Untuk Anda Yang Sedang Patah Hati 6 Perkara Ini Harus Dititikberatkan


Orang yang pernah patah hati dan terluka sahaja tahu bagaimana perasaan yang cedera walau lukanya tak nampak dek mata kasar, baik ia kerana kehilangan, perpisahan atau boleh jadi juga pengkhianatan. Badan terasa berat, fikiran jadi bercelaru dan diri seakan-akan tidak tahu lagi bagaimana cara untuk tersenyum. Anda sebenarnya sedang melalui fasa grief atau hiba. Buat anda yang sedang patah hati, enam perkara di bawah harus dititikberatkan untuk sembuh semula.
#1- Semak Suara Hati Anda Adakah Ia Seimbang
Dalam keadaan hati sedang sakit dan terluka, cukup mudah untuk ia mempengaruhi apa yang kita fikirkan. Mungkin ada suara-suara dalam minda anda menyalahkan diri dan berkata yang buruk-buruk tentang diri sendiri.
Setiap kali hati dan fikiran mula berfikir ke arah yang negatif, ingat semula bahawa menyalahkan diri pada masa sekarang tidak akan mengubah apa-apa bahkan akan menambah lagi luka. Banyakkan ingatan kepada Allah. Latih ia berkali-kali sehingga menjadi tabiat.
Selain itu, elak daripada bertanya soalan, “Mengapa hal ini terjadi kepada aku?”, tetapi tanya soalan, “Apa yang dapat aku pelajari daripada perkara ini?”.
#2- Salurkan Emosi Anda Ke Arah Yang Sihat
Dalam fasa-fasa hiba, akan ada masanya emosi jadi terlalu besar. Anda rasa ingin menjerit dan menangis sepuas-puasnya. Tidak salah untuk melepaskan emosi tersebut. Tapi, carilah tempat yang mendamaikan yang boleh membantu emosi anda untuk reda semula.
Anda juga boleh menulis isi hati yang mungkin tak sempat diluahkan kepada seseorang. Kemudian, anda boleh mengoyak dan membuangnya. Walaupun ia tidak sampai kepada orang tersebut, dan tidak mengubah keadaan secara drastik, daripada sudut psikologi, ia boleh menjadi simbolik anda ingin melepaskan hal yang membelenggu minda.
#3- Pastikan Anda Dapatkan Cahaya Matahari Lebih Kerap
Apabila berada dalam keadaan sedih, badan kita selalunya dalam keadaan yang lemah. Hilang selera makan, tidak mahu bangun dari katil dan tidak mahu melakukan aktiviti apa-apa.
Tetapi, setidak-tidaknya, carilah cahaya matahari di luar rumah. Peruntukkan 20 hingga 30 minit setiap hari berjemur dan mendapatkan cahaya matahari ketika naik dan ketika tenggelam. Percayalah, anda akan dapat rasai kelainannya. Badan akan lebih segar, dan tidur pada waktu malam juga akan lebih mudah.
#4- Mulakan Aktiviti Baru
Rutin yang berbeza boleh mendatangkan perasaan yang baru. Dalam keadaan hati sedang patah, anda akan kerap teringat dengan rutin sama yang pernah dilakukan dahulu.
Apa kata cuba perkara baru yang anda pernah ingin buat tapi tak pernah ada masa. Memang, keseronokan tidak akan datang sekelip mata, tetapi sekurang-kurangnya anda dapat memecah rutin dan kebuntuan. Apabila masa berlalu, anda akan jadi lebih selesa dengan aktiviti baru ini.
#5- Beri Masa Pada Diri Sendiri
Akhirnya, beri masa pada diri sendiri dalam menjalani proses penyembuhan hati. Anda tidak perlu bersaing dengan sesiapa. Dan fasa hiba juga memang ada naik turunnya. Ada hari anda rasa semakin pulih, ada hari anda seperti kembali ke garis mula. Ia menyakitkan, tetapi percayalah akan tiba masa hati anda akan jadi lebih ringan.
#6- Tidak Ada Yang Mustahil Dengan Kuasa Allah SWT
Jika anda yang membaca adalah seorang muslim, anda harus percaya bahawa tidak ada yang mustahil dalam kuasa Allah. Percayalah Dia akan memberikan jalan keluar daripada setiap kesulitan jika anda terus bersabar. Allah tahu anda mempunyai hati yang baik, maka pasti akan dibalas juga dengan hal-hal yang baik.
 
Sumber: tzkrh.com
The post Untuk Anda Yang Sedang Patah Hati, 6 Perkara Ini Harus Dititikberatkan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/untuk-anda-yang-sedang-patah-hati-6-perkara-ini-harus-dititikberatkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berkas Perkara Kasus Korupsi Bbm Dinas Perkim Rohul Lengkap Para Tersangka Segera Disidang

Berkas Perkara Kasus Korupsi Bbm Dinas Perkim Rohul Lengkap Para Tersangka Segera Disidang

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 273 hits
Dalam kasus korupsi pengadaan BBM dan sewa sarana mobilitas darat ini negara rugi Rp6 28 miliar
7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak Anak

7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak Anak

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 343 hits
Perjalanan membesarkan anak anak adalah perjalanan yang penuh warna warni Ada cabaran ada kegembiraan dan pasti ada juga detik detik yang menyedihkan Namun sebagai ibu bapa terutama yang masih mempunyai anak anak kecil ada beberapa perkara ...
Hati Bersih Hidup Bahagia

Hati Bersih Hidup Bahagia

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 258 hits
Hati Bersih Hidup Kita Bahagia Hati yang bersih selalu terpancar pada wajah dengan keluar auranya tersendiri Bila hati kita bersih orang mudah bercerita apa saja dengan kita kerana insya Allah ia akan menyimpan apa saja yang diceritakan itu...
Sampai Tak Tidur Malam Susah Hati Sangat Baru Habis Pantang Wanita Gembira Hamil Anak Kedua Tapi Bimbang Disindir Nurse

Sampai Tak Tidur Malam Susah Hati Sangat Baru Habis Pantang Wanita Gembira Hamil Anak Kedua Tapi Bimbang Disindir Nurse

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 164 hits
Boleh dikatakan ibu yang dikurniakan zuriat kedua dalam tempoh masa yang singkat selepas melahirkan anak pertama merupakan satu hal yang menakutkan buat kaum wanita kerana bimbang dengan reaksi orang sekeliling Jarak bayi pertama dan kedua ...
Perkara Perkara Tentang Kereta Yang Kita Patut Tahu

Perkara Perkara Tentang Kereta Yang Kita Patut Tahu

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 371 hits
Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara perkara penting ini Kalau ada yang tertinggal tolong tambahkan agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua 1 Minyak hitam Mengikut paras had dan jenis minyak2 Oil fil...
Korban Begal Malah Jadi Tersangka Berujung Dibebaskan Begini Duduk Perkara Sebenarnya

Korban Begal Malah Jadi Tersangka Berujung Dibebaskan Begini Duduk Perkara Sebenarnya

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 223 hits
Fiki akhirnya dibebaskan setelah dalam serangkaian penyidikan diketahui perbuatan yang dilakukannya untuk melindungi diri
Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

Sepuluh Perkara Tetap Mengalir Pahalanya Setelah Mati

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 289 hits
Oleh Abdurrazzaq bin Abdul Muhsin al Badr Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam Selawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasul mulia Nabi kita Muhammad dan kepada keluarga dan seluruh sahabat beliau Amma ...
Gelar Perkara Polisi Pastikan Junior Stip Tewas Akibat Pukulan Benda Tumpul

Gelar Perkara Polisi Pastikan Junior Stip Tewas Akibat Pukulan Benda Tumpul

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 254 hits
Gidion mengatakan keempat orang tersangka merupakan senior atau kakak tingkat P saat menempuh pendidikan di STIP Jakarta
Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Psg Hanya Guna Sembilan Pemain Singkirkan Bayern Munich

Pesara Jurutera Meninggal Selepas Aktiviti Menyelam Di Tioman

Tanam Cili Padi Depan Rumah

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

Benarkah Putaran Bumi Lebih Cepat Dan Dunia Akan Alami Hari Terpendek Pada Julai Ogos 2025

Siti Nordiana Seribu Setia Chord