Untuk Apa Nafi Kerajaan Nak Jaga Hati Siapa


 
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil menafikan siasatan pihak polis terhadap Bloomberg adalah atas arahan kerajaan.

Katanya, tiada sebarang arahan dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengambil tindakan ke atas Bloomberg.

“Pihak polis memulakan siasatan selepas ada aduan dikemukakan oleh firma guaman yang mewakili salah satu pihak yang disebut dalam laporan Bloomberg itu.

“Laporan polis dibuat oleh pihak Berjaya Corp Bhd. yang didakwa dalam laporan Bloomberg kononnya terlibat dalam cubaan membuka kasino di Forest City.

“Berdasarkan laporan media yang saya teliti, laporan polis yang dibuat mengenai isu ini ialah daripada pihak Berjaya, bukan laporan dari pihak kerajaan, bukan dari kementerian, dan bukan dari MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” ujarnya lagi.

Fahmi menambah, disebabkan sudah ada laporan polis, maka pihak berkuasa mengambil langkah seperti sepatutnya iaitu menjalankan siasatan.

“Jadi saya tegaskan, siasatan dibuat bukan atas arahan kerajaan, tapi hasil laporan polis yang dibuat oleh firma guaman yang mewakili syarikat yang dikaitkan dalam laporan oleh Bloomberg itu,” tambah beliau.

Dua tiga kali saya membaca laporan berita mengenai Fahmi ini dan saya tertanya-tanya, untuk apa Fahmi mengeluarkan kenyataan demikian?

Rasanya semua orang tahu dan faham bahawa yang membuat laporan polis mengenai Bloomberg itu ialah Berjaya Corp. Bhd.

Tetapi, untuk apa Fahmi bertegas mengatakan kerajaan tidak terlibat dan tidak pernah mengeluarkan arahan untuk pihak polis menyiasat Bloomberg?

Sepatutnya dalam isu fitnah oleh Bloomberg itu, meskipun Berjaya lebih dulu membuat laporan polis, kerajaan harus juga membuat laporan polis susulan untuk menunjukkan betapa seriusnya kerajaan menolak fitnah yang agensi berita itu lakukan.

Setidak-tidaknya, jika itu dilakukan, kerajaan boleh dengan bangga mengatakan mereka juga telah membuat laporan polis dan mahu fitnah tersebut diambil tindakan yang sewajarnya.

Ini tidak, sudahlah pihak kerajaan tidak membuat laporan polis bila difitnah oleh Bloomberg, kemudian bersungguh-sungguh pula menafikan kerajaan tidak terlibat dan tidak pernah mengeluarkan arahan bila agensi berita itu sudah disiasat atas laporan polis yang dibuat oleh Berjaya Corp. Bhd.?

Kerajaan seujurnya patut malu kerana dengan penegasan tidak terlibat dalam siasatan polis terhadap Bloomberg sebagaimana ditegaskan Fahmi itu, ia dengan sendirinya menunjukkan kerajaan tidak berbuat apa-apa terhadap fitnah dilakukan agensi berita itu.

Saya masih mencari jawapan, apakah tujuan penafian Fahmi itu dan ia untuk jaga hati siapa? – ShahbudinHusin 08Mei2024.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/untuk-apa-nafi-kerajaan-nak-jaga-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikeliling Beliau Ada Pembenci Kerajaan Tak Payah Nak Baik Sangat

Dikeliling Beliau Ada Pembenci Kerajaan Tak Payah Nak Baik Sangat

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 186 hits
Penolong Pengarah yang tular sebelum ini sedang disiasat menurut Menteri Pendidikan Bagus tapi tak cukup bagus Kenapa aku kata begitu Sebab cerita pegawai KPM yang keji kerajaan ni bukan benda baru Dan sebenarnya banyak kali laporan dah dib...
Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 408 hits
enggan komen status perkahwinan Apa yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami Irma Hasmie yang merupakan seorang pelakon dan hos seolah olah hilang dari radar industri seni buat seketika Pun begitu pemilik nama sebenar Irma Hasmie Ibrah...
Prk Kuala Kubu Baharu Ph Nafi Guna Aset Kerajaan

Prk Kuala Kubu Baharu Ph Nafi Guna Aset Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 239 hits
HULU SELANGOR Pakatan Harapan nafi kepemimpinannya yang berdada dalam Kabinet dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menggunakan aset aset kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu Pengerusi penyelarasan gerak kerja jentera P...
Pemilik Sri Pahang Fc Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Tidak Sampai Hati Nak Tengok Faisal

Pemilik Sri Pahang Fc Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Tidak Sampai Hati Nak Tengok Faisal

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 279 hits
SHAH ALAM Kasih dan sayang pemilik Sri Pahang FC Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah kepada bintang bola sepak negara Faisal Halim cukup tebal Ia dizahirkan menerusi titah Tengku Abdul Rah...
Peminta Sedekah Berat Hati Nak Berhenti Jadi Pengemis Gembira Mampu Kumpul Aset Cecah Rm4 2 Juta

Peminta Sedekah Berat Hati Nak Berhenti Jadi Pengemis Gembira Mampu Kumpul Aset Cecah Rm4 2 Juta

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 292 hits
KIM SYAZIESiapa sangka dengan hanya bermodalkan wajah sedih dan penampilan yang selekeh lelaki ini berjaya mengumpul aset bernilai RM4 2 juta Meraih pendapatan yang lumayan setiap bulan bapa kepada dua orang anak itu menjadikan aktiviti men...
Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal

Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 197 hits
Nak amik kerakyatan malaysia kena pandai berbahasa malaysia Ye supaya ia dapat memupuk semangat malaysia Bahasa ibunda itu bahasa tambahan Sepatutnya bukan setakat ini tapi sekolah vernakular juga patut dimansuhkan Semua bahasa ibunda di aj...
Peminat Makin Berbunga Kim Soohyun Hantar Pengawal Peribadinya Untuk Jaga Kim Jiwon

Peminat Makin Berbunga Kim Soohyun Hantar Pengawal Peribadinya Untuk Jaga Kim Jiwon

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 174 hits
Kim Soo hyun dan Kim Ji won memang tidak dinafikan mempunyai keserasian yang mantap sehinggakan ada banyak khabar angin menyatakan bahawa mereka mempunyai hubungan lebih dari rakan sekerja Artikel Berkaitan Baru baru ini Kim Ji won telah me...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayur Kubis Dan Karot Goreng Simple

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan