Unikl Juara Liga Premier Tnbmhl 2020


Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berjaya mempertahankan mahkota juara Liga Premier TNBMHL buat tahun kedua berturut-turut selepas mencatat kemenangan bergaya 9-1 ke atas Kedah Nurinsafi pada aksi di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi hari ini.
Gelaran juara sah menjadi milik UniKL walaupun saingan musim ini berbaki dua perlawanan lagi selepas pencabar terdekat di tangga kedua, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tewas 0-1 kepada Terengganu Hockey Team (THT) di Kuala Terengganu.
Ia menyaksikan UniKL kini berjaya mengutip 36 mata maksimum selepas mencetak 12 kemenangan berturut-turut, lapan mata mengatasi TNB di tangga kedua yang sekadar mengutip 28 mata sahaja.
Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Presiden UniKL, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan tersebut sekali gus bergelar juara berganda musim ini selepas menjuarai Piala Sumbangsih bulan lalu.
“Misi kami tercapai dan saya harap momentum kemenangan ini dapat diteruskan pada dua perlawanan selepas ini.
“Kami sudah memenangi Piala Sumbangsih dan kali ini berjaya mempertahankan kejuaraan liga lebih awal daripada jangkaan kami.
“Saya juga berharap kami dapat menjuarai Piala TNB sekali lagi selepas melakukannya pada tahun 2018,” katanya.
Pakar flick, Muhammad Razie Abdul Rahim berjaya merakam hatrik dalam perlawanan itu, ketiga-tiganya menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-18, 39 dan 41.
Import Belanda, Roel Bovendeert berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-20 dan 29 selain masing-masing satu daripada Muhammad Marhan Jalil (m-4), Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (m-12), Mohamad Ashran Hamsani (m-47) dan Muhamad Faid Farhadh Mohamad Shah (m-60).
Sementara gol saguhati Kedah Nurinsafi pula dijaringkan Ismail Abu pada minit ke-28.
Dua lagi perlawanan yang berlangsung hari ini menyaksikan TNB Thunderbolts seri 2-2 dengan Maybank manakala Hockademy KL mengikat Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2-2.
Baki dua perlawanan UniKL selepas ini ialah Maybank pada Jumaat pada 14 Februari diikuti TNB dua hari kemudian.
Sumber :- Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/unikl-juara-liga-premier-tnbmhl-2020/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vissel Kobe Vs Jdt Liga Juara Juara Afc 2020

Vissel Kobe Vs Jdt Liga Juara Juara Afc 2020

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 778 hits
Vissel Kobe vs JDT Liga Juara Juara AFC 2020 Berikut adalah butir butir perlawanan tersebut Cara mudah buat duit di SHOPEE VS Vissel Kobe vs JDT Liga Juara Juara AFC 2020 Tarikh 12hb Februari 2020 Masa 9 00 Malam Tempat Stadium Wing Kobe Li...
Senarai Penjaring Gol Liga M3 Malaysia 2020

Senarai Penjaring Gol Liga M3 Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 416 hits
Senarai Penjaring Gol Liga M3 Malaysia 2020 SIAPAKAH yang bakal dinobatkan selaku penjaring gol terbanyak Liga M3 Malaysia bagi musim 2020 Perhatian buat anda yang ingin ketahui penjaring gol terbanyak Liga M3 Malaysia tahun 2020 Untuk makl...
Menpora Berharap Jadwal Liga 1 Tahun 2020 Bisa Adil

Menpora Berharap Jadwal Liga 1 Tahun 2020 Bisa Adil

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 305 hits
Meski demikian Zainudin Amali optimistis kompetisi berjalan semakin baik Keberadaan Cucu Soemantri sebagai Direktur Utama PT LIB menjadi sosok penting yang bisa semakin menyelaraskan kerja sama dengan PSSI dan pemerintah
5 Tim Asal Jawa Timur Yang Akan Tampil Di Liga 1 2020

5 Tim Asal Jawa Timur Yang Akan Tampil Di Liga 1 2020

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 273 hits
Jawa Timur merupakan salah satu provinsi dengan klub sepak bola profesional terbanyak di liga Indonesia Di kompetisi Liga 1 2020 tercatat ada lima tim Jawa Timur yang akan berkompetisi di kasta tertinggi Indonesia ini
Jadual Liga M3 Malaysia 2020

Jadual Liga M3 Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 598 hits
Jadual Liga M3 Malaysia 2020 BILAKAH tarikh aksi kancah Liga M3 Malaysia 2020 bakal membuka tirai Perhatian buat anda yang ingin ketahui jadual dan keputusan perlawanan Liga M3 Malaysia tahun 2020 Untuk makluman anda aksi perlawanan Liga FA...
Jersi Pasukan Premier Negeri Sembilan 2020 Ada Gambir Emas

Jersi Pasukan Premier Negeri Sembilan 2020 Ada Gambir Emas

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 494 hits
Pasukan Liga Premier Malaysia dengan jolokan Sang Rusa dan tagline Hobin Jang Hobin telah memperkenalkan jersi pasukan yang akan dipakai The post appeared first on
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Di Antara Doa Yang Paling Lengkap

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami

Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r

Fitnah Dan Tohmahan Bangkitkan Semangat Juang Datuk Nazrul