berbohong di pentas antarabangsa kononnya beliau bekerja 18 jam sehari!
Kerja apa 18 jam sehari sedangkan negara semakin hancur? Apakah manusia yang berusia 94 tahun itu tidak makan, tidak tidur, tidak mandi, tidak salat, tidak rehat sama sekali? Apakah PM ke-7 ini bukan seorang manusia?
Terbukti Mahathir tidak ikhlas, tidak punyai maruah dan tidak pernah insaf.
Kalau beliau pemimpin yang bermaruah dan sayangkan negaranya, beliau sepatutnya segera bersara dan biarlah Anwar yang 22 tahun lebih muda menggalas tanggungjawab membina semula negara.
Sebenarnya Mahathir boleh diminta bersara sekarang oleh Majlis Presiden PH kerana majlis ini adalah kuasa tertinggi untuk menentukan bilakah Mahathir perlu turun.
Mahathir tidak ada kuasa untuk menentukan bilakah beliau mahu menyerahkan kuasa.
Gesaan segelintir pelesit yang mahu Mahathir kekal hingga PRU15 membuktikan mereka juga sedar Majlis Presiden boleh melucutkan jawatan Mahathir pada bila bila masa kerana beliau mewakili sebuah parti kecil.
Rakyat juga tertanya tanya apakah Anwar, Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang juga sudah dibonsaikan oleh Mahathir?
Apakah mereka tidak sedar bahawa percaturan politik Mahathir hari ini menjurus ke arah memusnahkan konsensus kuasa yang dipersetujui sebelum PRU14?
Laungan Mahathir untuk selamatkan negara semasa kempen PRU14 jelas satu pembohongan.
Beliau kini mahu selamatkan kuasanya dan amat taksub kononnya beliau sajalah yang boleh menyelamatkan negara ini.
Kenyataananya di New York yang mahu bersara sebelum PRU15 dan menganggap penggantinya tidak layak adalah satu pengkhianatan dan penghinaan kepada PH.
Apakah Mahathir yang terbukti sebagai pemimpin licik dan cekap memutarbelit itu akan terus dibiarkan menipu rakyat?
Kita tujukan soalan ini kepada Majlis Presiden PH kerana seandainya berlaku anarki politik angkara Mahathir, maka merekalah yang akan dipertanggungjawabkan.
Syed Husin Ali merupakan bekas timbalan presiden PKR.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/09/29/untuk-siapa-mahathir-kerja-18-jam-sehari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Lebih 12 Jam Tapi Gaji Semakin Berkurang Rider Food Panda Lancar Mogok

Kerja Lebih 12 Jam Tapi Gaji Semakin Berkurang Rider Food Panda Lancar Mogok

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 688 hits
Sejak wujudnya perkhidmatan penghantaran makanan Food Panda semakin mudah kita mahu membeli makanan tidak kiralah apa sahaja kedai atau restoran yang kita mahukan Maka itu ramai jugalah yang mengambil peluang untuk mendapatkan sumber pendap...
Kerja Oh Kerja

Kerja Oh Kerja

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 348 hits
Kerja Oh KerjaAssalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua Hmmm buat apa tu Mesti la korang semua tengah kerja kan Jangan mengular yer I report kang Hari ni Zumal cuma nak membawang jer Pasal kerja Korang tahu ke Zumal kerja apa Maybe kala...
Pengusaha Indonesia Dan Thailand Kumpul Bahas Kerja Sama Rp 1 Triliun

Pengusaha Indonesia Dan Thailand Kumpul Bahas Kerja Sama Rp 1 Triliun

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 223 hits
Acara ini merupakan tindak lanjut dari kerja sama IMT GT yang dikomandoi oleh Kementerian Koordinator Bidang Perekonomian Pertemuan pertama dilaksanakan di Thailand pada Maret 2019 silam
Macam Mana Rezeki Nak Berkat Kalau Asyik Burukkan Tempat Kerja Ini Cara Berkesan Atasi Sengketa Dengan Majikan

Macam Mana Rezeki Nak Berkat Kalau Asyik Burukkan Tempat Kerja Ini Cara Berkesan Atasi Sengketa Dengan Majikan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 713 hits
Mungkin ramai di kalangan mahasiswa universiti yang sudah tidak sabar untuk memasuki alam pekerjaan punyai profesion impian miliki wang kenderaan dan rumah Namun ternyata semua realiti tak seindah mimpi banyak perkara yang perlu dihadapi un...
Psi Minta Anies Laporkan Hasil Kerja Tgupp

Psi Minta Anies Laporkan Hasil Kerja Tgupp

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 193 hits
Anggota DPRD DKI Fraksi PSI Anggara Wicitra mengatakan lonjakan anggaran untuk TGUPP harus berbanding lurus dengan target pencapaian Untuk diketahui saat ini anggaran TGUPP berada di bawah Badan Perencanaan Pembangunan Daerah DKI Jakarta
Curhat Sri Mulyani Kerja Bareng Dpr Jelang Masa Transisi Ini Minggu Tergila

Curhat Sri Mulyani Kerja Bareng Dpr Jelang Masa Transisi Ini Minggu Tergila

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 163 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati menjadi pembicara dalam dalam acara Youth Dialogue 2019 di Hotel Borobudur Jakarta Dalam kesempatan itu Menteri Sri Mulyani meminta maaf lantaran tak bisa hadir pada jadwal yang ditentukan Senin kemari...
Jerebu Kementerian Belia Dan Sukan Anjur Kerja Dari Rumah

Jerebu Kementerian Belia Dan Sukan Anjur Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 242 hits
Jerebu Kementerian Belia dan Sukan anjur kerja dari rumahOleh September 19 Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan dasar pragmatik untuk bekerja dari rumah sekiranya indeks pencemaran udara akibat jerebu semakin teruk melebihi paras 2...
Xl Lanjutkan Kerja Sama Bangun Desa Maritim

Xl Lanjutkan Kerja Sama Bangun Desa Maritim

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 187 hits
PT XL Axiata Tbk dan Badan Keamanan Laut Republik Indonesia melanjutkan kerjasama dalam membangun Desa Maritim di sejumlah lokasi yang terletak di perbatasan negara
Hadapi Bonus Demografi Angkatan Kerja Miliki Empat Tantangan

Hadapi Bonus Demografi Angkatan Kerja Miliki Empat Tantangan

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 182 hits
Dengan kompetensi tenaga kerja yang hanya lulusan SD SMP maka konsekuensi tenaga kerja lebih banyak terserap di industri padat karya ujar Bambang Satrio
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner