Unsur Unsur Menyebabkan Pasukan Bola Menang Atau Kalah
Rakan-rakan, apakah pasukan bola kegemaran anda? Pasukan Bola Sepak Negara? Pasukan Bola Sepak Negeri? Pasukan bola sepak kelab luar negara? dalam negara?
Pasti ada antara anda adalah penyokong-penyokong fanatik pasukan bola sepak masing-masing. Kecewa jika pasukan kesayangan tewas adalah perkara biasa, lagi-lagi mendapat perlian dari rakan-rakan. Hari ini KSG nak kongsikan beberapa unsur atau faktor yang menyebabkan kekalahan sesuatu pasukan bola sepak. Seperti biasa KSG hanya sebagai atletnya dan anda adalah pengadilnya. Jangan lupa untuk meninggalkan komen anda.
1. Latihan
Ya! Latihan adalah faktor yang paling penting. Dengan latihan yang baik, kebanyakkan pasukan yang lemah menjadi berjaya. Latihan juga adalah antara resepi yang selalu menjadi faktor dikaji di dalam pasukan yang hebat.
2.Ahli Pasukan
Sesuatu pasukan juga akan dinilai kekuatan daripada ahli pasukan yang bermain untuk pasukan tersebut. Pasukan yang mempunyai ahli pasukan yang hebat juga menjamin kehebatan sesuatu pasukan. Individual skill masing-masing merupakan satu aset untuk pasukan tersebut. Sebagai contoh, syarikat yang mempunyai pekerja yang baik mampu membuatkan syarikat tersebut berjaya di industri masing-masing.
3.Penyokong
Penyokong juga mampu menjadi faktor kemenangan bagi sesuatu pasukan. Sorakan padu dari penyokong-penyokong mampu memberi semangat kepada pasukan masing-masing. Malah mungkin ia juga mampu membuat pasukan lawan gugup dan hilang fokus.
4.Persekitaran
Faktor padang juga mampu memainkan peranan. Kualiti padang juga mampu memberi sedikit efek kepada kualiti pemainan sesuatu pasukan. Pasti ada bezanya bermain di padang rumput semulajadi dan rumput tiruan. Pasti beza bermain di atas padang yang rata dan padang yang seperti sawah bendang.
5.Stamina/ Fitness
Ada pasukan yang hebat tetapi tidak mempunyai pemain yang rata-rata mempunyai stamina yang tinggi. Pernah anda melihat pasukan yang hebat hanya diawal perlawanan. Di minit-minit awal permainan mendominasi setiap sudut padang dan pemainnya berlari ke sana sini tetapi di akhir perlawanan bermain seperti pasukan bola sepak tadika atau taska.
6.Mental
Kekuatan mental juga menjadi faktor sesuatu kemenangan. Mesti ramai yang tahu tentang perang psychology yang digunakan oleh sesetengah pasukan. Kebanyakkannya menjadi dan menawarkan kejayaan kepada pasukan. Pasukan yang mempunyai mental yang kuat akan mempunyai fokus. Fokus membantu sesuatu pasukan mampu membaca strategi sesuatu pasukan lawan.
Mungkin ini adalah antara faktor-faktor sesuatu pasukan untuk menang. Apa komen anda pula? :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahsigemok.blogspot.com/2012/10/unsur-unsur-menyebabkan-pasukan-bola.html