Unit Forensik Amerika Ada Tempat Latihan Yang Real
ADA satu tempat yang dinamakan sebagai Body Farm. Tempat ini merupakan tempat kajian sains bagaimana tubuh manusia mereput. Biasanya terdiri dari ahli forensik polis, sebab itu pihak polis boleh anggar berapa hari orang itu mati disebabkan kajian dari body farm ini
Sebelum tahun 70an, kajian pasal benda ini banyak dilakukan menggunakan babi tapi semua tu berubah apabila seorang doktor yang bernama Dr William Bass membuat ladang manusia reput ni pada tahun 1972 di Universiti Tennessee, Amerika Syarikat
Pada awalnya, Dr William mendapat idea untuk buat ladang ini kerana dia diberikan tanggungjawab untuk mengenalpasti mayat-mayat anggota tentera yang terkorban dalam Perang Saudara
Suatu hari, dia terlihat sebuah kubur milik seorang panglima tentera dalam keadaan terusik
Dr William melihat mayat di dalam keranda itu masih dalam keadaan baik seolah-olah baru meninggal dunia
Beliau beranggapan mayat itu bukanlah milik panglima tentera tetapi mayat orang lain yang dibunuh di tempat lain dan kemudiannya diletakkan di dalam kubur lama tersebut
Namun, selepas membuat kajian, beliau rupa-rupanya silap. Mayat itu kelihatan baru disebabkan keranda yang dipakai tu kedap udara
Dari situ, Dr William mendapat idea untuk membuat kajian lanjut bagaimana manusia ini mati dan mereput untuk membantu pihak forensik
Kebanyakan mayat yang ada di ladang ini terdiri dari mayat penderma-perderma dan mayat yang tidak berwaris
Dekat ladang ni ada lebih kurang 1700 mayat untuk dikaji dan dikatakan 4000 lagi menanti, dah ada orang sudi serahkan mayat sendiri untuk dibuat kajian lanjut
Mayat dibiarkan dalam beberapa cara, contohnya dalam air, dalam semak, dan ada juga mayat diletakan dalam sangkar. Hasil dari kajian tu kita akan tahu perbezaan dan berapa lama untuk mereput
Contoh apa jadi kalau mayat orang bunuh dan buang dalam sungai atau lombong, jadi polis akan guna maklumat dan data yang diperolehi dari tempat macam ni
Terdapat 7 tempat macam ni di Amerika Syarikat dan yang paling besar terletak di Universiti Texas yang seluar 26 ekar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/09/unit-forensik-amerika-ada-tempat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29